Ads
Home Berita Pesan Siti Nurhaliza, Suami-Isteri Sokong Satu Sama Lain Baru Bahagia

Pesan Siti Nurhaliza, Suami-Isteri Sokong Satu Sama Lain Baru Bahagia

Ads
Pesan Siti Nurhaliza, Suami-Isteri Sokong Satu Sama Lain Baru Bahagia
Foto kredit: Instagram @ctdk

Pertengahan bulan Ogos ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Diam tak diam sudah hampir 14 tahun usia perkahwinan pasangan paling popular di Malaysia ini. Apakah rahsia dan tip dalam memastikan hubungan rumah tangga kekal bahagia yang diamalkan oleh Siti dan suaminya?

Jelas Siti, bagi mencapai bahagia dalam perkahwinan itu perlukan sokongan satu sama lain.

“Saya bukannya orang yang betul-betul boleh bagi nasihat kerana ada pasangan yang lebih lama lagi daripada saya dan suami. Kebetulan bulan ini adalah anniversary perkahwinan kami, jadi saya kongsi sikit sahaja apa yang boleh.

“Suami-isteri kena sokong satu sama lain. Jadi kalau suami tidak sokong isteri, susah juga kan? Begitu juga kalau nak cantik pun suami kena sokong. Jadi suami saya sangat-sangat ‘supportive’ daripada segi karier, dari segi bisnes dan dari segi kecantikan saya juga. Malah saya banyak belajar daripada Datuk K.

“Dia seorang lelaki yang sangat berdisiplin dari segi menjaga kesihatan dan menjaga penampilan. Datuk K sangat suka melihat penampilan saya yang cantik.”

Disebabkan itu jugalah atas saranan Datuk K, penyanyi tersohor tanah air ini jika ada masa akan mengunjungi pusat kecantikan bagi memastikan tubuhnya mendapat penjagaan rapi terutamanya setelah melahirkan anak.

Ads
Pesan Siti Nurhaliza, Suami-Isteri Sokong Satu Sama Lain Baru Bahagia
Siti Nurhaliza bersama CEO Beauty & Co, Yap Yann Fang

Baca sini:

sedia-hamil-anak-kedua-siti-nurhaliza-jalani-pembedahan-prosedur-ivf/

Resipi ‘Roti Kerca’ Stail Siti Nurhaliza, Menu Kesukaan Dalam Family!

Selalu Amalkan Berfikiran Positif

Penghibur nombor satu negara ini sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian yang melibatkan karier dalam bidang seni, bisnes serta urusan rumah tangga. Cabaran yang dihadapinya juga banyak.
Bagaimana dia dapat memastikan dirinya sentiasa gembira selalu?

Ads

Jelas Siti, berbuat baik terhadap sesama insan itu amat digalakkan oleh setiap agama.

“Tidak kiralah apa sahaja pegangan agama seseorang itu, kita selalu disuruh berbuat bagi. Jadi saya selalu amalkan untuk berfikiran positif. Mengeluarkan kata-kata positif itu juga perlu. Malah kalau kita berjumpa dengan orang lain, kita bagi senyuman. Ini kerana bila kita senyum, energy positif akan dapat pada orang lain.

“Memang kadang-kadang saya terkejar-kejar. Ada ketikanya apabila saya rasa stress, saya akan cakap pada diri, ‘It’s ok Siti, relaks’. Sebenarnya saya selalu bercakap dengan diri saya kerana self talk itu sangat bagus itu diri kita.

Ads

“Bercakap dengan diri itu bermakna kita selalu pujuk dan puji diri kita. Dengan cara itu jika ada problem kita akan dapat cari jalan penyelesaian.”

Terdahulu, Siti hadir di majlis pembukaan Pusat Penjagaan dan Kesihatan Beauty & Co di pusat membeli -belah terkemuka, The Garden, Kuala Lumpur.

Sumber foto: Instagram @ctdk / Beauty & Co

Baca lagi :

Arwah Abah Gaji RM700 Untuk 9 Sekeluarga, Bila BERSYUKUR Allah Beri Lebih – Siti Nurhaliza

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI