Rupanya antara petua berkesan untuk menghilangkan pijar pada tangan, lumur dengan minyak! Bukan apa, ada sesetengah orang memang mempunyai kulit tangan yang cukup sensitif, mudah pijar jika menggunakan cili.
Puan Rafiza Idayu kongsikan sendiri pengalaman, keberkesanan melumur minyak pada tangan yang dapat menghilangkan pijar.
Petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains.
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang.
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Lumur Dengan Lemak
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak. Jadi saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalsm komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim. Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Basuh dengan hand wash.
Alhamdulillah.. hilang terus pijar. Punyalah tadi gosok kat rambutlah.. tak jalan da…
Follow tip dan petua tangan pijar di sini :
Selamat Mencuba!
Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca: Tak Payah Masuk Setitik Minyak Pun, Ayam Goreng Sedap Tetap Garing!
Baca Lagi Di Sini:Leraikan, Letak Sikit Minyak, CARA BETUL Simpan Mee Tahan 2-3 Minggu!
Artikel Menarik:Pakar Terang Punca Minyak Berbuih Ketika Menggoreng ‘Elak Guna Banyak Kali’
Mingguan Wanita:Menarik tip dan petua yang dikongsikan ni, memang berkesan hilangkan pijar pada tangan. Boleh cuba nanti.
Sumber:Rafiza Idayu
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI