Pesan Ke Anak, Jika Ber’Google Meet’ Sediakan Buku, Pensel Dan Mainan Picit

Share

Hari ini ramai di kalangan anak-anak dah mulakan sesi persekolahan secara online. Macam-macam pendekatan cikgu gunakan untuk berinteraksi dengan anak-anak yang lama tidak bersua muka. Jika, anak-anak perlu ikuti kelas online ada cara yang mak ayah boleh buat untuk elak bosan.

Guru ini, Wan Chu kongsikan panduan yang boleh mak ayah gunakan. Agar anak-anak lebih seronok ketika sesi kelas online, misalnya google meet.

Ini Tip Jika Mahu Anak Fokus Dalam Kelas Online

Tips untuk kekal kan fokus anak-anak di Kelas Online. Tahniah! atas kesungguhan Ibu bapa mengajar anak-anak. Walaupun cabaran besar menanti.

Perlu diingatkan bahawa fokus anak-anak kecil hanya 15 minit sahaja. Itu normal bagi seorang kanak-kanak dan hebat jika berjaya untuk fokus selama itu.

Situasi itu juga dihadapi guru-guru di sekolah. Tempoh 15 minit pertama adalah tempoh kritikal dalam sesebuah kelas untuk mengekalkan fokus murid hingga tamat kelas. Apa yang Ibu bapa boleh buat supaya anak-anak stay focus atau tidak bosan belajar di rumah?

1) Sediakan tempat belajar yang kondusif (cukup pencahayaan, udara dan selesa untuk menulis, membaca)

2) Sediakan kudapan ringkas semasa anak-anak belajar. Hanya mula diberi selepas tempoh kritikal 15 minit tamat.

3) Jika tonton Google Meet, sediakan buku tulis/kertas/pensel. Juga mainan picit-picit bagi hilang kan bosan (slime, tanah liat)

4) Jika menonton 1 jam, benarkan anak-anak keluar dan melihat benda-benda hijau. Pendedahan skrin terlalu lama tidak elok pada anak-anak.

Kurangkan Marah Waktu Mengajar Anak..

5) Semasa membimbing anak-anak puan perlu sentiasa bersemangat dan spend full time dengan anak-anak. Berlawak jenaka dan kurangkan marah jika mereka membuat kesalahan dalam latihan. Mereka dalam proses belajar dan kesalahan adalah perkara yang biasa.

6) Kena terima hakikat bahawa pembelajaran di rumah sama sekali tidak sama dengan di sekolah. Namun cara membimbing masih boleh sama. Mungkin lebih baik dari guru-guru mereka.

7) Adakan selang masa untuk anak-anak bermain (bukan games atau melayari sosial media/online) tetapi lebih kepada fizikal seperti kejar-kejar, tendang bola. Malah bergumpal dengan adik beradik pun elok untuk perkembangan emosi mereka.

8) Akhir sekali… jangan lupa berdoa sebelum dan selepas belajar. Ibu / ayah doakan dan sebut nama anak-anak sekali agar mereka tahu ibu bapa serius untuk mahukan mereka belajar dan berjaya. Semoga bermanfaat.

MW : Semoga infonya dapat membantu dan mudahkan mak ayah.

Cara tetapkan folder dalam telegram, lebih efisien untuk kelas online PdPR.

Sumber/Foto : Wan Chu

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer