Tak semua petua yang kita gunakan untuk turunkan berat badan sesuai dengan kita. Kadang-kadang, ia tidak serasi dengan badan. Akhirnya, berat sama saja, tak turun tapi bimbangnya makin bertambah-tambah pula.
Sesetengah mak suka guna petua tradisional untuk kurus dan ada juga suka mengambil apa-apa suplemen yang boleh membantu. Semuanya ini bergnatung pada keinginan dan kesungguhan empunya diri.
Kalau setakat nak turunkan berat badan tapi tak ada usaha, memang tak ke manalah. Begitu juga kalau cuba pelbagai jenis ubat mahu pun kurangkan makan tapi tak berjaya, mungkin itu tidak serasi.
Jadi, bagi mak-mak yang masih mencari petua untuk turunkan berat badan, sekaligus nak bagi kulit cantik, boleh guna petua ini. Mudah-mudahan perkongsian daripada Suhaniza Isenen dapat membantu mak-mak yang nak kurus.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau Salah Pilih Yogurt, Nak Kurus Pun Boleh Bertambah Gemuk
Nak Kurus Tapi Nasi Penuh Pinggan. Ini Cara Betul Ambil Nasi Ikut Suku Pinggan
Info Lebih Menarik DI SINI
Sebenarnya, air rebusan ini sangat bermanfaat untuk mencantikan kulit dan untuk turunkan berat badan.
Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat bantu kurangkan nafsu makan dan cegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.
Maksudnya kalau kita minum air ini, badan tak kan serap lemak atau lemak takkan berkumpul dalam badan. Best kan.
Banyak lagi khasiat asam gelugur ni yang kita tak tahu lagi selain turunkan berat badan.
Antaranya,
a) Kawal kolesterol
b) Lawaskan penghadaman
c) Rawat cacing dalam badan
d) Kecutkan rahim
-e) Kurangkan gejala reumatisme atau penyakit radang sendi seperti gout
Manakala campuran daun pandan ni pula untuk hilangkan bau badan dan jugak hilangkan lenguh-lenguh badan.
Jadi, Jom kita buat!
Bahan-bahan yang diperlukan:
5-6 keping asam gelugur
Daun pandan (simpul atau koyakkan)
5 gelas air
Caranya:
Rebuskan semuanya sekali sampai menggelegak dan tapiskan sebelum minum airnya.
Nota: Amalkan minum sebelum makan, minum suam atau sejuk..tapi mestilah yang suam lagi bagus. Boleh tambahkan madu untuk bagi rasa manis.
Bagi yang ade gastrik tak digalakkan.
Selamat mencuba!
Semoga bermanfaat.
Kak haney
Berkongsi petua kurus
MW: Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau sebelum ini tak berjaya, boleh cuba minuman ini pula. Mudah-mudahan berjaya.
Sumber: Suhaniza Isenen
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita