Petua BERAS Cepat Hancur Jadi BUBUR, Bekukan Dalam Peti Ais Sebelum Masak!

Share

Rupanya antara petua beras cepat hancur supaya jadi bubur, kena bekukan dalam peti ais dahulu sebelum dimasak. Bukan apa, jika kita masak beras macam biasa, makan masa yang lama untuk beras betul-betul hancur menjadi bubur.Jika ikut petua yang dikongsikan ini, hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.

Boleh cuba petua dan resipi bubur ayam ‘simple’ yang sedap yang dikongsikan oleh Puan Naomy Chow
ini.

Bahan-Bahan:

Kiub Ayam (Terpulang nak guna jenama apa)
Minyak Bijan
Bawang Goreng
Daun Bawang
Garam
Halia
Isi Ayam (Dicincang halus)
1 pot beras yang telah dibekukan
7 cawan air

Cara Membuat:

1. Masukkan isi ayam, air, beras, halia dan kiub ayam ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana.

2.Masak selama 25-30 minit, sehingga beras hancur menjadi bubur.

3. Bubur siap dimasak, boleh titiskan dengan minyak bijan, daun bawang dan bawang goreng.

Tip Ekstra!

  • Petua supaya beras cepat hancur jadi bubur.Cuci beras kemudian masukkan dalam bekas dan masuk sedikit air.Kemudian bekukan dalam peti ais,sebelum masak.

Siap, Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
SAMBAL GARING Pedas Homemade Guna 4 Bahan, Makan Dengan Bubur Pun Sedap!

Bubur Lambuk Rice Cooker, Sedapnya Macam Yang Selalu Dapat Di Masjid

ISI AYAM Tak Laku, Bila Masak Begini Licin Habis Makan Anak Beranak!

Mingguan Wanita: Rupanya guna beras yang dibekukan sebelum nak masak bubur barulah ia cepat hancur. Boleh cuba petua dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Naomy Chow

 

 

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab