Bubur kacang hijau, sedapnya bila makan sejuk-sejuk. Nak buat pun tak adalah susah sangat pun. Ada sesetengah mak-mak akan rendam dahulu kacang hijaunya sebelum dimasak, barulah lembut.
Waau bagaimanapun, bubur kacau hijau kalau dimasak tak kena cara boleh membuatkan kacangnya hancur dan tak seronok pula bila nak memakannya.
Ada macam-macam cara dan petua yang selalu mak-mak gunakan untuk buat bubur kacang hijau. Sesetengahnya letak daun pandan untuk naikkan bau yang semerbak.
Kali ini, perkongsian daripada No Or untuk sediakan bubur kacang hijau yang sedap dan wangi. Lagi satu, petua yang dia gunakan ini, tak perlu rendam pun, cukup dengan sangai kacang hijau itu terlebih dahulu.
“Bila petang-petang, mulalah fikir nak buat hidangan apa untuk minum petang. Perut pun minta diisi. Memandangkan baki kacang hijau masih ada, bolehlah dapat satu periuk bubur.
“Resipi yang digunakan ini istimewa dan mungkin lain dari yang lain. Tak kisah pun.
Ads
“Ada sesetengah otang akan rendam kacang hijau terlebih dahulu, selepas itu, barulah direbus. Bezanya, resipi ini kacang hijau digoreng tanpa minyak atau sangai dulu. Ini resipi dari arwah opah dulu.
BUBUR KACANG HIJAU SEDAP WANGI
Bahan:
2 cawan kacang hijau
1 ketul gula melaka / gula kabung
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
3 sudu besar sagu (pilihan) – basuh dan rendam
Santan – Guna santan kotak je 200 ml + 1 cawan air.
Secubit garam
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Pilih kacang, buang yang hitam atau rosak mungkin ada batu.
2. Basuh bersih dan toskan sekejap.
3. Goreng kacang tanpa minyak (sangai) sampai keluar bau wangi kacang.
4. Masukkkan 2-3 cawan air ke dalam periuk. Masukkan kacang yang dah di goreng tadi.
5. Kemudian, masukkan daun pandan. Rebus sampai kacang lembut.
6. Kemudian masukkan gula putih, gula merah dan gula melaka ke dalam periuk kacang tadi.
7. Kacau sampai semua gula cair dan larut.
8. Kemudian masukkan santan, sagu dan garam.
9. Masak hingga didih dan sagu elok masak. Kacau-kacau ye, jangan sampai santan pecah minyak pulak.
10. Bila dah siap, boleh lah hidangkan, kalau nak makan panas panas. Tapi ada juga yang suka makan bubur sejuk sejuk.
Ads
Selamat mencuba!
#DariDapur
Mingguan Wanita : Sedapnya. Ada juga yang suka masukkan isi durian. Terus diet ke laut ye!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Wanita yang suka sediakan menu jenis bergoreng, pasti suka dengan petua masakan ini. Cuma guna minyak bawang putih, semua masakan jadi dua kali ganda sedap. Haaa… cara nak buat minyak bawang putih ini dikongsikan Puan Tinie Razak, yang mana dia sendiri pun selalu buat stok minyak bawang putih ini di dapur rumahnya.
Minyak Bawang Putih
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai).
2. Lepas itu rendam dalam minyak.
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
Nota:
Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kucai. Kalau tak kena gaya, memang tak hiduplah. Ada dua cara, satu semai benih. Satu lagi cara tanam dari ubinya.
Pekebun kecil ini, Siput Lala berkongsi cara beliau menanam pokok kucai atas batas. Cara ini lebih teratur dan nampak kemas. Pokok kucai pun dapat hidup subur nanti.
Cara Tanam Kucai Atas Batas Tanah Berbaja
“Ni saya nak kongsi tip cara tanam sayur. Tapi ni untuk projek kucai saya.”
1. Buat batas. Biasanya batas saiz dalam 3 kaki. Kalau kecik dalam 2 kaki pun takpa. Sediakan lorong untuk keluar masuk. Biarkan dalam 3 kaki jugak. Sebab senang nak lalu lalang wat keja nanti. 2. Dah siap batas boleh letak baja organik. Tak Kira tahi ayam ke tahi kambing ke.. tak kisah. Saya pakai tahi ayam proses jenis halus. Sebab senang buat kerja. Tabur je atas batas. Untuk 8 batas saya ni boleh guna dalam 1 guni baja tahi ayam. Proses ni.. kalau guna yang dari kandang kena biarkan dalam 2 minggu baru boleh becucuk tanam.. macam baja proses ni dalam 3 hari boleh pakai dah. 3. Ok, dah siap tabur semua baru perata tanah bagi kemas-kemas balik batas kita. Kukuhkan tebing batas supaya hujan tak runtuh. Saya kepung bata ja. Dah siap biar 3, 4 hari baru lah masuk benih apa yang kita nak tanam.
Hasil Pokok Kucai Yang Sudah Membesar
√ Kucai ini boleh disemai dari biji atau ubi dia. Kalau pakai biji kena ada rumah semaian. Percambahan dia makan masa. Kalau uni boleh tanam terus dalam sebulan lebih boleh dapatkan hasil.
√ Jadi cepat dan pertumbuhan sekata.
√ Ubi kucai yang banyak boleh dipecahkan kepada beberapa pasu. Dapatlah hasilnya yang banyak nanti.
MW : Memang benar, tanam kucai dari ibu lebih senang. Malah, pokok kucai lebih tahan lama malah boleh cecah bertahun-tahun. Lebih mudah nak tumbuh anak baru. Ini daripada pengalaman wartawan sendiri yang pernah menanam pokok kucai dari ubinya.
Resepi roti puri atau nama lainnya roti arab atau roti kembung ini dikongsikan peniaga yang dah 9 tahun berniaga di pasar. Katanya, waktu berniaga dulu boleh terjual sampai 300 ke 400 biji sehari.
“Memang laku keras. Sampai tak menang tangan,” kongsi pemilik resepi, Ustaz Farid Rashidi.
“Boleh cicah dengan Kari Ayam, Daging, Kambing, Kuah Dhal atau Sardin. Part kuah, isteri saya yang buat. Jadi, khas untuk rakan-rakan FB semua saya share. Nak makan sendiri boleh, niaga pun boleh.”
“Mana tahu, nanti ada yang terdesak boleh buat duit, menyara keluarga.”
Resepi Roti Arab/Puri Kembung
Baiklah, sebab ramai nak resepi Roti Arab/Puri/Kembung tu, jadi mehlah saya share resepinya.
Bahan-bahan:
1. Tepung 1kg. 2. Yis setengah paket. Rendam dalam air suam. 3. Mentega 1 senduk nasi tu. 4. Susu pekat 2 sudu, bukan 2 tin. (Tak nak letak pun tak apa) 5. Gula 2 ½ sudu. 6. Garam 1 ½ sudu. 7. Air. Yang ni sukatan suka hati. Ikut sedap time uli.
Cara membuat :
Baca Bismillah. Campur semua bahan kecuali air. Gaul santai, rileks je. Jangan stress muka tu. Senyum sikit.
Tuang air pelan-pelan. Tak payah kalut sangat. Kalut nak pi mana. Uli sampai tak melekat. Tak larat uli, suruh Encik Suami urutkan. Eh, ulikan.
Biar doh nampak licin, gebu kira ok. Tutup dan biarkan sejam dua.
Ok, dah cukup sejam. Tumbuk doh tu macam bertinju. Bulatkan. Leper dan gelekkan macam buat capati tu. Tabur tepung elak melekat.
Panaskan minyak bagi padu. Bila nak goreng, siramkan sikit roti tu sampai kembung. Agak kuning, angkatlah. Kang hangit pula ye.
Nak bakar pun boleh. Jimat minyak.
Ok dah siap! Boleh cicah dengan apa saja termasuk kari semalam tak habis, boleh perangat balik.
Ha, janji share tau. Kongsi sama dengan orang lain.
MW : Bolehlah dicuba waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengarnya roti Gardenia pun dah stop bekalan di pasaran. Bolehlah masing-masing tunjuk skill. Buat roti sendiri.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...