Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang awam berhenti menyalahkan golongan tabligh dalam soal penularan wabak Coronavirus Covid-19.
“Jemaah tabligh adalah orang yang taat dengan arahan, mungkin sebilangannya tidak mendapat maklumat yang tepat.”
Dan salah seorang petugas Barisan Hadapan ini, Zulaikha Zaki berkongsi sekeping surat yang diberikan oleh pesakitnya dari kalangan jemaah tabligh.
Surat itu.. diam-diam diselit celah kertas dekat kaunter wad, kerana tidak mahu memberi kesusahan pada para petugas yang diibaratkan sedang berada di medan perang.
Tersentuh hati frontliner ini sebaik membaca isi kandungannya, ada doa dikirimkan untuk frontliners ini baca sepanjang berada di medan perjuangan.
Kongsinya, “Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, dia selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam dan tak ada bagitahu sape-sape pon. Maybe dia tahu dia tak leh sentuh or bagi kami ape-ape, barang even kertas.
Terharu….
Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang semua behave. Sangat dengar kata.
Kita kecam orang alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yang golongan baik dan arif dengan ilmu agama dulu.” luahnya dengan hati luluh.
Isi Kandungan Surat Pesakit Jemaah Tabligh
“Assalammualaikum,
Semua pejuang-pejuang yang kami kasih dan sayangi sentiasa. Kami akan ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami, selama kami berada di wad 26/tingkat 5.
Selamanya anda semua (pejuang-pejuang) layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang-pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua.
Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami.
Anda pun ada family yang nak diuruskan,
tapi anda tetap bagi senyuman kat kami.
Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami,
(kami tahu anda sembunyikan rasa letih dan risau anda)
Kami doakan anda semua kuatkan semangat,
untuk Allah dan Rasul
Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiah, dimudahkan segala urusan. Begitu juga buat family anda semua.. Allahumma Aamiin.”
Amalan Yang Ulama Share Kat Kita
√ Baca surah taghabun sampai habis ( Ayat 1-18 serta makna )
√ ( Surah 64/juz 28 ) Setiap pagi – kalau sibuk cari masa free / sebaiknya pagi.
Mula :
√ Baca selawat 3x
√ Al Fatihah 3x
√ Al Ikhlas 3x
√ Hasbi Allah wani’malwakil 313x
√ Tutup dengan selawat 3x
√ Tiup ke dalam air dan minum – In Shaa Allah
Allah bagi sembuh dan jaga kita semua.
Wallahua’lam
Sixpoints – Zulhairi –
MW : Teruskan berdoa untuk frontliners negara. Semoga Allah memberi mereka kekuatan dan perlindungan daripada jangkitan Covid-19. Anda yang lain, teruslah #DudukRumah dan bacalah doa sebanyak-banyaknya agar Covid-19 menjauh pergi dari bumi Malaysia tercinta.
Sumber/Foto : Zulaikha Zaki
Baca sini : ‘Pergilah kalau itu yang terbaik’ Adik Nourul sukarela jaga pesakit Covid-19.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI