Cili kisar, salah satu keperluan yang mesti ada dalam peti ais mak-mak. Nak tak nak mesti akan digunakan dalam setiap masakan.
Ada sesetengah mak-mak rasa beli cili kisar kat kedai senang dan cepat. Terus boleh guna. Tak kurang juga mak-mak yang lebih suka buat sendiri cili kisar homemade ini.
Maklum saja, cili kisar yang dijual sesetengahnya pesdas sangat dan tak kurang juga warnanya pun tak semerah yang diinginkan.
Bagi mak-mak yang selesa buat sendiri cili kisar, keberangkalian untuk tahan lama mungkin hanya dua tiga hari. Lepas itu mulalah masam dan berkulat. Tak tahan lama.
Bagaimana nak bagi cili kisar yang mak-mak buat sendiri ini tahan lama. Jangan risau boleh ambil petua daripada Mim Yusof ini dalam membuat cili kisar tahan lama dan tak berkulat.
“Kali ini nak kongsi petua nak bagi cili kisar tak berkulat dengan cepat. Biasa yang saya buat tahan berbulan-bulan dalam peti ais, tidak berkulat atau pun masam”
Bahan-bahan: Lada kering Bawang putih Air yang ditapis (Boleh guna air coway atau jenama apa sekalipun, asalkan air tapis)
Ads
1. Gunting kecil-kecil lada kering, basuh bersih dan buang bijinya. Anggaran lada kering yang biasa guna sebanyak 400 gram.
2. Guna bawang putih sebanyak 3 labu, buang kulit dan basuh bersih.
3. Masukkan dalam kuali atau periuk cili kering tadi bersama bawang putih. Rebus sekali. Pastikan masa merebus gunakan air tapis. Elakkan daripada guna air paip
4. Rebus bahan tadi sehingga cili lembut.
Ads
5. Toskan dalam bakul. Tak perlu basuh sebab sudah rebus dalam air tapis. Kalau basuh sekali lagi dengan air paip, ia boleh menyebabkan kulat pada cili kisar tadi. Selepas itu, bolehlah kisar cili tadi bersama bawang putih. Gunakan air tapis juga.
6. Inilah hasilnya. Insya Allah tahan lama. Kalau nak mudahkan mak-mak, boleh simpan dalam bekas kecil-kecil untuk sekali pakai. Boleh buat stok.
Info: Penggunaan bawang putih ini penting sebagai pengawet dan bagi cili tahan lama dan tak berkulat.
Ads
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini tak pernah letak bawang putih, apa kata masukkan sekali bawang putih. Paling penting jangan guna air paip, guna air yang ditapis.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kurma ini jadi cukup terkenal bila tiba bulan puasa. Sebab ramai yang tahu dan faham khasiatnya pada mereka yang ambil pada bulan Ramadan ini.
Sayangnya, dalam pada nak dapatkan khasiat kurma itu rupanya tak seratus peratus kurma itu sendiri dalam keadaan bersih. Proses memetik sampailah kepada pembungkusan memungkinkan kurma ini melalui perjalanan pemprosesan yang panjang.
Sebagai pengguna, kenalah lebih teliti dengan makanan yang bakal diambil itu. Puan Niena Samsir berkongsi pesanan agar anda membasuh terlebih dahulu kurma yang dibeli. Dan ini alasannya.
Tolong Basuh Dulu Kurma fresh, Sejuk Beku Atau Kering
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Cara Cuci Kurma
Lepas ni, jangan ambil mudah tau.
Cara nak bersihkan kurma :
Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
Lepastu bilas dengan air bersih.
Kemudian tapis, kalau nak lebih baik.
Jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan.
Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Mingguan Wanita :Penting untuk kita menjaga kebersihan lagi-lagi berkaitan apa yang kita makan dan ambil hari-hari. Semoga lebih prihatin.
Musim durian sekarang ni dan harga durian pula memang tengah murah, elok kita beli dan frozenkan. Bila-bila teringin nak makan senang, walaupun bukan pada musimnya. Namun jika nak sejuk bekukan atau ‘frozen’ kan buah durian ni ada caranya. Iaitu balut setiap pangsa dengan wrapper. Cara ini lebih praktikal, isi durian tak melekat dan defrost yang mana nak makan je. Lebih mudah!
Mai Che Pah nak tunjuk cara simpan durian frozen. Siapa yang tak dak dusun boleh beli. Harga durian dah menjunam. Simpan baik-baik kot covid ghaib, bila anak cucu-cucu atau saudara-saudara balik boleh merasa.
Bahn Diperlukan:
Plastik Wrapper
Bekas tupperware/ Bekas plastik
Cara Membuat:
Wrap setiap pangsa dengan wraper, baru masukkan dalam tupperware/tipuware dan kemudian frozenkan.
2. Durian kena wrap sebab kalau nak makan ambil satu-satu bungkus. Yang baki tak usik lebih baik. Defrost yang nak makan saja. Kalau tak wrap semua melekat antara satu sama lain, nak defrost pun lambat.
Mingguan Wanita : Menarik juga tip simpan durian frozen yang dikongsikan ini. Ia lebih praktikal, jadi durian tak melekat-lekat dan mudah nak ambil yang mana nak makan je.
Selain kulit telur, rupanya kulit bawang juga kaya dengan nutrisi tersendiri dan merupakan baja semulajadi yang boleh membantu untuk suburkan tanaman.Sangat mudah hanya perlu rendam semalaman pun sudah cukup dan boleh disiram terus pada tanaman.
Inilah di antara baja semulajadi yang saya gunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman saya.
Betullah tu. Air rendaman kulit bawang je. Tak de ramuan istimewa pun. Tak susah. Cuma kena rajin sikit. Rendam semalaman pun cukup. Esoknya boleh siram. Cuma, kalau rasa air tu agak pekat, cairkan lagi dengan air.Siram hari-hari pun takde masalah. Pokoknya, jangan malas ya!
Mingguan Wanita: Jadi lepas ni, bila kupas bawang simpan kulitnya. Boleh rendam semalaman untuk jadi baja suburkan tanaman. Memang jimat kos malah tanaman pun ‘gemuk-gemuk’ hasilnya nanti.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...