Kenapa penting belajar petua buang lumpur dari perut kerang ini? Sebab sesetengah kerang segar yang dibeli di pasar ada simpan lumpur dalam perut dia. Bila dimasak, perutnya akan terbuka. Bayangkan kalau lumpur tu tak dibuang dulu.
Tapi kalau kopek kerang hidup-hidup, seksanya ya tuhan. Takde dibuat orang pun. Cubalah tip mudah yang dikongsikan Shamsiah Mohamad ini.
Ramai dah cuba sebenarnya, dan terbukti berkesan.
“Saya nak share petua untuk membersihkan lumpur-lumpur dalam perut kerang.”
1. Segenggam garam 2. Beberapa tangkai cili kering
1. Rendamkan kerang bersama garam dan cili kering selama 30 minit. Insya Allah kerang-kerang tersebut berlumba-lumba memuntahkan lumpur-lumpur dalam perutnya seperti dalam video.
2. Pastikan kerang yang dibeli masih segar (masih hidup).
IKLAN
3. Nanti hasilnya, isi kerang jadi bersih dan kita taklah makan lumpur sama.
IKLAN
Kongsi Netizen Yang Dah Cuba
“Bagus petua ni, dah cuba semalam tapi siput sedut, sama juga. Air yang jernih jadi keruh sebab lumpur yang keluar dari siput tu.” – Siti Hawa
Ini Pula Petua Bersihkan Siput Sedut
“Kalau siput sedut kan.. bubuh kelapa parut dalam segenggam. Lepas tu tutup la siput tu dalam bekas. Siput akan memakan kelapa parut sambil membersihkannya.” – Zaimah Zaimah
MW : Penting tau mak-mak kita belajar petua dapur ini. Sebab walau setinggi mana pun ijazah kita, bila dah berkeluarga tetap kena memasak untuk anak-anak dan suami. Orang kata, air tangan itulah terzahirnya kasih sayang seorang isteri mahupun ibu.
Colek buah, kalau kena cara buatnya memang meletup. Sedap sangat. Tapi, ada yang tak kena dengan citarasa, terlebih belacan, terlalu pedas dan mungkin juga tak pekat.
Kali ini, Afy AL Habibi berkongsi resipi colek buah Adik Ben Homemade yang terlebih sedap. Siap jual kat shopee lagi. Paling best, bila makan tak adalah rasa belacan dan sangat pekat, padu.
Colek buah ini tak ada belacan dan resipi yang diberikan ini untuk satu periuk. Nak bagi saudara mara, jiran dan buat stok kat rumah pun boleh.
Bahan:
1 liter air
500 gm gula putih
40 gm udang kering Thailand – dibakar/disangai
5 sudu makan petis udang halal Istiqamah Halim
1 keping besar nise Kelantan ( gula melaka )
150gm bawang putih- cincang dan digoreng
40gm serbuk lada kering halus
250gm kacang tanah goreng – kisar halus
250gm kacang tanah goreng – kisar separa kasar
200gm serbuk asam boi putih
30gm asam jawa
10 sudu makan kicap pekat Jalen
2 sudu teh garam halus ( pink kristal Halalgel )
Cara Membuat:
1. Persiapkan bahan. Sangai/bakar udang kering, cincang dan goreng bawang putih, sangai kacang tanah dan bahagi dua. 1 kisar halus 1 kisar separa kasar, sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.
2. Mula-mula didihkan 1 liter air. Kemudian, masukkan gula putih dan sekeping besar nise. Dah larut semua, kecilkan api.
3. Dalam pengisar masukkan serbuk asam boi putih, 1 bahagian kacang kisar halus, serbuk lada kering halus, bawang putih goreng, garam, air asam jawa bersama isi (biji buang), petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.
4. Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati.
5. Tambah masuk kicap pekat dan masak antara 20 minit dengan api sederhana kecil; Kacau sesekali.
6. Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan 1 bahagian kacang kisaran separa kasar tu. Bagi rangup.
Colek ni akan pekat dengan bahan dan TANPA GUNA SEBARANG TEPUNG atau agen pemekat lain.
Cara simpan: Letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan dalam peti.
Selamat mencuba. Yang ini pun dah cukup sedap dengan penggunaan bahan yang dikongsikan.
Boleh bayangkan sendiri adanya tambahan pelbagai ramuan rahsia lain yang adik
Mingguan Wanita : Fuh! Boleh kecur air liur makan colek ni.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bila musim mangga, sampai merimbun buahnya dan tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang, buahnya terlebih masak sebab tak sempat nak kutip. Ada rezeki lebih, kongsi dengan jiran-jiran.
Mangga, selain makan cicah asam, ada juga yang buat jeruk. Ini cara supaya tidaklah buah yang ada itu dibuang begitu saja.
Namun, ada juga mak-mak jadikan mangga yang diracip halus dan dimasukkan ke dalam budu mahu pun dijadikan kerabu sebagai penambah selera. Sangat padu.
Kali ini, Mim Yusof berkongsi resipi pecal mangga atau mungkin seetengah orang panggil kerabu mangga. Cukup dengan 4 bahan saja untuk siapkan pecal mangga ini. Sedapnya, makan bertambah-tambah nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Siapa suka makan daging goreng kunyit, cubalah resipi senang buat ini. Bahan-bahan mudah didapati dan cara buatnya juga senang.
Cara membuat dan memasak resipi daging goreng ini menggunakan pressure cooker. Mudah bagi mereka yang ada periuk ini. Campak-campak sahaja bahan dalam periuk, biarkan ia masak sehingga siap!
Walaupun begitu, bagi yang tidak ada pressure cooker bolehlah gunakan resipi yang sama dan masaknya seperti biasa menggunakan dapur gas atau dapur elektrik yang ada di rumah itu.
Boleh Cuba Resipi Daging Goreng Kunyit Perkongsian Shikin Shahrir Ini
Resipi Daging Goreng Kunyit Senang Yakmat Nak Buat
“Daging goreng kunyit guna 4 bahan sahaja. Senang yakmat nak buat. Resipi ni husband Kek Ikin yang request. Kata dia, teringat ingat masa makan kat rumah mak sedara Kek Ikin dulu. Kek Ikin pun apa lagi, kelentung kelentang la buat. Buat buat pandai la kejap memandangkan resipi ni senang yakmattt nak buat. Kelas online dah nak start ni, jom kita masak campak campak campak jap. Selamat mencuba!”
Bahan-Bahan
1 kilo daging segar – dihiris nipis
3 inci halia – ditumbuk
3 inci kunyit hidup – ditumbuk
6 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang
1 bawang holand – dihiris
Sedikit asam jawa – rendam jadikan air asam jawa
Cili merah sebagai hiasan – dihiris
Sedikit minyak masak
1. Gaulkan halia dan kunyit bersama sama dengan daging
2. Masukkan ke dalam pressure cooker. Tekan button mode MEAT (P13) dan SEAL
3. Bila dah cukup time, buka penutup pressure cooker dan tekan button mode BAKE/ROASTED untuk keringkan sedikit air daging.
4. Masukkan sedikit air asam jawa. Jangan banyak tau, nanti kuah berenang pulak.
5. Teruskan masak guna mode BAKE/ROASTED dan bila kuah sedikit pekat, tambahkan sedikit minyak masak.
6. Masak lagi dalam dua hingga 3 minit (mode sama). Tak mau lama sangat tau nanti daging liat.
7. Akhir sekali masukkan bawang Holland dan cili merah. Kacau sekata.
8. Dah siap!
MW: Sedap rasanya daging goreng kunyit ini. Selamat mencuba!
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...