Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, mak ayah terpaksalah kerja berganda. Cari duit lebih. Walau sibuk macam mana pun mak ayah, perlu luangkan masa dengan keluarga.
Inilah pesan pendakwah Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Ab Razak dalam posting instagramnya. Kerana usaha memberi bahagia untuk ahli keluarga inilah asbab untuk Allah bahagiakan hati kita sama, dalam keadaan yang tak disangka-sangka.
Jadi mak ayah, biar sesibuk mana pun kalian.. carilah satu waktu untuk bersama ahli keluarga, isi masa berkualiti dengan mereka.
Tulis Da’i Hamidah,
Sibuk macam mana pun perlu ada masa dengan keluarga. Masa kian berjalan dan insan tersayang akan pergi. Ciptakan kenangan mulai sekarang.
Berdoalah diberi kekuatan kesihatan untuk menjadi hamba yang mampu membahagiakan. Semoga usaha ini menjadi asbab Allah Taala membahgiakan kita dalam keadaan yang tidak disangka!
Alhamdulillah lega dapat meraikan kedua-dua belah keluarga. Sekarang dah masuk bulan Muharam. Moga lembaran baru ini membuka sejarah baru untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.
Mohon maaf salah silap dari kami ya
Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih membahagiakan terus positif dan sentiasa tersenyum
Teringat satu pesanan : ”Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi
“ (Mutiara Indah Kalam Saidina Ali bin Abi Talib)Pegang erat kata-kata ini moga kita sentiasa bersemangat melakukan kebaikan walau dimana kita berada. Kerana yang pasti kita semua akan pergi meninggalkan dunia ini.
Sumber/Foto : daihamidah