PETUA Berkesan Putihkan Ketiak Gelap, Guna Timun, Tepung Beras & Limau Nipis!

Share

PETUA Berkesan Putihkan Ketiak Gelap, Guna Timun, Tepung Beras & Limau Nipis! Jika mengalami masalah kesan gelap di bahagian intim seperti celah peha, belakang betis memang boleh buat rasa rendah diri. Lebih-lebih lagi bahagian ketiak yang hitam memang boleh hilang keyakinan diri.

Antara punca bahagian ketiak menjadi hitam ialah penggunaan deodorant yang tidak serasi dengan kulit, permukaan kulit luka selepas dicukur,kurang menjadi kebersihan diri dan sebagainya.

Ikut petua yang dikongsikan oleh Facetimebeauty ni, memang berkesan dalam menghilangkan ketiak hitam. Hanya guna 3 bahan je.

Bahan-Bahan:

1/2 sudu besar Tepung Beras
2 hiris Timun
3 biji Limau Nipis

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk.
2. Potong limau nipis dan perahkan ke dalam tepung beras tadi.

3. Gaul sebati bahan tersebut.


4. Hiris timus dan celupkan dengan bancuhan tadi.

5. Kemudian gosok rata pada bahagian ketiak yang gelap.

Nak nampak hasilnya kena buat hari-hari. Sebulan jangan berhenti.

Selamat Mencuba!

@facetimebeautyFace Time Beauty -> Buka Profile -> Click VTT (yang Ayie Pin) atau Logo 🛍️ bag Shopping.♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Baca Lagi Di Sini:Kulit Sensitif Pakai Deodorant, PETUA Hilangkan Bau Ketiak Guna Daun LIMAU PURUT!
Artikel Menarik:Cukur Hanya 2 Kali Setahun, Model Wanita Bangga Tayang Bulu Ketiak!
Mesti Baca:Masalah Ketiak ‘Berkarat’, Makin Dibiar Nanti Lagi Susah Nak Hilangkan!

Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah ketiak hitam, boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Hanya guna 3 bahan je. Lebih selamat, jimat dan berkesan hasilnya.

Sumber: TikTok Facetimebeauty

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab