Secara luarannya, wanita cukup bergaya dengan tudung dan pakaian yang ‘up to date’. Tapi jangan terkejut kalau anak baju, indah khabar dari rupa. Langsung tidak kisah, anggapan orang tak nampak apa yang kita pakai.
Namun, tidak semua wanita beranggapan begitu. Ada yang sanggup berhabisan untuk membeli anak baju yang elok, cantik dan ‘sedap’ dipakai.
Jangan terkejut, mak dulu-dulu sangat menjaga pemakaian ‘anak baju’ dan inilah yang selalu dipesan oleh arwah ibu pada penulis ini. Jangan ambil temeh sebab aAda makna tersirat dan tersurat pada setiap pemakaian anak baju.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adab Jemur ‘Anak Baju’, Sidailah Tempat Tertutup, Bukan Dilihat Jiran Atau Orang Luar
ADAB Dan ETIKA Basuh Baju. Inilah Cara Isteri Muliakan Suami, Anak Belajar Berdikari
Panduan dan pemahaman buat wanita.
Barangkali ada yang merasakan hal ini tidak penting. Tetapi saya sangat berpegang kepada pesanan arwah ibu saya tentang pakaian dalam wanita. Jadi saya juga mengajarkan hal yang serupa buat anak-anak saya.
1. Sentiasa pakai pakaian dalam yang baik biarpun kita merasakan tidak ada sesiapa pun yang akan melihat (kerana ianya terlindung di bahagian dalam pakaian).
2. Jangan pakai seluar dalam yang sudah berlubang atau longgar getahnya dan carik. Arwah ibu saya berpesan begini…
“Jangan pakai seluar dalam berlubang. Mana tahu apa-apa berlaku tengah jalan, rumah terbakar ke, jatuh ke… tengok-tengok seluar dalam berlubang…. Nanti orang kata, tuannya bukan main lawa lagi. Seluar dalam berlubang….”.
Arwah ibu berpesan dengan bahasa orang tua. Ia bermaksud, sekiranya berlaku kemalangan atau perkara yang tidak dapat dielakkan nanti akan ketahuan juga. Sampai begitu sekali arwah ibu menakutkan kami.
3. Rupanya bukan setakat itu tujuan arwah ibu mendidik kami. Bagi wanita yang sudah berpasangan adalah sangat penting untuk menjaga bab ini. Ia boleh memberi impak kepada hubungan dengan pasangan. Jadi ambil berat tentang hal ini ya.
4. Jangan terkejut, ada banyak wanita yang kelihatan sangat bergaya, tetapi langsung tidak mengambil berat tentang pakaian dalam mereka. Tali bra longgar, celana dalam yang sangat lusuh dan berlubang juga getah yang longgar.
5. Wanita perlu laburkan wang untuk membeli bra yang berkualiti serta baik. Bra harus memberikan “support” atau sokongan yang baik untuk payudara anda. Jika tidak, ianya akan memberikan kesan kepada bentuk payudara anda – dalam jangka masa panjang nanti.
6. Bra yang baik, mungkin agak mahal sedikit harganya. Ia adalah bersesuaian dengan fungsi bra itu sendiri. Namun bra begini juga tidak akan mudah rosak.
7. Jangan segan untuk bertanya kepada “promoter” cara untuk memakai bra atau coli dengan betul. Pastikan anda memakai bra dengan cara yang betul. Ajarkan hal yang sama kepada anak-anak perempuan anda.
8. Anda boleh buat carian di YouTube juga untuk melihat cara pemakaian coli dengan betul. Ia mudah. Hanya perlu dipraktikkan dan dijadikan amalan sahaja. Banyak wanita memakai bra sekadar memakai bra sahaja dan tidak dengan teknik yang betul.
9. Mulai hari ini, saya harap sahabat wanita tidak memandang remeh lagi tentang pakaian dalam anda ya. Saya tahu, terlalu banyak perbelanjaan lain yang kaum ibu rasakan lebih perlu. Tetapi keperluan diri juga adalah sama pentingnya.
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah, ada sebab mak dulu-dulu pesan tentang pakaian dalam ini.
Oleh: Dzuriasikim Dzulkefli
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita