Pasangan suami isteri ini, Nor Shaeriani Awang Hamat dan Mohamad Farishal begitu bertuah memiliki 7 cahaya mata perempuan kesemuanya. Dua daripadanya pula sepasang kembar. Tetap yang paling bongsu, anak perempuan berusia, dua bulan.
Ketujuh-tujuh anak perempuannya berusia dalam lingkungan 13 tahun hingga 2 bulan. Tetap, kehadiran anak perempuan ini tak sekali pun mematahkan semangat suami isteri ini untuk menimang anak lelaki.
Rezeki dikurniakan 7 anak perempuan buat pasangan ini bersyukur. Dalam masa sama tak putus asa. “Saya dan suami okay saja. Berharap dikurniakan anak lelaki selepas ini. Mudah-mudahan sebelum 40 tahun. Bermakna ada tiga tahun lagi untuk kami mencuba. Mana tahu dapat rezeki kembar lelaki pula.”
Suatu ketika dulu, orang tua pernah beri Nor pesanan, kalau nak anak lelaki kena curi senduk di rumah keluarga yang ramai anak lelaki.
“Saya tak mahulah curi-curi ini.. tapi kalau beritahu tuan rumah, petua tu tak menjadi.”
Tak cukup dengan itu, suami isteri ini cuba juga petua pemakanan. Ambil banyak daging dan seafood dalam makanan harian.
Mencubalah suami isteri ini makan daging dan seafood banyak-banyak. Sudahnya kolesterol suami pula yang naik. Tetap, anak perempuan juga yang mereka peroleh.
Bila mengandungkan anak ketujuh ini, ramai ahli keluarganya yang tertanya-tanya akan jantina anak bongsunya itu. Waktu mengandung Nor dah dapat agak yang anak terakhirnya ini juga perempuan.
Nor sedar melalui alahan yang sangat teruk dari trimester pertama sampai 4 bulan. Sama saja macam kehamilan sebelum-sebelum ini.
Tapi, Nor tidaklah kecoh-kecoh. Dia pendam saja nalurinya itu. Rupanya, suaminya pun merasakan hal yang sama. Sampailah Nor bersalin, mereka masih merahsiakan jantina bayi ketujuhnya itu dari pengetahuan anak-anak yang lain, ahli keluarga mahupun kenalan.
Sampaikan anak-anak yang lain telefon sebab tak sabar nak tahu jantina adik mereka. Ayah pula yang minta kakak-kakak bersabar dan tunggu saja adik pulang ke rumah.
Ads
Elok saja sampai rumah, kakak-kakak terus selak pampers adik. Terkejut masing-masing bila tahu mereka dapat adik perempuan lagi. Gelagat lucu anak-anaknya itu sempat dirakam buat kenangan.
Ragam 7 Puteri, Masing-masing Berbeza Perangai
Kata ibu ini, setiap anak-anaknya berbeza perangai. “Yang kembar lain perangainya. Kakak pula ragamnya lain. Adik pun lain caranya. Kalau bergaduh mulut, biasalah perempuan.. gaduh mulut saja.
“Kalau bab makan, lebih senang. Semua ikut selera mak dia. Bab beli baju pun mudah. Cuma beli tiga saiz saja; yang besar, tengah-tengah dan bayi. Sama juga dengan permainan. Semua sama harga dan patern.”
Dari kecil, Nor didik anak-anak perempuannya buat kerja rumah. Buat yang ringan-ringan dulu. Misalnya, sidai, angkat dan lipat baju, cuci pinggan mangkuk dan kemas rumah.
Kalau tak sekolah kena bangun awal. Solat Subuh dan Maghrib berjemaah.
Ads
Itulah usaha kecil yang ibu ini cuba terapkan dalam diri anak-anak. Lagipun, dia sedar tak selamanya ibu ayah diizinkan hidup. Dan usaha itu jadi lagi mudah bila kakak-kakak sudah boleh diharap.
Disebabkan tujuh anaknya perempuan, setiap kali ke luar rumah dan hadiri mana-mana majlis, keluarga ini sering jadi tumpuan. Ada yang bertanya ‘bila nak dapat anak lelaki.’
Bagi suami isteri ini, anak lelaki atau perempuan keduanya sama saja. Yang penting, cara didikan mak ayahnya. Doa anak soleh tetap sampai pada kedua ibu bapanya. InsyaAllah.
“Ini semua rezeki dari tuhan. Pasti ada hikmahnya. Dia nak bagi lelaki atau perempuan. Kita tak tahu. Kalau semua perempuan, tak apa. Nanti tunggu menantu lelaki pula.”
MW : Memang meriah bila rezeki dikurniakan 7 anak perempuan ini. Bila dah ramai-ramai macam tu, masing-masing nampak macam BFF saja.
Buruk padahnya pabila wanita 101 kilogram sengaja hempap suami, lalu pernafasan tersekat hingga suami meninggal. Kejadian yang berlaku tanpa niat ini pada awalnya hanyalah untuk memberi pengajaran berakhir tragedi.
Lain kali hati-hati iya, mungkin isteri telah lama memendam perasaan kerana suami asyik melakukan kesalahan yang sama. Jika tidak mana mungkin seorang isteri sanggup bertindak sedemikian rupa.
Wanita 101 Kilogram Sengaja Hempap Suami
Seorang wanita di Novokuznetsk, Rusia berdepan tuduhan membunuh suaminya apabila melemaskan mangsa dengan cara duduk di atas muka lelaki itu dengan keadaan fizikalnya seberat 101 kilogram, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Tatyana O, 45, didakwa enggan bangun daripada muka suaminya, Aidar sehingga lelaki itu meminta maaf dalam satu pergaduhan.
Ketika kejadian, anak pasangan itu yang menyaksikan wajah bapanya tersembam di atas katil berlari mendapatkan bantuan daripada jiran sebelum seorang wanita tiba dan menyangka itu hanyalah pertengkaran biasa antara suami isteri.
Bagaimanapun, Aidar secara tiba-tiba pengsan menyebabkan Tatyana menjerit sehingga memaksa jiran mereka kembali untuk melihat apa yang berlaku sebelum bertindak menghubungi ambulans.
Aidar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian.
Pernafasan Tersekat Hingga Suami Meninggal
Hasil ujian perubatan kemudiannya mendapati lelaki itu mati akibat asfiksia, kesan daripada sistem pernafasannya yang tersekat memandangkan wajahnya disembamkan ke atas tilam.
Pada masa yang sama, Tatyana duduk di atas lehernya dan menggunakan kedua-dua kakinya agar Aidar tidak dapat bergerak.
“Wanita itu ‘mencekik’ suaminya sehingga mati dengan menggunakan punggungnya akibat meminum terlalu banyak alkohol,” lapor agensi berita Rusia, Life.
Ketika perbicaraan pertama, Tatyana hanya disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat. – AGENSI
MW: Pasti ada kisah di sebalik hingga isteri sanggup lakukan perkara sebegini. Namun kematian suami adalah asbab dan niat isteri pada mulanya hanyalah untuk memberi pengajaran. Tentu sekali tidak menjangka yang suaminya boleh meninggal dunia.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
“Saya Rindu Awak” begitulah luahan hati penyanyi evergreen Salamiah Hassan sewaktu menziarahi pusara arwah suami tercinta.
Salamiah yang baru saja melayari bahtera perkahwinan dua bulan lalu terpaksa menelan berita duka di atas pemergiaan suami tercinta, Allahyarham Gerry Hughes yang meninggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.
“Saya Rindu Awak”
Menerusi perkongsian di Instagram Story baru-baru ini, ternyata Salamiah begitu merindui suaminya. Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon.
‘I miss u’, itulah ungkapan buat arwah suami yang dirinduinya.
Arwah Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon. Salamiah memuat naik dua gambar kubur suaminya termasuk gambar dia di sisi kubur itu.
Hanya tinggal kenangan, sewaktu hari pernikahan Salamiah.
Atilia Temani Ibu
Pada waktu yang sama, Salamiah turut memuat naik gambar dia bersama anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron berserta keterangan gambar ditulis Atilia, ‘i am with my heaven @Salamiah Hassan’. Atilia kini berada di Burnie, Tasmania untuk menemani ibunya.
Untuk rekod Salamiah hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
“Salam Takziah Mama” Warganet
Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah buat Salamiah yang telah kehilangan suami tercinta.
Cinta bertaut melalui facebook, isteri akui jatuh cinta saat terpandang kali pertama. Zahirnya, ramai akan membuat pilihan terbaik saat memilih pasangan namun lahiriahnya masih ramai memilih berdasarkan “kata hati”.
Dan detik paling indah adalah saat ditemukan dengan orang dicintai. Jika hati menyukai, walau apa pun kekurangan pasangan, kita akan bahagia melayari alam rumahtangga itu.
Cinta Bertaut Melalui Facebook
Jodoh telah mempertemukan Nor Aika Masor, 28 tahun dengan cinta hatinya, Muhammad Jafri Daun, 32 tahun.
Pasangan ini masih menanti cahayamata pengikat kasih merekaBulan September 2020 menjadi saksi kisah cinta kedua pasangan ini
Bahkan pertemuan cinta suami isteri ini juga sedikit kelainan di mana Aika mula tertarik dengan suami selepas melihatnya di facebook pada penghujung Disember 2019. Bukan kerana kekurangan anggota suaminya tetapi saat melihat wajah suami, hatinya terus tertaut.
“Dari facebook kami mula berkenalan. Setiap postnya saya komen dan beri kata-kata. Lama-kelamaan kami mula berhubung dan dari situ seakan ada kasih sayang yang timbul antara kami berdua.
“Walau ada kekurangan dirinya kerana dilahirkan dengan masalah di bahagian tangan dan kaki, tapi saya tak pandang semua itu. Saya rasa sayang padanya. Bila kami semakin serius berkawan, saya kata padanya kalau betul datanglah merisik. Alhamdulillah, bulan Jun 2020 dirinya datang merisik dan September itu kami disatukan,” kata Aika ketika dihubungi.
Saat kali pertama terpandang wajah suami, Aika akui hatinya terus terpautJafri mampu memandu kereta sendiri, banyak membantu dalam tugas rumah dan tiada kekurangan terlihat walau dilahirkan tanpa tangan
Isteri Akui Jatuh Cinta Saat Terpandang Kali Pertama
Kata isteri bahagia ini, di sebalik kesempurnaan dirinya dan kekurangan suami, dia tidak pernah meletakkan satu halangan dalam perhubungan kerana tulus mencintai suaminya.
“Keluarga saya juga tak kata apa, apa yang baik buat saya, mereka akan terima dengan baik juga,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Jawa, Bachok sementara suaminya berasal dari Machang.
Tambahnya, suami banyak membantunya. “Dia boleh bawa kereta sendiri, banyak bantu saya buat kerja rumah tak ada kekurangan apa pun pada dirinya,” katanya lagi.
Menyara keluarga dengan berniaga burger di hadapan rumah, pasangan ini mula dikenali selepas suaminya memuat naik gambar dan membuat permintaan di page Edit Apa Hari Ini untuk melihat dirinya mempunyai tangan.
Dan ternyata, permintaan pasangan ini mendapat respon positif dari masyarakat semua yang siap mendoakan mereka kekal till Jannah. Bahkan gambar suaminya kelihatan segak dengan anggota yang sempurna
Kata Aika, permintaan suaminya itu u sekadar suka-suka di mana suaminya mahu melihat bagaimana mempunyai anggota tangan. Dan jelas, ia sangat sempurna kejadian selepas di sunting warga net yang baik hati.
Apa yang pasti, semoga keduanya bahagia till Jannah.