Biasanya bila anak-anak makan dalam kereta, ada cebisan makanan berterabur sekaligus boleh mengundang anak lipas datang ‘berkampung’. Memang serabut, bila banyak anak-anak lipas dalam kereta ni.
Sebelum nak hantar kereta ke kedai untuk servis halau dan matikan anak- anak lipas ni, boleh cuba dahulu petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Cik Zati ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saja nak share, ini hasil tangkapan malam tadi dalam kereta abah Mia.Kalau ada yang nak try petua ni pon boleh.”
Bahan-Bahan:
Bekas plastik kosong
Minyak masak yang telah digunakan (minyak baru adalah membazir)
seketul kecil marjerin/ mentega
sedikit susu pekat manis
Cara Membuat:
1. Campurkan minyak masak, marjerin dan susu pekat manis di dalam satu bekas.
2. Letak semalaman dalam kereta di bahagian tempat letak kaki atau bawah seat atau mana-mana tempat yang kita suka.Esok pagi boleh lihat hasilnya.
Selamat Mencuba!
Baca lagi disini: Hapuskan Lipas Dalam Kereta, Letak Dalam 6-7 Jam Dan Tengoklah Hasilnya!
MW: Mudah sangat tip ini dan jimat kos. Jadi buat mak ayah yang ada masalah anak-anak lipas berkampung dalam kereta tu, boleh cuba tip mudah yang dikongsikan ini.
Sumber: Cik Zati
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap! Ini Antara Kronologinya
Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua, anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga-jaga. Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di rendah-rendahkan kebolehannya depan adik-adik mahupun orang lain.
Pantang tersilap sedikit, merajuknya boleh berpanjangan. Sentap! Kata orang sekarang. Sebenarnya ada sebab kenapa anak sulung berperangai semacam itu.
Ini Penyebabnya…
1. Terlebih Dulu Dimanja Mak Ayah
Sebelum lahirnya adik-adik yang lain, dialah intan payung mak ayah. Bila adik-adik lahir dia terpaksa terima hakikat yang dirinya sudah jadi abang atau kakak.
Walhal dia masih lagi kecil dan mahukan perhatian sebagaimana diperoleh sebelum kelahiran adik-adik.
Mak ayah pula terlupa dan beralih kasih pada yang bongsu. Tanpa sedar ada jiwa kecil yang tercalar emosi. Yang sedang merindui belaian manja yang diterima sebelum ini.
Bukan mudah dia nak terima hakikat itu. Sepatutnya mak ayah maklumkan dengan lembut dan kasih sayang.
2. Ia Satu Tanggungjawab Yang Berat
Setelah berusaha keras terima hakikat dirinya seorang abang/kakak, dia perlu pikul tanggung jawab.
Bila adik menangis ibu kata, ‘Abang tolong tengok adik’ ‘Kakak ambilkan lampin adik’. Kalau perasaan cemburu tak berjaya dibendung, abang atau kakak akan melakukan dengan terpaksa. Tanpa sedar dia akan jadi seorang yang memberontak.
3. Jatuhkan Standard Dalam Diam
Anak sulung mula memberontak dalam diam. Bila mak tak pandang, dia pulas telinga adik yang masih merah.. dia cium pipi adik dengan geram.
Katakan mak tiba-tiba terpandang, cepat-cepat mak beri amaran. Kalau masih kecil mak tak sampai hati nak tegur dan bawa adik menjauh pergi.
Tapi satu hal yang mak kena faham, anak sulung cukup pantang bila dijatuhkan standardnya depan adik-adik mahupun orang lain.
Ada cara mahu menegurnya. Bukan mengherdik atau memarahi. Tapi denfan sentuhan emosi. Tegurlah ketika tiada sesiapapun di sekelilingnya. Ia cuma ada mak dan anak sulung saja. Biarkan sesi itu jadi cukup privasi.
Nota
Biarpun anak sulung anda kuat merajuk dan berjiwa sensitif, percayalah apabila anda mendidiknya dengan cara yang betul dan belaian kasih sayang yang selayaknya, dia akan membesar dengan sifat tanggungjawab yang sebenar-benarnya.
Jangan sampai anda terlalu fokus dengan kedegilan anak kedua, memberi perhatian pada anak ketiga dan seterusnya membuatkan anda lupa mahu mendakap, memeluk dan mencium mesra anak yang sulung.
Usah terlalu mendesaknya memikul tanggungjawab seorang abang mahupun kakak. Berikannya masa dan peranan selayak usianya.
Ingat! Kasih sayang anda akan mencorak bahagia anak-anak yang membesar di hadapan mata.
Sumber/Foto: via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rebus PUCUK UBI Letak ‘Baking Soda’, Elok Lembut, Warna Cantik Kehijauan!
Rupanya bila rebus pucuk ubi letak sedikit baking soda ia jadi lembut elok warnanya cantik kehijauan. Bukan apa pucuk ubi adakalanya ia tak berapa lembut malah warnanya juga tak cantik seperti lebam dan berbirat selepas direbus.
Pucuk Ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Malah banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman.
Boleh ikut cara rebus pucuk ubi lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Lagi Menarik: Nak Makan Pucuk Ubi, Petua Ini Elak Kena Serang Angin
Bahan-Bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara Rebus Pucuk Ubi:
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6.Kemudian toskan.
Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Artikel Menarik: Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara rebus pucuk ubi elok cantik warna kehijauan tak berbirat lebam malah lembut dicicah dengan sambal belacan.
Mesti Baca: RENDANG PUCUK UBI 2 Jam Kacau Sampai Betul-Betul Kering, Patutlah Orang Jual Mahal!
Sumber: Abd Rahman Tayun
Benarkah perkahwinan satu taruhan? saksikan video ini.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Betul ke wanita yang berdikari tu ancaman bagi lelaki? Ikuti penjelasan ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Petai Jeruk, Nak RANGGUP & Sedap, Tapis Semalaman, Guna Garam Kasar
Petai jeruk, baunya saja sudah buat orang yang tidak biasa makan akan pening. Tapi bila makan memang boleh bertambah-tambah nasi. Sedap sangat.
Boleh dikatakan baunya kurang menyenangkan baik petai mentah mahu pun petai jeruk. Lebih-lebih lagi bila tiba musimnya, berlambak-lambak di jual. Kiranya sama naik dengan musim durian.
Beruntungnya kalau dapat beli dengan harga murah atau borong. Bukan setakat boleh di makan mentah, di rebus atau nak tahan lama buat petai jeruk. Nak makan, bubuh dalam pinggan dan cukup dengan satu lauk pun dah menyelerakan.
Kadang-kadang usah juga nak dapatkan petai jeruk. Jadi, apa kata bila dah beli banyak sangat, bolehlah buat sendiri.
Daripada perkongsian ZiLa KJ ini, cara nak buat petai jeruk ini senang sangat, cuba langkah demi langkah tu agak lama. Maklum saja, kena kopek satu persatu petai yang telah dicelur itu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat Jeruk MAMAN Kena Pilih Berdaun LIMA, Simpan Dalam Peti, TAHAN LAMA
Buat Sendiri Cili Padi Jeruk. Rendam Air Kapur, Baru Tahan Lama Dan Ranggup
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Petai Jeruk Buat Sendiri
“Sudah hampir 12 tahun kahwin, biasa mak mentua yang buatkan petai jeruk, tinggal nak makan saja. Lagi pun saya pandai makan sejak kahwin dengan suami.
“Sekarang baru tahu cara buat. Nampak macam mudah tapi banyak langka-langkahnya.
Cara-caranya:
1. Bersihkan petai.
2. Didihkan air dan apabila mendidih, masukkan petai dan rebus.
3. Apabila kulit petai bertukar warna, angkat dan toskan airnya.
4. Bila tangkai petai suam-suam, terus keluarkan isi petai. Tak perlu tunggu sejuk sebab masa ini ia senang untuk keluarkan isinya.
5. Rendam petai yang diambil isinyadengan air biasa sajaka.
6. Sudah siap, basuh petai tadi untuk keluarkan lendir atau kulit yang tertinggal. Toskan dengan guna penapis.
7. Biarkan semalaman dalam tapisan untuk pastikan air rebusan itu betul-betul kering. Paling penting nak pastikan petainya ranggup.
8. Akhir sekali, masukkan petai dalam balang, rendam dengan air masak. Pastikan ai lebih dari isi petai. Masukkan garam kasar pada bahagian atas saja. Boleh guna beras kasar untuk rasa lebih sedap atau guna saja garam biasa. Masukkan 5 tangkai cili atau lebih, kalau suka pedas.
9. Selepas 3 hari, boleh cuba sebiji dan kalau kurang masin, bolehlah tambah garam lagi.
10. Cukup seminggu boleh makan dengan nasi panas. Sedapnya.
Mingguan Wanita : Kalau nak buang air kecil, jangan lupa simbah air banyak ye. Mahunya pening siapa yang masuk bilik air lepas itu.
Sumber: ZiLa KJ
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI