Petua Campuran Air Bunga Cengkih ATASI ‘Serangan’ Ulat Pada Bayam Brazil

Share

Seronoknya bila tengok pokok tanaman atau pokok bunga yang tumbuh merimbun di halaman rumah. Ada pokok hiasan buat sejuk mata memandang. Ada yang menanam pokok tanaman untuk setakat rezeki makan di rumah pun sudah cukup bersyukur.

Namun, dalam ‘membelai’ pokok-pokok kesayangan tentu kita tak dapat lari dengan masalah perosak. Hinggakan bila mahu mula merasa hasilnya, adalah perosak yang singgah dahulu. Sedih.

Kebanyakan pokok tanaman yang senang dan mudah dijaga serta sesuai di tanam di halaman rumah tentulah bayam brazil. Ia cukup popular dengan khasiatnya dan sangat mudah ditanam.

Walau bagaimana ia sangat mudah tumbuh tetapi ia juga sangat senang diserang ulat. Ini belum lagi termasuk serangan perosak pada pokok tanaman lain. Naik geram di buatnya.

Kali ini, Siti Samsiah berkongsi tentang car auntuk atasi ulat yang datang ‘singgah’ pada daun bayam brazil. Moga ia boleh membantu mak-mak di luar sana. Boleh cuba tip ini.

“Saya nak berkongsi cara untuk mengatasi masalah yang selalu meratah daun bayam brazil. Ini untuk bayam brazil sahaja tau.

“Jangan ditanya tentang nak halau belalang, semut atau anai-anai mahu pun pokok tanaman lain. Itu saya belum buat ujikaji lagi. Harapnya ia boleh membantu dan teruslah berkebun di rumah.

Caranya:

1.Rebus 1 camca kecil (1 sudu kecil) bunga cengkih bersama 1 liter air.
2.Rebus sehingga mendidih.
3.Kemudian, sejukkan dan tapis.
4.Semburlah pada bayam brazil sebanyak dua atau tiga kali seminggu pada awal pagi dan lewat petang.
5.Kalau ingin sembur setiap hari pun lagi bagus supaya pucuk baru tak di makan ulat.

Dah pulih daun2 selepas disembur air rebusan cengkih.

Boleh nmpk kesan di mkn ulat pd daun lama tu. Daun baru dh elok cun melecun.

MW: Boleh cuba tip ini. Bukan setakat halau ulat, tapi boleh buatkan pokok tumbuh merimbun.

Sumber: Siti Samsiah

Published by
Nora