Bukan semua mak-mak bertuah, rezeki berpeluang menyusukan anak genap 2 tahun. Selain sokongan suami, kekuatan emosi dan ilmu penyusuan amat penting untuk memastikan tempoh penyusuan ini berjaya. Selalu perkara yang menjadikan hasrat ini tidak kesampaian, adalah keluhan bila susu badan tiada, air susu kering dan sebagainya.

Rezeki pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti berpeluang menyusukan anaknya Dariya Inara, 9 bulan sepenuhnya tanpa mengalami masalah ‘putus’ susu atau kering air susu.Sari Yanti ada berkongsi tips penyusuan ibu yang diamalkan.

“Ramai bertanya di Instagram macam mana untuk banyakkan susu badan. Bagi Sari sendiri untuk banyakkan susu, sebenarnya kena makan. Sebab bila kita diet memang takde susu/’suply’. Satu lagi kena selalu berfikir positif dan jangan cakap susu takde.Sebab bila cakap sedemikian, memang susu takde. Basically, memang kena makan macam biasa, sebab bila makan sikit memang susahlah nak ada susu sebab ‘supply’ tu takde.Kalau kita kurang makan memang kurang susu”.

“Bagi Sari sendiri tak praktikkan makanan spesifik untuk tambahkan susu. Sari makan je macam biasa, terutamanya macam makan nasi, minum air, tak ambil air gas. Cuma Sari akan pastikan makan pada waktunya untuk pastikan susu punya supply untuk baby perlukan itu, ada.”Pesan Sari Yanti “Makan Secukupnya, Kena Selalu Fikir Positif & Jangan Cakap Susu Tiada”

Menurut Sari Yanti lagi, dari segi mengekalkan kecantikan diri, tiada rahsia kecantikan tertentu yang diamalkan. Hanya melakukan rutin biasa, pastikan kulit muka sentiasa bersih dan yang paling penting makan makanan yang sihat. Bagi Sari Yanti sendiri dia amalkan makan buah setiap hari.

Ads

Tambah Sari lagi;

“Bagi regim kecantikan pula, pergi Spa atau buat facial. Sari sendiri sebenarnya tak pergi SPA, malah tak pernah buat facial pun. Malah bagi Sari sendiri sebenarnya untuk mendapat kecantikan semuanya kena dari dalaman.”

Ads

Beri Tumpuan Pada Anak-Anak

Sari Yanti, 35, terkenal menerusi lakonannnya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.

Ibu kepada Barr Al Aliy,9 Basit Al-Haq,7 dan Dariya Inara, 9 bulan berkata semua urusan anak-anak diuruskan sendiri tanpa pembantu dan tiada perancangan kembali ke bidang seni serta memberi tumpuan sepenuhnya pada anak-anak.

Ads

“Untuk waktu sekarang ketika ini, tiada perancangan untuk kembali dalam bidang seni memandangkan anak yang masih kecil lagi. Untuk pembesaran anak mereka memerlukan perhatian yang penuh”.

Sari Yanti turut mengucapkan kepada para pembaca Mingguan Wanita yang menyambut Tahun Baru Cina ataupun yang tidak menyambutnya namun sama-sama meraikan. Jika balik kampung semoga perjalanan selamat, berhati-hati di jalan raya serta pastikan keselamatan diutamakan.

Baca Disini;

“Ingatkan Dia Keluar Hari Pertama Ramadhan, Rupanya Tak Sabar Bawa Bahagia Untuk Semua..”-Sari Yanti

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI