Beruntungnya bila ada mentua dan menantu yang cukup rapat. Anggap menantu ni macam anak sendiri. Macam-macam dibual bila berjumpa. Kadang-kadang ‘terbalik’ pula sebab anak sendiri macam tak berapa nak rapat kan!
Namun, tak semua dapat rezeki seperti ini. Bergantung pada seseorang itu juga nak rapat, baik dan anggap macam anak sendiri. Menantu ok, mentua pula terlebih cerewet dan sebagainya. Ada juga mentua ok, tapi menantu pula tak ok.
Menantu Rapat Macam Anak Sendiri, Jangan Tinggal Sekali
Tak dinafikan, ada menantu dan mentua tinggal berpuluh tahun bersama serumah. Alhamdulillah semuanya tiada masalah, dah dianggap seperti anak sendiri. Tapi, ada juga yang tinggal bersama, menantu makan hati pula atau sebaliknya.
Ada satu rahsia nak tahu menantu dan mentua rapat macam anak sendiri. Pesanan daripada mentua ini adalah jangan tinggal sekali. Duduklah asing-asing.
Kawan aku (perempuan) ajak aku pergi ke rumah dia untuk beraya.
Ads
Aku nampak hubungan dia dengan mak mentua cukup rapat. Ibarat ibu dan anak kandung.
Jadi, aku pun tanyalah kawan aku,
“Rapat gila kau dengan mak mentua. Siap boleh bergurau macam mak sendiri.”
Dia respons, “Kalau nak tahu rahsia ini, hang pi direct tanya mak mentua aku.”
Jadi, aku pun pergi tanya mak mentua dia. Aku tanya dalam nada bergurau.
Ads
Jangan Tinggal Sekali
“Mak cik, rapat betul noh mak cik dengan menantu. Kongsi rahsia sikit. Haha”
“Mai, mak cik nak pesan sikit,” dia mula berkongsi.
“Lepas kahwin, mak cik memang akan suruh anak menantu dok jauh dari mak cik. Jangan tinggal sekali dalam serumah.”
“Pasal apa?”, aku tanya lagi.
Dia sambung bercerita,
Ads
“Kalau tinggal serumah, silap haribulan menantu dan mak mentua boleh banyak makan hati. Bahaya tuh.”
“Tapi kalau tinggal jauh, depa cuma makan jem (sesak) bila nak balik rumah masa raya. Itu takpa, tak bahaya.
Fuh, deep sungguh pesanan mak cik ini!
Mingguan Wanita : Bersyukur dan beruntungnya bila anak mentua dan menantu yang ‘satu kepala’.
Memang ada benarnya, fasa kanak-kanak saat sel-sel otak mereka mula berhubung, pelbagai soalan diajukan dan ditanya kepada mak ayah. Adakalanya pertanyaan mereka sungguh ‘diluar kotak’ untuk kita yang dewasa ini untuk menjawabnya.
Namun demikian, jangan disekat pertanyaan mereka, sebaliknya terus berikan sokongan dan jawapan sebaiknya. Ini kerana anak-anak yang cenderung memiliki sifat ingin tahu dan selalu bertanya ini, ada tanda mereka seorang yang pandai!
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar,Co-founder and Principal Consultant, Parent Connect Consultancy sebagai rujukan.
Perkara yang PALING penting perlu ada untuk kanak-kanak menjadi ‘pandai’ bukannya ‘drilling’ atau latih tubi.
Bukan ‘worksheets’.
Bukan tiusyen.
Bukan ‘homework’.
Sifat Ingin Tahu
Tetapi ‘CURIOSITY’ – sifat ingin tahu dan sentiasa tertanya-tanya.
Wisdom begins with wonder. Kebijaksanaan bermula dengan sifat ingin tahu.Perkara yang menerbitkan sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak ialah eksplorasi dan pendedahan kepada pelbagai persekitaran dan pengalaman.
Tanpa sifat ingin tahu ini, sebarang bentuk latih tubi hanya menjadi ‘chores’ yang tidak difahami oleh kanak-kanak.
Dari ‘curiosity’ yang dilayan, baik oleh ibubapa mahupun pendidik, maka akan lahirlah minat (interest) dalam diri kanak-kanak untuk mendalami perkara yang dilihat, didengari, dirasai, dialami atau dibaca oleh kanak-kanak.
Sekiranya ‘curiosity’ ini dicantas, dibiarkan, dan dianggap remeh, baik oleh ibubapa ataupun pendidik, maka minat tidak akan timbul ataupun terus mati.
Minat (interest) yang disokong dan digalakkan, baik oleh ibubapa mahupun pendidik, akan mewujudkan sikap (attitude) yang positif terhadap PROSES pembelajaran.
Sikap positif inilah yang melahirkan ketekunan dan usaha untuk maju, begitu juga ‘grit’ dan resilien apabila tersilap ataupun gagal.
Untuk kanak-kanak menjadi ‘pandai’ dalam apa juga bidang dan kecerdasan,
Curiosity (sifat ingin tahu)
Interest (minat)
Attitude (sikap)
melebihi keperluan
Latih tubi
Tiusyen
Homework
Tiga perkara tersebut perlu diuruskan terlebih dahulu.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, inginkan anak-anak pandai dan cerdas dalam apa juga bidang dan kecerdasan, penting bagi mereka mempunyai sifat ingin tahu. Sering bertanya itu dan ini demi merangsang minat dan sikap positif dalam proses pembelajaran.
Apabila Belanjawan 2020 KHAS buat wanita, yang dibentangkan meluluskan tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 ke 90 hari bermula 2021, pelbagai reaksi mula diterima.
Bagi mak-mak, tentunya inilah doa yang amat diharapkan sungguh-sungguh. Kerana, tempoh 60 hari untuk melengkapkan penyusuan bayinya masih belum mencukupi sebenarnya.
Tetapi tidak bagi sesetengah majikan swasta yang menyifatkan perlaksanaan ini akan membebankan syarikat terutama syarikat-syarikat kecil.
Cuti Bersalin, 90 Hari Terlalu Panjang..
Malah, mengulas bajet yang dibentangkan itu, di Astro AWANI, usahawan wanita Christy Ng dan pengasas Christy Ng Shoes beranggapan tempoh yang diberikan itu terlalu panjang.
“Perkara yang saya tidak gembira ialah peningkatan cuti bersalin. Ia mungkin ada baik dan buruk.
“Seorang pekerja wanita yang cuti selama tiga bulan adalah terlalu lama dan saya juga merasakan ia menyebabkan masalah kepada majikan untuk meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan tinggi.
“Ia mungkin bukan sesuatu yang baik.”
Itulah Tempoh Bonding Ibu Bersama Bayi Dan Penyusuan
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Hannah Yeoh menerusi twitternya membidas pendapat pereka kasut ini.
Ujarnya, nilai cuti bersalin tak boleh dilihat daripada perspektif majikan sahaja.
Lagi pula, ia bertujuan untuk bonding ibu bersama bayi dan penyusuan. Yang mana, 90 hari itu adalah jumlah asas dan minimal. Dan ia tidak keterlaluan.
Ini dilihat menerusi kadar kesuburan yang semakin merosot. Dari tahun 1957, dicatatkan 6.6 menurun sehingga 1.91 pada tahun 2020.
Majikan Swasta Yang Enggan Akur Akan Dikenakan Hukuman
Sementara, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menegaskan majikan swasta perlu mematuhi perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020.
Yang mana, majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.
MW : Semoga mak-mak akan memanfaatkan tempoh 90 hari bercuti itu untuk melengkapkan penyusuan susu ibu kepada bayinya.
Bila dah kahwin, anda kena ambil tahu tip kemas kain ini untuk selamat dari berlakunya tidur atas pakaian! Haaa… cuba amalkan 8 cara yang dikongsikan Bijen Mohd ini, mesti selesai masalah…
1. Basuh baju anda sendiri
Ini tip paling penting. Jangan harapkan pasangan basuh baju kita. Dia ada banyak lagi benda nak dibasuh. Jadi ringankan bebannya.
2. Tetapkan jadual membasuh
Buat jadual membasuh suami isteri. Barulah tak bertembung bila nak guna mesin dan ampaian pun tak penuh.
3. Asingkan pakaian mengikut warna dan jenis kain (kasar & lembut)
Supaya kain tak turun warna dan tak cepat rosak atau berbulu. Juga asingkan pakaian yang bernajis dengan yang bersih.
4. Pakaikan butang baju dan kemaskan zip seluar
Supaya butang tak mudah tertanggal jahitan dan gerigi zip tidak merosakkan kain lain. Kesian nanti berbulu baju lain.
5. Terbalikkan pakaian (inside-out)
Supaya warna kain tak cepat pudar di bahagian luarnya. Bahagian ketiak juga dapat dicuci bersih dan tak mudah berkarat.
6. Pakai detergen dan pelembut yang halal
Setakat ni yang halal adalah dari jenama Top. Jenama lain mungkin ada.
7. Terus sidai selepas siap basuh untuk mengelakkan bau hapak
8. Seni menggantung pakaian
Gantung pakaian guna hanger untuk jimat ruang dan kurangkan kedutan. Bagi kain saiz besar, boleh lipat dua secara memanjang dan sidai.
Gantung pakaian berwarna secara inside-out dan di tempat yang tidak kena cahaya matahari secara terus untuk mengelakkan pakaian cepat pudar.
Bagi pakaian putih, biarkan bahagian luar di luar. Gantung di bawah cahaya matahari terang supaya putihnya jadi melepak.
Susun pakaian mengikut warna, saiz dan jenis dengan tertib. Semua orang suka bila tengok benda tersusun dan seragam. Tapi tak semua orang boleh tengok benda yang berterabur. Jadi menyukakan orang tu adalah akhlak terpuji. Orang nak ambil jadi menantu pun senang hati.
Sekarang bolehlah share ataupun tag bakal, pasangan, adik-beradik atau kawan serumah anda yang masih blur tak tahu macam mana nak basuh baju sendiri.
Sekian!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!