Sebenarnya kita boleh baiki Peti Ais yang kurang sejuk sendiri di rumah. Rupanya dengan menukar Termostat Pencairbeku dengan modal RM12, Peti Ais kembali berfungsi elok, sejuk dan beku. Memang jimat banyak duit bila buat sendiri berbanding hantar baiki di kedai.
Ikut panduan baiki peti ais tak sejuk, seperti yang dikongsikan oleh Jannatun Naim ini.
Pernah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk pun. Takpun atas bawah kurang sejuk? Jadi saya nak kongsi sikit. Selalunya yang jadi masalah ialah termostat atau sensor pencairbeku (defrost) yang rosak.
Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ini. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.
Sebelum memulakan projek baiki peti ais, pastikan tutup dahulu suis peti sejuk. Risau peti ais tak beku, orang lain yang kaku nanti.
1. Buka Penutup Di Bahagian Atas Peti Sejuk
Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.
2. Tunggu Ais Mencair
Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu.
Ads
3. Keluarkan Sensor
Ok, bila dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tu.
Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.
4. Gantikan Sensor
Ok macam ni.Potong wayar pada tiub asal sambung ke sensor baru.
Ads
5. Kemaskan
Akhir sekali, letakkan sensor pada posisi asal dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Ikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya tidak bergerak-gerak.Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam (electrical takpe) pon tak apa.
Artikel Menarik:10 Barang Ini Sebenarnya Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah peti ais tak berapa nak sejuk tu, boleh cuba baiki sendiri di rumah. Tukar Termostat Pencairbeku je, modal baru RM12, memang lebih jimat berbanding hantar kedai baiki.
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.
Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.
“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”
“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”
MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.
Sempena Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) ramai yang ada banyak masa di rumah merebut peluang melakukan pelbagai projek seperti bertukang, berkebun, menjahit, dekorasi rumah dan sebagainya. Salah satu projek yang boleh dibuat sendiri ialah DIY open wardrobe baju sekolah anak. Sesuai untuk anak yang agak lasak, malah baju-baju sekolah pun nampak kemas tergantung.
Boleh cedok idea DIY yang dikongsikan oleh Encik Izat Akmalini sebagai rujukan.
Memang nampak cantik dan kemas hasil kerjanya.
Projek pkp open wardrobe baju sekolah anak. Disebabkn budak laki ni dia lasak sikit sampai almari baju lama tercabut pintu, so diy sendiri yang lebih kukuh.
Material:
Besi hollow 1.5inci x 0.5inci Kayu hevea board Besi jaring diamond mesh 3mm (biasanya hardware besi yang besar ada jual, dalam shoppe pun ada tapi harga mahal)
Amik masa 2 hari untuk siap rangka dan 1 hari untuk cat kering. Alhamdulillah, siap dan puas hati.
Permulaan,yang penting kena ada pelan dulu, baru jimat masa. Saya beli di hardware besar, kalau yang kecik-kecik takde. Saya beli di stor besi dan roof, murah sikit.
Heveaboard
Cat alas
Siap cat rangka
Siap rangka sepenuhnya.
Nampak tegap, harap dapat la bertahan.
Dah siap susun baju, walau sekolah lambat lagi nak buka.
Tanyakan pada wanita, siapa yang tak nak kelihatan cantik dan awet muda? Malah, sangat penting untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri kerana ia akan membantu seseorang wanita tampil lebih menarik. Sebaliknya, kalau pun wajah wanita itu sedia cantik tapi kulit wajahnya penuh noda, kusam dan penuh kesan jerawat, maka pudar kecantikan aslinya itu. Jadi, rajin-rajinlah rawat muka ye.
Jika ada bajet lebih, bolehlah membelai diri di spa kecantikan. Banyak spa yang menawarkan perawatan sama ada yang moden atau tradisional. Sebaliknya jika bajet tak mengizinkan, jangan risau. Hanya perlu selongkar saja bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Kali ini, puan Ana, daripada De’ Belai Spa & Beauty Salon yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam, sudi berkongsi salah satu resipi membuat skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur setiap rumah. Kos pun tak mahal.
Bahan-bahan:
½ cawan kecil gula perang / putih 1 sudu besar madu 3 sudu besar jus limau nipis 1 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat:
1.Ambil beberapa sudu gula, masukkan ke dalam mangkuk kecil. 2.Kemudian masukkan sedikit madu dan jus limau nipis. Kacau rata. 3.Masukkan pula minyak zaitun. Kacau rata hingga membentuk pes yang agak pekatl. 4.Bersihkan wajah dan sapu skrub itu secara rata ke seluruh kulit wajah. Biarkan seminit dua. 5.Kemudian sental wajah dengan gerakan memutar. Setelah itu, cuci bersih. 6.Sekiranya berlebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Seeloknya digunakan sekali seminggu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!