Pesanan Buat Wanita, JAUHI Sikap Ini Sebab Dikatakan Tak Layak Dijadikan ISTERI

Share

Dari mata turun ke hati. Itulah permulaan bagi seorang lelaki yang mula suka dan tertarik pada seorang perempuan. Mungkin inilah pasangan yang layak dijadikan isteri dan permaisuri hatinya.

Jika sudah sampai jodoh, kenal hati budi dan rasa serasi, tidak perlu tunggu lama-lama. Memang layak untuk menjadi ibu rumah pada bakal anak-anak.

Namun, bagaimana ditakdirkan bila kenal dan mula rasa tidak selesa dek perangai yang terbongkar satu persatu. Peel dan perangai yang mungkin ‘menjengkelkan’. Baik lelaki mahu pun perempuan, ada masanya kita akan rasa dia ini tak layak dijadikan pasangan dan tidak serasi walaupun beberapa kali berjumpa.

Perumpamaan ini selalu diberikan, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Tapi apa yang boleh dikatakan lelaki yang baik juga mampu membimbang isterinya ke jalan yang lebih baik lagi.

Perkongsian daripada Samuel Dzul ini, cukup menarik untuk dijadikan panduan buat wanita di luar sana. Sikap-sikap inilah yang kita sendiri tanpa sedar ada dalam diri.

Bagi wanita yang sudah berkahwin kenalah perbaiki dan bagi wanita yang belum berkahwin, elakkan daripada sikap ini dan sebenarnya kita layak jadi isteri solehah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kebaikan ARWAH Siti Sarah, Ramai Isteri Insaf Bagai Dilempang Ke Alam Realiti

Kematian Isteri KEHILANGAN Paling Perit Buat Suami, Bukan Mudah Padamkan MEMORI Hidup Bersama

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Sikap Perempuan Tidak Layak Dinikahi

Imam Ghazali pernah memberi nasihat kepada kaum lelaki agar tidak menikahi 6 jenis perempuan iaitu Al-Annanah, Al-Mananah, Al-Hananah, Al-Haddaqah, Al-Barraqah, dan Asy Syaddaqah.

Siapakah mereka ini?

1. AL-ANNANAH (SUKA MENGELUH)

Al-Annanah adalah sifat seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi kepada sesiapa sahaja atau secara berlebihan.
Contoh yang dapat kita lihat buat masa ini adalah meluahkan masalah rumah tangga di media sosial, keluarga sendiri dan pihak ketiga.

Bagi lelaki yang mengahwini wanita yang bersifat suka mengeluh adalah sukar untuk mencapai kebahagian kerana wanita tersebut hanya akan mengeluh tanpa membincangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di samping itu, suami juga akan mengalami tekanan perasaan dan boleh merosakkan hubungan bersama keluarga mertua atau sahabat.

2. AL-MANANAH (MENGUNGKIT)

Al-Mananah adalah wanita yang suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan. Wanita yang mempunyai sifat seperti ini biasanya akan mendatangkan masalah kepada lelaki kerana biasanya jika mereka berbeza pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yang pernah dibuat. Ini akan lebih memberi impak yang negatif lebih-lebih lagi jika suami mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada isteri.

3. AL-HANANAH

Al-Hananah adalah wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di hadapan suami.
Sebagai contoh jika wanita itu seorang janda maka dia akan menceritakan kelebihan bekas suaminya. Jika si wanita masih belum pernah berkahwin mungkin dia akan membandingkan atau menceritakan kelebihan ayahnya atau saudaranya.

Namun yang paling teruk adalah jika wanita itu pernah mempunyai teman lelaki dan wanita itu membandingkan bekas teman lelaki dengan suaminya yang mana akan dapat merosakkan hubungan perkahwinan. Nauzubillah.

4. AL-HADDAQAH

Al-Haddaqah adalah wanita yang boros dan mempunyai keinginan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan kehendak atau keperluan. Biasanya wanita jenis ini mudah tertarik kepada sesuatu barang atau produk dan suka meminta ataupun memaksa suami untuk membelikannya. Jika jenis-jenis wanita sebelum ini mereka lebih kepada merosakkan emosi namun wanita jenis ini lebih kepada merosakkan kewangan Suami.

Walaupun wanita mempunyai suami yang kaya raya namun seharusnya sifat boros patut dielakkan kerana bertentangan dengan agama dan perkara ini akan menjadi lebih teruk jika suami seorang yang miskin atau hanya cukup-cukup makan. Disebabkan itulah ramai suami terjerumus kepada jalan haram kerana ingin memenuhi kehendak Isteri yang berlebih-lebihan.

5. AL-BARRAQAH

Jenis wanita ini adalah yang suka berhias berlebih-lebihan sepanjang hari.
Mereka ini biasanya akan berhias berlebih-lebihan sehinga menelan belanja yang tinggi.
Perkara ini adalah lebih teruk jika wanita itu berhias bukan untuk suaminya tetapi hanya untuk menunjukkan kecantikan di khalayak ramai.

6. ASY SYADDAQAH

Asy Syaddaqah adalah seorang wanita yang terlalu banyak berbicara. Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran itu bukanlah untuk memperbaiki atau pun memberi manfaat, akan tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab.

Terdapat perkara yang boleh ditegur apatah lagi jika perkara itu salah namun bukan sepanjang masa menegur tanpa unsur periksa.

Menikahi wanita jenis ini akan menyebabkan susah bagi pasangan tersebut untuk mendapat kebahagiaan kerana semestinya suami akan sentiasa menjadi sasaran dan ditegur tentang pelbagai perkara hatta perkara yang remeh temeh sekalipun.

Solat Istikharah

Sebelum berkahwin, adakanlah sesi taaruf secara terjaga syariatnya sebagai usaha lahir.

Lakukan istikharah, minta Allah pandu agar bersesuaian dengan diri kita.

Untuk para wanita yang kasihi, berhati-hatilah di dalam mengendalikan 9 nafsu kalian.
Jangan turutkan emosi dan perasaan. Tapi rujuk semula Hadith dan Al-Quran sebagai panduan.

Jadilah seperti yang Allah dan Rasul suka. Bukan seperti yang diri sendiri suka.

Buat para lelaki yang saya kasihi, kejar dan usahakanlah taqwa agar Allah jadi pembela buatmu sentiasa serta mampu didalam mendidik para wanita sehingga ke hujungnya.

Hidup yang tanpa mujahadah adalah hidup yang menolak redha Allah secara terang-terangan.

Mingguan Wanita : Moga kita dijauhkan dari sikap-sikap ini. Jadilah orang bersederhana dan sentiasa bersyukur.

Sumber: Samuel Dzul

Baca Menarik Lain DI SINI: Nak Ubah Suami, Isteri Tak Perlu Berleter, Dia Berubah Bila Ingat Tentang Tanggungjawab!

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora