Petua BUANG KANJI Masa Tanak Nasi, Barulah Lambat Basi, Airnya Buat Siram Pokok

Share

Bagi yang biasa makan nasi dengan jenama biasa, tentu boleh rasa banyak kanji dalam nasi. Berbeza sangat dengan basmathi yang sesuai untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, harga beras basmathi pun boleh tahan juga harganya sebab memang ia dikeluarkan untuk kesihatan. Satu yang menarik juga bila guna basmathi, ia lambat basi.

Inilah yang boleh kita praktikkan dengan bers biasa. Ada cara untuk buang kanji terutamanya semasa tanak nasi. Malah, airnya boleh buat siram pokok tanaman lagi.

Nanti bolehlah cuba buat di rumah dengan buang kanji dengan menggunakan beras biasa. Seperti yang dikongsikan oleh Zinnirah ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nasi Punten Tradisi Orang Jawa, Sedap Makan Dengan Sambal Pedas Berdesing

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!

Info Lebih Menarik DI SINI

Cara Buang Kanji Semasa Tanah Nasi

Saya nak kongsikan cara bagaimana orang mamak tanak nasi tanpa kanji setiap hari. Ini saya tunjuk step by step.

Kelebihan nasi yang dibuang kanji

1. Tidak mudah basi
2. Rendah kanji dan gula
3. Sesuai dimakan orang yang ada diabetis, org tua dan mereka yang nak diet tapi tak boleh tinggal nasi atau sesiapa sahaja la.

4. Tak leceh pun, 8 minit dah siap
5. Air kanji boleh guna untuk siram pokok, bagi minum kucing atau jadikan masker.

Caranya:

1. Jerang air dan didihkan. Sukatan air (3/4) atau agak-agak saja sampai penuh. Jangan penuh sangat ye sebab bila masuk beras nanti, takut melimpah air panas.

2. Basuh beras 3 kali. Air dah didih, selawat dan masuk beras. Beras apa pun boleh guna method ni.. sesetengah orang mamak, kalau guna beras rebus (beras gemuk), mereka akan tambah secubit garam. Saya cadangkan tak payah la garam, jaga kesihatan.

3. Pilihan daun pandan, tak nak pun tak apa tapi saya dah biasa dengan cara ni. Nasi harum tapi ia tidak langsung menjejaskan rasa nasi.

Ada sesetengah orang mamak suka bubuh secubit serbuk kayu manis, pun tidak akan menjejaskan rasa nasi tersebut. Cuma saya suka bubuh daun pandan/

4. Biar mendidih angaran 5-8minit. Nak test senang je, picit beras, kalau dah lembut macam nasi, dah boleh tutup dapur. 8minit dah siap.

5. Ini kalau dah tutup api dapur. Nampak kanjinya dan daun pandan tu pun boleh buang.

Air kanji kalau nak buat masker muka pun boleh, simpan air kanji dalam peti sejuk (1-2 hari je), kalau nk beri kucing minum pun boleh.

6. Tapis dan biar seketika. Masuk balik dalam periuk. Tutup

7. Kalau nak panaskan, letak dalam api paling kecik dalam 2 minit. Nasi yang dah dibuang kanji, memang susah nak basi, Kadangkala 2 hari tahan. Tapi, jangan la simpan luar sebab tak basi, letak dalam peti ais pun boleh.

Mingguan Wanita : Kalau nak lebih sihat, boleh guna cara ini. Tak adalah remeh, senang dan ambil masa 10 minit saja untuk masak nasi tanpa kanji.

Info: Kalau biasa masak nasi dalam rice cooker, boleh rendam beras itu selama 15 minit dalam air. Selepas itu masaklah seperti biasa. Kanji tetap hilang dan lambat basi.

Sumber: Zinnirah Muthalif

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora