Sedapnya ayam goreng bergantung pada ranggup dan bahan perapan yang digunakan. Kadang-kadang sampai terfikir macam mana nak dapatkan ayam goreng ala KFC yang menjadi kegemaran anak-anak.
Rupanya tak susah pun nak buat ayam goreng ranggup. Dengan hanya bahan perapan dan biarkan selama sejam atau semalam sebelum digoreng.
Paling penting, bukan sahaja bahan perapan yang membangkit kan rasa tapi mak-mak kena campurkan gamdum dengan tepung salutan untuk elak muak.
Sebenarnya, untuk resipi ayam goreng ranggup, Reha Rahman banyak kongsi tip untuk pastikan ayam goreng buka nsetakat ranggup tapi juga elak rasa muak bila makan nanti.
Boleh ikut resipi ini dan tentunya anak pun suka bila dapat makan ayam goreng ala KFC ini. Selamat mencuba.
“Memandangkan saya ada anak yang masih kecil, jadi tak boleh lama-lama kat dapur. Jadi, kena ada cara masak yang paling ringkas dan cepat. Di sini, saya kongsikan masakan ayam goreng KFC versi saya dengan menggunakan 2 bahan perapan saja.
Bahan Perap: Kunyit Stok ayam maggi
Bahan salutan ayam: Tepung gandum Tepung bistari
Cara memasak:
1. Satu sudu kecil serbuk kunyit. Sukatan ini untuk sekilo kepak ayam.
Ads
2. Guna stok ayam pekat maggi, perasa ni dah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan.
3. 3 sudu makan stok ayam pekat maggi. Kemudian perap ayam dalam sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Saya selalu perap semalaman. Perap malam ini untuk masak esok hari. Simpan dalam peti.
4. Untuk bahan salutan saya guna tepung bistari dan tepung gandum.
5. 1 cawan tepung gandum, setengah cawan tepung bistari. Saya campur tepung gandum sebab bila semua salutan guna tepung bistari boleh rasa muak bila makan banyak.
Ads
6. Sebati kan tepung gandum dan tepung bistari. Salut ayam perapan dengan tepung.
7. Petua nak bagi ayam itu ada keriting-keriting, ayam dibasahkan dengan air. Sediakan air dalam mangkuk, masukkan ayam bersalut tepung dalam air. Rendam dalam beberapa saat.
8. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting-keritig. Nak lagi banyak keriting boleh ulang dengan rendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung macam proses awal tu.
9. Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Ads
10. Siap.
11. Ranggup bila makan.
Mingguan Wanita : Anak-anak memang sukalah ayam goreng, tak ada laik lain pun tak apa.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memang sedih dah risau bila barang hilang. Lebih-lebih lagi jika barang berharga dan ada nilai sentimental tersendiri. Namun jika dah rezeki tidak kemana. Berkat membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali, cincin yang terjatuh dan tercicir di tempat letak kenderaan dapat dijumpai semula.
Ini yang dikongsikan di Instagram Maryamanatiyang merupakan sahabat baik kepada Datin Anne Ngasri yang juga pemilik Mamy Scarves By Bawal Exclusive.
Dalam perkongsian video tersebut, Datin Anne Ngasri terjatuh di kawasan ‘parking’ area kedai pemilik butik lebih 2 minggu. Sewaktu di kawasan parking tersebut, tergerak hati untuk mencari semula cincin yang tercicir tersebut sambil membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali. Berkat amalan ayat tersebut, cincin emas yang tercicir akhirnya dapat dijumpai semula.
Ada petua yang boleh diamalkan dalam mencari barang yang hilang ini boleh dijadikan panduan.
PETUA : CARI BARANG HILANG!!!
Sebenarnya dah banyak kali Mamy cuba petua ni memang jumpa balik. Ada jugak beberapa kali Mamy baca tak jumpa, pastu Mamy mintak Mak bacakan pastu doa untuk Mamy.
Ya Allah makbul ye makbul! Doa Mak sama kan. Pernah sekali tu handphone dah hilang sebulan lebih. Lepas beberapa hari Mak baca Yaaasin 41 kali ni lepas solat tengok-tengok HP tu ada depan pintu rumah. Selama ni tak perasan pon.
Kuasa Allah. Tapi kalau tak dapat jugak anggaplah bukan lagi rezeki kita at least kita dah usaha dan doa kan. Jangan lupa save and share petua ni dengan sedara mara ke kawan-kawan!
Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki yang baik yang berkat buat sahabatku yang baik ni @annengasri_official .
DIY sabun? Biar betul! Sekali pandang, cantik dan nampak sedap! Ops! Ini bukan puding buah-buahan ye tapi Sabun Aircond. Kenapa panggil SABUN AIRCOND? Sebab bila pakai akan rasa sejuk sangat! Sesuai dipakai musim panas macam sekarang ni. DIY je kat rumah.
DIY Buat Sabun Aircond
Resipi pembuatan sabun yang sangat sejuk ini telah dikongsikan oleh Dr. Nurhidayah Roslan, wanita yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Genetik Dan Sains Biomolekul. Nak dapatkan bahan pun mudah. Dia ada kongsikan di laman fb miliknya:https://www.facebook.com/profile.php?id=100010642691835
Mak-mak boleh ajak anak-anak untuk sama-sama dalam projek Sabun Aircond ini. Mesti anak-anak teruja!
Apa fungsi Sabun Aircond ni?
Ada TIGA FUNGSI UTAMA sabun ini iaitu:
Menarik kotoran daripada kulit badan
Nyahkan bau badan yang tak best
Ia juga menyejukkan badan.
Bahan-bahan Untuk DIY SABUN AIRCOND (acuan sabun bersaiz 350 gram)
Bahan A – Bahagian kuning:
50 gram Transparent soap base
1ml Minyak pati lemon
Sedikit pewarna untuk sabun (kuning dan oren)
Bahan B – Bahagian hitam:
50 gram Transparent soap base
0.5 gram Activated charcoal/carbon coloring for soap (hitam)
Bahan C – Transparent medium:
250 gram transparent soap base
12 gram Kristal menthol
2ml Minyak pewangi lemon
Jom DIY Buat Sabun Aircond!
Siapkan Bahagian Kuning dahulu. Larutkan soap base di bahagian A secara waterbath ataupun microwave. Tambahkan minyak pati dan pewarna.
Tuangkan ke dalam mould/acuan sabun dan biar mengeras (1 jam).
Untuk siapkan bahagian hitam; Larutkan soap base di bahagian B menggunakan waterbath ataupun microwave.
Larutkan activated charcoal dalam 1 sudu kecil ‘vegetable glycerin’. Dan campurkan ke dalam larutan soap base.
Tuangkan ke dalam mould sabun dan biar mengeras (1 jam).
Potongkan bahagian kuning dan bahagian hitam menjadi kecil.
Larutkan soap base di bahagian C menggunakan waterbath ataupun microwave. Tambahkan Kristal menthol dan kacau hingga larut.
Susunkan bahagian kuning dan bahagian hitam yang telah dipotong tadi ke dalam mould sabun.
Tuangkan soap base C ke dalam mould hingga penuh. Jika terdapat buih di permukaan atas sabun, boleh semburkan dengan gosok alkohol untuk hilangkkan buih tersebut.
Biarkan mengeras selama 2-3 jam. Boleh potong dan digunakan.
Jumaat kali ini, MW share empat resipi istimewa yang tidak rumit untuk di buat. Dikongsikan oleh Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Seri Hartamas, Kuala Lumpur…resipi ini pastinya pantas memikat selera anda sekeluarga.
MEE WANTAN DAGING
Bahan-bahan :
• 100 gm mee wantan direbus terlebih dahulu
• 100 gm daging
• 2 ulas bawang putih yang dicincang
• Sesudu besar kicap pekat
• Sedikit minyak bijan
• Sesudu teh serbuk ayam
• 2 batang sawi
• Sedikit lada sulah
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
2. Kemudian tumiskan daging hingga masak.
3. Masukkan mee wantan yang direbus terlebih dahulu, serbuk ayam, kicap, lada sulah dan seterusnya sawi. Masukkan air mengikut skala kuantiti kuah yang dikehendaki. Siap untuk dihidang.
NASI GORENG SALOMA
Bahan-bahan :
• Semangkuk nasi putih
• Sesudu sambal belacan
• Sebiji telur
• Sedikit serbuk ayam
• Dua ulas bawang putih dicincang
• Sedikit udang, bebola ikan, sotong, dan fishcake (bahan tambahan ini boleh diolah mengikut selera masing-masing)
• Minyak untuk menggoreng
• Garam secukup rasa (*jika perlu)
Cara membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan fishcake. Tumis sehingga bahan-bahan ini masak. Seterusnya masukkan sambal belacan.
3. Kemudian pecahkan telur, masukkan sedikit serbuk ayam gaul kesemua bahan tadi. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata kesemua nasi dan bahan-bahan rencah di dalam kuali. Perasakan dengan garam jika perlu, siap untuk dihidangkan.
MEE GORENG P. RAMLEE
Bahan-bahan :
• Sebiji telur
• 100 gm mee kuning
• 50 gm udang basah
• 50 gm sotong
• Bebola ikan secukupnya
• Fishcake secukupnya
• Sedikit bawang putih dicincang
• Sesenduk sambal *cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu
• Sedikit kicap pekat
• Sesudu sos cili
• 2 batang sawi yang dipotong kecil
• Sedikit serbuk ayam
• Sedikit tauge
• Minyak untuk menggoreng
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
Seterusnya tumis seketika udang, sotong, fishcake dan bebola ikan.
2. Langkah berikutnya masukkan cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu dan sos cili. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan mee dan sedikit air, diikuti dengan serbuk ayam. Curahkan kicap pekat serta pecahkan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan sawi dan juga tauge. Ringkas lagi menyelerakan.
KUIH LOMPANG
Bahan-bahan :
• 1.5 cawan tepung beras
• 0.5 cawan tepung ubi
• 2 cawan air
• Secawan gula merah
• Secawan gula pasir
• Pewarna mengikut citarasa masing-masing
• Dua helai daun pandan
• Kelapa parut bahagian putih sahaja
Cara Membuat :
1. Masak dua cawan air bersama daun pandan sehingga mendidih.
2. Dalam bekas berasingan masukkan tepung beras, tepung ubi, air dan secawan gula. Gaul kesemua bahan ini biar mesra. Jika ada yang mahukan lompang berwarna, anda boleh masukkan pewarna pilihan kedalam adunan ini.
3. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuannya.
4. Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan kemudian dikukus dalam periuk pengukus untuk tempoh 15-20 minit.
5. Setelah kuih lompang masak, angkat dan sejukkan seketika. Sebaik ia sejuk, barulah taburkan parutan kelapa di atasnya. Siap untuk dinikmati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...