Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut

Sebenarnya ini cerita lucu yang dialami نور إيفا أشكين نتشا (Zaki Zauj) dan suami. Bila mana petua yang dikongsi penjual siput minta calit kapur di keliling baldi, tak mendatangkan kesan pun pada geng siput sedut dalam baldi.

Peristiwa lucu yang dialami suami isteri ini berlaku di penghujung tahun 2018. Katanya, “Memang sangat-sangat kelakar yang pernah jadi kat kami berdua.”

Dan sampai sekarang memang tak boleh nak lupa. Kalau saja-saja duduk tu mesti akan teringat lepas tu tergelak.”

Selamat tinggal salah satu kenangan. Semoga tahun 2019 akan wujud 1000 lagi kenangan yang indah.”

 

Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut

Ini Cerita Lucu Siput Sedut Serang Rumah

 

Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut

 

Sis selalu kalau beli siput sedut, mesti terus masak hari tu juga. Tak pernah simpan esoknya. Petua ni mak tanya kat penjual tu, “kalau nak masak esoknya macamane?”

Penjual di pasar itu beri petua, lletak siput dalam bekas/baldi. Lepas itu calit keliling bekas/baldi dengan sedikit kapur. Nanti siput itu tak merayap keluar dari baldi.

Dengan senang hati, dia praktikkan petua penjual itu.

Ads

 

Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut

 

Terkejut bila bangun pagi, siput merayap merata rumah. “Termenung sekejap tengok siput-siput tu. Lepas tu pandang muka suami, pandang siput.”

Tak boleh tahan nak gelak. Macam nak pengsan laki bini tak boleh berhenti dari ketawa.”

 

Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut

 

Ads

Can’t brain. Dah lah jalan slow. Ada hati lagi tu nak larikan diri.”

Sekali.. Siput Ajak Geng Larikan Diri Dari Baldi

 

Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut

 

Dia ajak semua geng-geng dia. Tak ada satu pun yang tinggal dalam baldi.”

 

 

Ads

Ni kalau biar lama sikit, confirm kat dinding pun dia manjat. Silap-silap sampai naik tangga tingkat 2.”

 

 

Ini kesudahan kisahnya. “Kutip siput dalam rumah ya. Bukan kat hutan bakau. Satu rumah bau lumpur. Lepas dah kutip semua terus bersihkan dan rendam dengan air garam dulu.”

Dah siap bersihkan rumah, baru masak. Berejam juga lah.. tu yang sampai tak sempat tunggu nasi masak.”

 

Ini Jawapan Kenapa Tak Tutup Baldi

 

Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut

 

Sumber/Foto :نور إيفا أشكين نتشا 

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI