Sebelum ibu hamil pulang beraya, pastikan bab keselamatan sudah dihadam. Ya, meriah nak beraya ini bukan boleh disekat-sekat dan ibu hamil pun tetap semangat nak jumpa sanak saudara di kampung.
Sanggup berjalan jauh semata-mata nak berkumpul dengan keluarga tersayang di kampung. Haaa… tetapi sebelum pulang beraya sakan, tolong semak balik apa yang Pakar Perubatan Keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong ini kongsikan.
Sangat penting untuk buat persediaan awal sebelum pulang.
Sebelum Ibu Hamil Pulang Beraya
1. Bawa Buku Rekod
Sila bawa buku rekod antenatal anda masa pulang bersama. Letak dalam beg tangan bagaikan kita bawa pasport. In case ada kecemasan semasa di kampung, senang untuk perawat membuat rujukan tentang masalah anda.
Kalau dah masuk third trimester, jangan lupa siapkan barang kelengkapan ke hospital sebagai persediaan awal. You may go into labour while u were celebrating Raya kat kampung.
2. Kes Tumpang
Sekiranya anda ingin berjumpa doktor atau jururawat di tempat anda bercuti, jangan expect anda akan terus dilihat pada hari yang sama. Anda mungkin diberi temujanji pada hari berlainan kerana anda adalah KES TUMPANG dan staff kena mengutamakan kes temujanji mereka yang sedia ada. Melainkan kes anda adalah emergency case.
Tambahan pula, musim perayaan, bilangan staff yang bertugas di klinik akan kurang untuk memberi peluang ada yang bercuti.
3. Jangan Tinggal Ubat
Ubat-ubat yang perlu diambil jangan dilupakan. Masukkan dalam beg tangan siap-siap. Contohnya vitamin hematinik, ubat darah tinggi mahupun insulin. Anda tidak mahu keputusan bekalan ubat di saat orang sibuk beraya, tambah-tambah banyak klinik yang tutup.
4. Jangan lupakan NURSE
Bagi yang bercuti lama-lama di kampung, ibu-ibu sila lah bagitahu kepada jururawat yang incharge kawasan anda sekiranya anda terpaksa mungkir temujanji. Contohnya temujanji seterusnya jatuh pada hari anda berada di kampung, boleh bagitahu jururawat dan minta tarikh temujanji baru. Ia boleh dilakukan melalui telefon mahupun datang sendiri ke kaunter klinik.
5. Kawal Pemakanan
Jagalah makan anda. Jangan lah terlampau makan tanpa sekatan, walaupun anda tiada masalah kencing manis. Memakan kuih-kuih dan juadah yang tinggi gula serta karbohidrat seperti lemang, nasi minyak, kuah kacang (sekadar menyebut beberapa) akan meningkatkan berat badan dengan cepat. Nanti berat bayi dalam kandungan pun akan mencanak-canak naik.
Bayi obese (big baby) bukanlah satu berita baik bagi kami, lebih-lebih lagi kepada yang bakal menyambut bayi di bilik bersalin.
Banyakkan minum air masak.
Lebihkan bergerak dan membuat kerja rumah yang ringan. Risiko darah beku lebih tinggi sekiranya ibu tidak aktif dan banyak berbaring sahaja.
6. Jangan Pakai Baju Ketat Sangat
Dan sila lah pakai baju yang longgar dan selesa semasa beraya. Tak perlu ketat-ketat sangat, agar sentiasa tampil sopan. Siapa kata ibu mengandung tak boleh bergaya kan? Dan kalau ada beg, sila lah pakai beg tote yang boleh muat banyak barang. Anda perlu praktis bawa beg besar mulai dari sekarang.
7. Tolonglah Berhenti-henti Kejap
Last but not least, sekiranya anda mengambil flight atau duduk dalam kereta berjam-jam lamanya, sila lah berhenti atau berjalan-jalan setiap 2-3 jam.
Duduk tanpa bangun melebihi 4 jam terus menerus akan meningkatkan risiko darah beku. Bagi yang memandu, boleh berhenti di R&R dan bangun ke tandas atau untuk membeli kudapan ringan.
Rancang Perjalanan, Biar Selamat
Faham, kalau boleh nak cepat sampai tetapi jangan sampai risikokan kandungan, ya. Paling penting, ibu hamil jangan amalkan menahan kencing kerana risiko jangkitan kuman pada saluran kencing lebih tinggi semasa anda mengandung.
Selamat pulang berhari Raya, bakal-bakal ibu, Kesihatan dan keselamatan anda, adalah doa kami semua.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI