Bagi yang pernah alami kemalangan atau terlihat kemalangan di depan mata, sedikit sebanyak akan rasa trauma. Terbayang-bayang dan mula fikirkan, mungkin kalau tak ada orang selamatkan kita, belum tentu kita ada lagi di dunia ini. Minta dijauhkan. Perkara yang kita sendiri tidak jangka.
Kita tahu, jodoh, ajal, maut dan rezeki semua di tangan Allah. Tapi, kalau belum sampai masanya dan untuk kita diberi ‘peringatan’, kita akan lebih berhati-hati lagi terutamanya bila berlaku kemalangan.
Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada kemalangan yang berlaku di jalan raya. Masalah yang utama tentulah jalan raya akan menjadi ‘jem’ dengan ramai yang berhneti di tepi jalan dan tak kurang juga yang perlahan kereta untuk melihat apa yang berlaku.
Tak kisah apun, kita sebagai orang yang melihat atau pernah terlibat, apakah tindakan kita bila mengalami situasi begini. Apa yang patut kita buat. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin apabila kita terlihat kemalangan dan apa yang perlu kita elakkan.
Apabila kita terlihat kemalangan berlaku, lakukan 3S ini.
Ads
1. SELAMAT
Pastikan tiada di sekeliling anda apa-apa yang boleh anda, mangsa atau sesiapa berhampiran. Jika ada bahaya, alihkan penyebabnya. Jika bahaya tidak boleh dialihkan, maka elakkan berada di kawasan berkenaan.
2. SEDAR
Periksa keadaan pesakit. Lihat sama ada mangsa sedar atau tidak. Sapa, tepuk bahu atau goyang tubuh sedikit mangsa. Jika pesakit memberi respon, tanya sama ada dia OK atau tidak. Jika tidak sedar, dapatkan bantuan.
3. Hubungi 999
Ini untuk dapatkan bantuan. Anda akan disambungkan ke pusat Khidmat Respon Kecemasan Malaysia. Beritahu operator tentang butir diri anda, kecemasan, lokasi dan keadaan mangsa. Ikut arahan operator di talian.
Ads
Jika pesakit tak sedarkan diri dan anda tahu serta yakin untuk lakukan bantuan kecemasan(CPR), maka berilah bantuan sewajarnya. Jika tidak, serahkan pada yang mampu.
3S YANG ANDA PERLU DIELAKKAN
1. SANGSI
Elakkan sangsi dan buruk sangka pada mangsa. Ia akan mempengaruhi pertimbangan serta tindakan kita sebagai penyelamat/pembantu/saksi. Tindakan pantas kita pula boleh mengubah nasib mangsa atau nasib kita.
2. SEBAR
Elakkan merakam keadaan mangsa kerana ia melibatkan privasi dan kehormatan mereka. Jauhi juga perbuatan menyebarkan rakaman yang paparkan keadaan mangsa melalui media sosial tidak kira tas niat apa sekali pun.
3. SONGLAP
Ads
Elakkan cubaan mengambil apa-apa dari kawasan kemalangan. Kawasan kemalangan adalah kawasan siasatan. Mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain boleh menyusahkan mangsa dan diri sendiri.
Jika tak elakkan 3S ini, maka anda berisiko mendapat S keempat, iaitu SESAL.
Mingguan Wanita : Bukan setakat ‘jem’ dan jalan sesak. Bimbangnya kalau leka kita pula yang terlibat. Berhati-hatilah.
Baru-baru ini ramai yang komplen bil elektrik tinggi dan macam tak logik. Bukan seganda, ada yang sebelum ini bil elektik cuma RM50 bertukar jadi RM150-200 sebulan. Agak-agak kalau kena batang hidung sendiri, bising tak?
Haaa… yang masih tak puasa hati pasal bil elektrik tinggi mencanak itu boleh cuba tip daripada saudara Fazlie Idris ini ya. Sekurang-kurangnya ada juga cara untuk kurangkan bil elektrik daripada terus naik.
CARA JIMATKAN ELEKTRIK UNTUK AIRCOND
Bab aircond ni memang ramai yang salah cara penggunaan. Yang mana aircond ialah penyumbang pada kadar bil elektrik yang tinggi. Rupanya ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu daripada penggunaan aircond.
Pilih Aircond Yang Berkualiti
Beli air cond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP.
Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je. Tapi sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula.
Tujuannya ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor. Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.
Teknologi Inverter
Gunakan aircond yang ada teknologi inverter. Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik. Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering maybe boleh explain further pasal ni. Bagi yang guna inverter ni, tak payah lah nak gatal on off aircond tu kerap sangat. Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4jam.
Setkan Aircond Pada Cara Yang Betul
Yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat. Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu. Andai kata 23 deg C, kipas set level 2 out of 4. Lepas tu biar saja sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (contoh: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (contoh level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30minit ke 45minit.
Selepas itu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on.
Jadi kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama dah boleh maintain. So kalau kita set aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, kompresor akan kerja lebih. Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.
Jangan Selalu On Dan OFF
Ini biasa berlaku bila tidur. Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik.. ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.
Service Aircond Setiap 6 Bulan – 9 Bulan Sekali
Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun. Dah keluar kos yang bukan-bukan. Kalau dah terlalu lama tak service, aircond boleh rosak. Dah kena keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.
Haaa… daripada bising bil tinggi makin melambung, lebih baik kita jadi pengguna yang bijak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila dah jadi mak-mak ni, ‘ilmu’ memilih barangan segar baik di pasar basah mahupun pasaraya bagaikan suatu kemestian.Bila ada ilmu barulah, barulah barangan yang dipilih benar-benar segar dan berbaloi dengan harga yang dibayar.
Salah satu bahan mentah yang sering dibeli dan menjadi kemestian ialah ayam segar. Ayam sering dijadikan menu hidangan kegemaran seisi keluarga. Namun seringkali juga ayam yang dibeli sudah berbau dan lagi tidak segar setelah dibeli.
Menurut perkongsian seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, RuQayyah Muhdtelah kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam memilih ayam segar ini.
Berikut merupakan antara perkongsian dari beliau;
“Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.
Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak. Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam”.
Lima Tip Memilih Ayam Segar
1. Warna Ayam
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
2. Tekstur Ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama. Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah Ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau Ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar.
Mingguan Wanita : Semoga tip berguna ini boleh dijadikan panduan buat mak-mak dalam memilih ayam yang benar-benar segar untuk hidangan keluarga tersayang.
Guna CARA Ini Setiap Kali Bersihkan Microwave, Bau Segar & Wangi!Jika mak-mak ada microwave di rumah dan selalu digunakan, bab yang paling renyah adalah nak bersihkan kotoran yang melekat. Kena sental kerak-kerak dan sisa minyak tu yang bukannya mudah. Malah ada bau yang kurang menyenangkan juga.
Rupanya hanya menggunakan beberapa bahan dapur yang mudah, merupakan cara mudah untuk membersihkan microwave ini. Malah bau microwave pun harum segar semerbak lemon.
Ikut tip bersihkan microwave seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainasyafiqka ini.
This is how I deep clean the microwave. Please excuse the inside my microwave okay.
I still guna cara ni everytime nak bersihkan microwave. Suka! sebab nanti bau segar and fresh je. I tak de sukatan,main letak je.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang nak bersihkan microwave dengan cara yang mudah boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Microwave bukan sahaja bersih malah semerbak harum segar bau lemon.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...