Pesanan Buat Anak Muda, Jangan ‘Joli’ Duit Kerja, Tak Perlu Nak Kejar TRENDING, BRANDING!

Share

Rezekilah buat anak muda, habis saja belajar terus saja dapat pekerjaan. Tapi jangan joli duit kerja, kononnya dah dapat pegang duit sendiri dan boleh beli sesuka hati.

Hakikatnya bila joli duit kerja, belum sampai hujung bulan dah tak tahu nak ‘korek’ kat mana dan mulalah berkira-kira nak berbelanja.

Ada pesanan buat anak muda terutamanya yang sudah masuk ke alam pekerjaan. Beringat-ingatlah bila dah dapat gaji, jangan joli duit kerja semata-mata nak ikut trending dan branding.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Risau TREND Orang Pergi UMRAH Sekarang, Sekadar Nak Buat Content Promosi Produk!

Ada Orang Sanggup BERHUTANG Sebab Ikut Trend dan Sekadar Suka-Suka!

Joli Duit Kerja Sampai Hutang Pula Bertimbun

Pesanan Untuk Anak Muda…

1. 4-5 tahun pertama berkerja, anda kena sanggup kerja keras lebih masa. Banyak benda & selok belok nak kena belajar terutamanya bab communication, team work, decision making & leadership. Jika anda kerja lebih masa, skil anda lebih cepat matang.

2. Jangan terlalu cepat joli duit kerja. Terlalu ramai anak muda yang berhuha huha during weekend dengan makan mewah, aktiviti outing yang memerlukan duit yang banyak. Bayangkan setiap kali weekend outing, anda belanja RM70, maka setiap bulan anda akan spend RM280 untuk aktiviti bergembira hujung minggu. Jika anda simpan duit ini, hujung tahun anda saving RM3360.

3. Tolak tepi konsep self reward!! Jangan terlalu cepat nak reward diri sendiri dengan hadiah mahal, dan pakej percutian atau travel obersi. Tundakan semua kehendak ini. Omputih panggil delayed gratification. Semua orang berjaya mengamalkan konsep delayed gratification.

4. Belajar jimat cermat ikat perut pada usia muda. Jangan kejar benda trending & branding. Sayangi duit anda !!!

5. Belajar displinkan diri untuk bina habit giler saving. Pastikan anda ada aim yang spesifik berapa saving tahunan. Nak saving 10K setahun? 20K setahun?

6. Jika gaji sedia ada tak cukup untuk anda kejar KPI saving tahunan, buatlah bisnes part time. Saya amat galakkan orang muda belajar buat bisnes dengan segera. Lagi cepat anda masuk dunia bisnes, lagi cepat skil buat duit anda matang.

7. Jadikan habit rajin membaca ilmu. Baca ilmu kewangan dan hartanah. Ilmu ini tidak diajar semasa kolej atau universiti. Anda boleh beli buku, boleh google, boleh tenguk youtube, atau follow sifoo-sifoo di FB ni.

8. Bina skil-skil baru dalam hidup. Fokus kepada skil yang boleh membantu kalian buat duit tambahan.

9. Pilih kawan!!! Anda kena berani cari kawan baru yang berfikiran sama dengan anda. Cari kawan yang sanggup kerja keras, rajin cari ilmu, rajin cari duit extra, berani buat bisnes di usia muda.

10. Cari mentor untuk anda dapatkan nasihat & bimbingan agar kurang tersilap langkah.

Saya sedih tenguk anak-anak muda terbabas joli duit, tersilap langkah ambil personal loan dan terlajak guna kad kredit sehingga hutang bertimbun.

Peganglah pepatah orang lama yang bijaksana.

Bersusah-susah dahulu.
Bersenang di kemudian hari.

Mingguan Wanita : Betul tu. Tak perlulah nak ikut trend sangat. Tak kan terikutlah benda-benda macam ni, ada saja yang baru. Simpan duit untuk kemudian hari.

Sumber: Bebas Hutang

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora