Petua Dato Fadzilah Kamsah Supaya Rumahtangga Kekal Harmoni ‘KEBAL’ Dari ‘Penyondol’. Dalam kehidupan rumahtangga tidak dapat dinafikan cabaran dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Termasuklah diuji dengan kehadiran ‘orang ketiga’ yang cuba menggangu keharmonian dalam perkahwinan.
Pakar Motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,71 telah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang Datin Sharifah Md Nor. Beliau ada kongsikan antara petua yang boleh suami isteri amalkan supaya rumahtangga kekal harmoni ‘kebal’ dari pihak ketiga.
Baca perkongsian ringkas yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ini atau lebih mesra dikenali dengan panggilan ‘Tok Abah’.
Hadir macamana pun pihak ketiga, tengoklah Tok Abah tetap pandang Tok Mak kau. Walaupun pihak ketiga ni kategori manja bukan main lagi. Kalau merajuk tu, habis semua dia cakarnya.
Gambar ni jadi bukti. Tok Abah nak bergurau mesra dengan Tok Mak pun, dia buat muka toya. Cemburu tak bertempat. Bertuah punya kucing!
Ini 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumahtangga :
1. Sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah memang mengurniakan pasangan terbaik bagi kita.
Jika belum rasa dia terbaik dan banyak jumpa kelemahannya, bantu dia perbaiki kelemahan tersebut. Kerana satu hari nanti ia berubah menjadi kelebihan dan akhirnya berperanan sebagai pasangan terbaik sepanjang usia kita.
2. Sentiasalah memberi berbanding hanya menerima. Setiap hari kena renung semula, apa lagi kebaikan yang aku tak sumbangkan pada pasangan.
3. Sentiasa prihatin terhadap gerak hati isteri. Suami yang cemerlang menghormati pendapat pasangannya terutama perihal dirinya dan kasih sayang rumahtangga.
Ads
4. Sentiasa anggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.
5. Sentiasa ingin berubah secara positif. Walaupun perubahan kecil, tetap kita raikan bersama pasangan.
6. Setiap malam kena saling bermaafan dengan pasangan sebelum tidur. Minta maaf macam kita minta maaf waktu hari raya tau. Barulah kita tidur dengan tenang dan esok bangun dengan ringan dan cergas.
7. Tidak berlumba nak menentukan pasangan betul atau salah. Apa yang penting adalah kebahagiaannya.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Ads
Tiada rahsia dalam rumahtangga, semuanya adalah soal dalam mencari keserasian, bertolak ansur, berusaha untuk membahagiakan serta sentiasa mengejar redha Allah yang mutlak.
Pasti, kita dapat wujudkan ‘taman syurga’ buat pasangan di atas dunia. Paling penting adalah kita berganding bahu bersama-sama menerokai kebaikan dalam diri pasangan dan diri sendiri.
Bila kita terlalu sibuk dengan pasangan maka tiada lagi ruang untuk sesiapa menyelinap masuk dalam rumahtangga kita. Biarpun kucing sendiri.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Semarak cinta bersama Tok Mak.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim persekolahan semakin dekat. Mak ayah pun dah mula beli persiapan persekolahan anak-anak. Dari baju, kasut sampailah beg sekolah. Mak ayah mampu punya pilihan, sama ada mahu beli barang sekolah anak yang mahal atau sebaliknya.
Guru ini, Noraniza Abd Rahim berkongsi pandangan. Satu nasihat daripada seorang guru yang berdepan kemungkinan permasalahan yang berlaku jika anak-anak sekolah rendah bawah 12 tahun dibekalkan dengan peralatan sekolah dalam kategori mewah.
Trend Mak Ayah Mampu Belikan Benda Mewah Dekat Anak-anak
Trend org sekarang belikan benda mewah kepada anak-anak. Tak salah nak mewahkan anak jika kita mampu, tetapi fikir-fikirkanlah, keselamatan dan manfaat untuk anak kita.
Contoh kita bagi anak kita bawa bekas pensel smiggle yang mahal tu ke sekolah, dalam satu sekolah mungkin anak kita sorang je ada beg smiggle, bekas pensel smiggle.
Pastu anak kita pulak mesti la bagitau kat kawan-kawan dia, jenama smiggle tu tak jual kat kedai diy atau kedai eco rm2, hanya terdapat di KLCC dan beberapa kedai terpilih sahaja. Sedar tak kita dah mengundang rasa cemburu kawan-kawan kepada anak kita.
Mungkin kita boleh kata, “Aku mampu apa salahnya.”
Anak kita pun mungkin kata, “Mak abah aku mampu mewahkan aku apa salahnya.” Betul, memang tak salah.
Yang salahnya ialah bukan semua budak di bawah umur 12 tahun mampu hilangkan perasaan cemburu, keinginan memiliki dan faham akan erti tak mampu.
Dan lebih salah lagi bila budak-budak ini bertindak di luar batasan dengan menyorokkan, mencuri atau merosakkan.
Bila berlaku kes kehilangan, kecurian, sorok menyorok maka berlakulah adengan pemiliknya menangis- nangis minta cikgu siasat dan tangkap penjenayah tersebut.
Cikgu nak tak nak terpaksa jalankan siasatan, untuk kesan pelaku. Guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan khusus dalam mengendalikan kes jenayah tiba-tiba dah seperti ketua polis negara.
Bayangkan semasa kes siasatan, banyak hati anak-anak akan terguris, banyak hati mak abah yang luka.
“Anak aku baik, kenapa cikgu tuduh anak aku. Aku tak pernah ajar anak aku mencuri.”
Pasti kata-kata ini berlegar dari mulut ke mulut bila anak kita disyaki dan disoal siasat.
Rakan-rakan Pembaca..
Saya tulis ni sekadar nak bagi tahu kepada semua.. mungkin perkara tersebut kecil sahaja, tetapi ianya boleh mengundang perkara-perkara yang lebih besar.
Sayangi anak kita, jangan biarkan keselamatan dan emosinya tercalar. Belajar hidup susah dan sederhana tu bukan pembelajaran yang salah. Bahkan ramai orang-orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang asalnya susah.
Masya Allah… terkedu baca tajuk yang mana punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak semalam adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.
Hasil bedah siasat pada pukul 10 pagi tadi mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata,
“Ini mungkin disebabkan stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan didera.”
Apa yang lagi menyedihkan, pemeriksaan fizikal mendapati terdapat banyak kesan lebam ditemui pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bahagian bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada bahagian kemaluan mangsa.
Ya, tak mampu nak bayangkan rasa sakit yang ditanggung si mangsa apabila melihat keadaannya. Mangsa yang merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih merupakan anak pertama dari dua beradik lelaki. Yang kedua berumur lapan tahun.
Mak Ayah Si Mangsa Ditahan
Bapa mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai selain menjadi pemandu Grab, manakala ibu mangsa mengambil upah menjaga tiga orang kanak-kanak di rumahnya.
Ibu dan bapa mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Julai bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarganya pada jam 3.40 petang tadi untuk dikebumikan.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buat mak-mak yang berimpian nak tukar kabinet dapur tapi masih mengekalkan harga bajet, boleh cuba cara yang dikongsikan Puan Nasibah Ramly ini. Hasil pertukangan tangan suaminya, Mat’in Ali pintu kabinet dapur rumahnya dapat disiapkan dalam masa 2 minggu saja.
Modal keseluruhan untuk pintu kabinet dapur yang cantik ini pun cuma RM250. Modal selebihnya tentulah kerja keras dan usaha suami yang bersedia menyudahkan kerja-kerja bertukang.
Buat yang masih berfikir-fikir boleh ke tak boleh.. cuba tengok step by step yang ditunjukkan ini. Insya-Allah mak-mak pun sebenarnya boleh je buat. Tapi yang penting, kenalah ada minat.
“DIY pintu kabinet dapur bajet ini boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yang memerlukan. Tak perlu kos yang besar. memadai usaha kerjasama suami isteri.”
Rupanya di sebalik kerja-kerja pertukangan semacam ini pun boleh mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Haa.. baguskan tip ini.
“Sebenarnya ramai yang pm saya tanya. Kami memang tak ambil tempahan. Buat sekadar suka-suka dan untuk rumah sendiri saja.” Akui Nasibah dan memohon maaf pada yang pernah bertanyakan soal tempahan padanya sebelum ini.
Tapi disebabkan tak nak ramai lebih kecewa, beliau berkongsi cara membuat langkah demi langkah dari zeo sampailah terhasilnya pintu kabinet dapur rona unggu yang cantik berkilat.
“Mana yang ada masa dan kurang bajet untuk tempah kabinet dapur macam kami ini. Boleh cuba buat sendiri ikut selera masing-masing.
“Saya sekadar kongsi macam mana nak bagi pintu kabinet tu jadi berkilat macam yang di tempah. Itu saja. Sebab saya tahu, semua lelaki pandai bertukang. Cuma masa dan tak ada masa saja kan.”
Detail Costing
Beli barang-barang sahaja seperti kayu 1 x 2, kayu bingkai (halus), plywood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel
Total Cost untuk semua di atas : RM250
Tempoh : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja dan hari cuti jumaat untuk siapkan).
Rujuk Sini Panduan Bergambar
Mula-mula sekali buat kerangka menggunakan kayu 1 x 2. Dinding tu tampal dengan plywood nipis kiri kanan. Rak ujung tu, lantai lapik dengan plywood tebal.
Untuk pintu kabinet, buat frame dulu. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yang bingkai depan tu guna kayu halus, RM1 sebatang untuk hiasan.
Ini kayu 1 x 2 untuk buat kerangka dan frame pintu dan kayu halus untuk bikar RM1 saja sebatang.
Dah siap buat pintu, cuba lah pasang dulu untuk tengok ukuran padan ke tak. Mana-mana nak ejas, masa ni la. Lepas tu pasang engsel dan magnet terus siap-siap.
Yang ini step untuk mengecat ya.
Skincoat dulu untuk tutup lubang-lubang kayu. Jemur sampai kering kemudian gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.
Cat undercoat. Jemur sampai kering pastu gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.
Cat color. Ni kod color purple kabinet saya. Dah siap cat, keringkan dan boleh pasang. Siap.. Selamat mencuba!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...