Dalam perkahwinan, urusan rumahtangga dan mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab bersama suami isteri. Namun tidak dinafikan ada ramai suami yang jenis lepas tangan dan serahkan tanggungjawab jaga anak-anak serta urusan rumahtangga semuanya pada bahu isteri.Antara sebabnya ia mungkin dipengaruhi oleh cara didikan keluarga serta faktor perubahan peranan dan tanggungjawab suami isteri pada masa dahulu.
Ramai Suami Lepas Tangan
Perkara ini turut diakui oleh pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, 67, apabila ramai suami yang melepaskan tanggungjawab tersebut pada isteri.
“Ramai suami sebenarnya dia melepaskan tangan dalam mendidik anak kepada isteri.Ini sebenarnya model, yang suami ini dapati daripada ayah mereka. Kebanyakan kita ikut tindak tanduk ayah atau model-model yang kita lihat, yang kita ingat.Ini satu kesilapan. Sebab di zaman dahulu ibu kita sepenuh masa di rumah, suri rumah sepenuh masa, jadi merekalah yang akan menjaga anak-anak. Memang munasabah. Dan ayahlah yang bertungkus lumus di luar sana, di sawah ke di ladang ke di pejabat untuk mencari rezeki.Jadi serahkan mendidik anak itu pada ibu sepenuhnya. Yes,sesuai..,”
“Tapi di zaman sekarang, ibu bapa kedua-duanya bekerja. Kalau ibu sepenuh masa di rumah pun masih memerlukan bantuan, sokongan para suami. Apa para isteri boleh buat. Isteri kena mendidik suaminya.
“Saya dididik oleh isteri saya. Isteri saya telah mendidik saya selama 42 tahun banyak perubahan dalam diri saya, asbab isteri saya mendidik, berpesan, berleter untuk saya berubah langkah demi langkah,”jelas beliau.
Menurut Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah lagi, adalah penting bagi seorang isteri mendidik suaminya untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah dan mendidik anak-anak.Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengelakkan para isteri terlalu terbeban dengan mendidik anak dan menguruskan rumah tangga sendirian.
Pakar motivasi ini juga ada berkongsi tip yang para isteri boleh lakukan;
1. Senaraikan Tugasan Di Rumah
Orang lelaki berfikir dengan otak kiri, jadi isteri kena senaraikan tugasan yang perlu dilakukan di rumah seperti membasuh,memasak, menggosok menghantar anak tuisyen. Senaraikan tugasan-tugasan tersebut, agar suami nampak dan cadangkan pada suami tugasan yang suami boleh tolong.Bila suami nampak senarai tugasan yang banyak tersebut, dia rasa isteri terbeban dan dia akan nampak ruang untuk membantu isteri. Ini adalah salah satu cara mendidik suami.
2. Puji Suami & Sebarkan Pujian
Setiap kali suami menolong membantu, ucapkan terima kasih, puji suami dan sebarkan pujian dan perkara positif tersebut.
Namun demikian, Dr.Fadzilah Kamsah juga ada berpesan agar para isteri elakkan diri daripada menjadi terlampau berdikari,terlampau hebat dan super efisien sehingga membuatkan suami tak nampak ruang untuk membantu. Apabila isteri mengadu dan menerangkan bahawa dirinya tak larat, tak mampu menguruskan kerja rumah dan turut sibuk, kebanyakan suami yang munasabah dan siuman pasti akan menolong isteri.
MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat agar para suami isteri dapat menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak dan menguruskan rumahtangga bersama-sama.Tidak melepaskan tugasan tersebut hanya kepada sebelah pihak sahaja.
Showcase Amal Raikan Wanita
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan terima kasih kepada golongan wanita, pihak media (NU Ideaktiv) bersama-sama korporat meraikan wanita dari pelbagai peringkat umur dan kedudukan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac ini.
Majlis: Showcase Dunia Tanpa Wanita
Tarikh: 30 Mac 2019
Masa : 2.00 petang- 5.30 petang
Tempat: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur
Majlis showcase Hi Tea eksklusif ini akan diadakan dengan pendekatan berhibur sambil beramal. Lebih istimewa, sambil berhibur sebahagian daripada hasil kutipan jualan meja akan disalurkan kepada dua (2) buah NGO yang merupakan pusat perlindungan wanita/ remaja wanita, iaitu Rumah Kita dan Raudatus Sakinah.
Showcase juga akan dimeriahkan dengan persembahan stand-up comedy oleh selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskander, Kumpulan Zero, Elly Mazlein dan Mark Adam, serta dihiburkan dengan nyanyian merdu Dayang Nurfaizah. Nabil Ahmad pula akan bertindak sebagai pengacara majlis yang akan menggamatkan lagi suasana serta turut diadakan acara cabutan bertuah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI