Excited sangat deko rumah sampai ramai terlepas pandang ada perkara-perkara yang kita lakukan boleh mengundang dosa. Sebenarnya ada adab untuk deko rumah cara Islam.
Jangan main bantai je tanpa sebarang panduan, bimbang nanti mengundang keburukan bukannya kebaikan. Hadam perkongsian PU Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man. Semoga menjadi panduan untuk kita semua ye.
Dalam al-Quran ada sebut pembaziran saudara syaitan. Walaupun duit banyak bukan bermaksud boleh membazir sesuka hati. Duit yang membazir tu sepatutnya diinfak atau disedekahkan. Jangan berlebihan menghias, besederhana lebih baik.
Patung yang diukir. Ada yang upah orang ukir patung keluarga atau sebarang patung, malaikat tak masuk rumah. Sudah pastinya patung yang diukir ini untuk diagungkan, takkan patung tu nak disepah-sepah.
Mestilah diletak di satu tempat supaya orang pandang, wow cantiknya indahnya rumah kau eksklusifnya agungnya. Tu bahaya lah ye. Jangan kerana nilai seni sesuatu perhiasan kita pejam mata bab dosa.
Baca sini
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Tak berniat nak menunjuk-nunjuk pada orang luar. Bila tetamu datang, suruh tetamu tour the whole house. Jom tengok bilik saya, banyak perhiasan saya beli dari Jerman.
Sampai ke jamban perginya. Mangkuk jamban pun diperbuat daripada emas, so benda-benda macam ni pembaziran dan mengundang riak. Betulkan nawaitu, jangan diraih perhatian dan pujian manusia.
Jangan ikut budaya agama non muslim seperti menghias rumah dengan patung berhala dan seumpamanya. Kita jangan mudah terpengaruh, niat tak menghalalkan cara.
Islam tak larang untuk kita menghias kediaman atau rumah tapi ada adabnya. Kita mesti ikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Insya-Allah rumah kita lebih indah dan tenang.
Kesimpulannya, deko rumah biarlah dengan ilmu. Kalau rasa was-was, rujuk pada yang pakar. Sebaik-baiknya hiaslah rumah dengan dekorasi Islamik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.