Kajian mendapati bahawa pesakit yang mengalami kegagalan jantung menghadapi risiko kematian yang lebih tinggi daripada penghidap kebanyakan jenis kanser-kanser.

Di Malaysia kegagalan jantung adalah salah satu punca umum kemasukan hospital dan membentuk 6 hingga 10 peratus daripada semua kemasukan perubatan.

Ia juga mengakibatkan kematian 1 daripada 10 orang pesakit yang dimasukkan ke hospital.

Kesan Buruk Terhadap Kehidupan Pesakit dan Penjaga

Profesor Perubatan Dan Kardiologi, Universiti Malaya, dan Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), Profesor Dato’ Dr. Wan Azman Wan Ahmad berkata,

“Kegagalan jantung memberi impak yang besar terhadap negara. Ia turut membawa kesan buruk terhadap kehidupan pesakit dan penjaga mereka.

“ Dalam persekitaran klinikal, kami dapat melihat kesan kegagalan jantung dengan lebih ramai pesakit dimasukkan ke hospital akibat kerumitan yang disebabkan oleh kegagalan jantung setiap hari.”

Pesakit Kegagalan Jantung Hadapi Risiko Kematian Yang Lebih Tinggi
Profesor Dato’ Dr. Wan Azman Wan Ahmad

Lebih 26 juga orang mengalami kegagalan jantung di seluruh dunia. Penyakit ini menunjukkan tahap morbiditi dan kematian yang tinggi.

Di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, kegagalan jantung berlaku pada usia yang lebih muda berbanding dengan negara-negara Barat.

Ia memperlihatkan ciri-ciri klinikal yang lebih teruk, dengan faktor risiko vaskular seperti hipertensi (penyakit darah tinggi), obesiti (kegemukan) dan diabetes (penyakit kencing manis).

Penyebab Kegagalan Jantung

Menurut Profesor Dato’ Dr. Wan Azman antara penyebab kegagalan jantung adalah seperti berikut:

-Penyakit arteri koronari

-Serangan jantung

-Hipertensi

-Penyakit otot jantung

-Kerosakan jantung sewaktu dilahirkan

IKLAN

-Penyakit paru-paru teruk

-Kebocoran injap

-Diabetes Mellitus

Simptom-Simptom Yang Perlu Diberi Perhatian

Jelas Profesor Dato’ Dr Wan Azman berkata adalah penting bagi mereka yang berisiko tinggi mengalami kegagalan jantung untuk memahami simptom-simptom yang dialami.

Antara simptom-simptom kegagalan jantung termasuklah:

-Sesak nafas (mungkin sepanjang masa apabila menggunakan tenaga lebih atau pada waktu malam semasa berbaring).

-Kepenatan dan rasa lemah

-Bengkak pada kaki atau edema

-Degupan jantung pantas atau tidak teratur

-Intoleransi senaman

IKLAN

-Batuk berterusan atau nafas berdehit dengan keluarnya kahak berwarna putih atau berdarah

-Rasa ingin kencing meningkat terutamanya pada waktu malam

-Perut sakit dan kembung

-Pertambahan berat badan yang mendadak (retensi air)

-Kekurangan selera makan

-Kesukaran berbaring rata tanpa bantal lebihan

Pengurusan Kegagalan Jantung
Ketua Kardiologi dan Pusat Kajian Klinikal, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah, Dr. Liew Houng Bang menjelaskan bahawa kesan buruk akibat kegagalan jantung telah menyedarkan beliau bahawa perlunya cara merawat pesakit diubah.

“ Daripada memulakan langkah pencegahan dan pengesanan awal bagi kumpulan yang berisiko tinggi kepada memanfaatkan kemajuan penyelidikan dan farmakologi terkini.

“ Langkah-langkah sewajarnya perlu dilakukan untuk menambah baik rawatan pesakit. Hanya dengan menjadikan perkara ini satu keutamaan, barulah kita dapat menangani isu peningkatan kos yang dikaitkan dengan penyakit ini.”

Pesakit Kegagalan Jantung Hadapi Risiko Kematian Yang Lebih Tinggi
Dr. Liew Houng Bang

Untuk menangani masalah ini, panel yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dalam bidang Kardiologi dan NHAM baru-baru ini telah menerbitkan Edisi ke-4 Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG)

IKLAN

Pengurusan Kegagalan Jantung 2019 CPG ini merupakan panduan komprehensif dan piawai bagi doktor-doktor di seluruh Malaysia untuk merawat pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

Disokong oleh penyelidikan klinikal dan rawatan berasaskan bukti penyelidikan, garis panduan ini menggabungkan rawatan terkini dan mengutamakan rawatan khusus bagi setiap pesakit.

Antara tambahan penting kepada CPG ini termasuklah rawatan khusus bagi penghidap kegagalan jantung yang tergolong dalam kumpulan khas seperti penghidap diabetes, ibu mengandung dan pesakit sakit jantung kongenital dewasa.

Edisi baharu ini juga menambahkan jenis pilihan rawatan utama, yang boleh membantu menambah baik keputusan keseluruhan bagi pesakit dengan kegagalan jantung kronik.

Tip Dan Nasihat

Berikut adalah tip dan nasihat yang perlu dibuat oleh mereka yang mengalami risiko simptom-simptom kegagalan jantung yang diberikan oleh Dr Liew Houng Bang.

1-Jika kesukaran bernafas itu semakin teruk atau semakin meningkat, segeralah bertemu dengan doktor.

2-Jika anda rasa sukar bernafas ketika  berbaring di atas katil, cuba menyokong kepala dengan beberapa biji bantal agar anda dapat berbaring dalam posisi menegak.

3-Cuba untuk lebih bertenang bagi memastikan tidak mengalami stress.

4-Makan dalam jumlah kecil. Lebih banyak hidangan tetap boleh membantu anda rasa kenyang selepas makan.

5-Cuba aktif dalam mengekalkan tahap tenaga. Berbincang dengan doktor mengenai senaman yang sesuai dengan anda.

6-Mengatur berapa banyak air yang diminum akan membantu dalam mengawal berapa banyak air yang tersimpan dalam badan.

7-Pastikan anda menimbang berat setiap hari. Mengekalkan berat yang sihat akan membantu anda mengesan sebarang penambahan berat badan berkaitan dengan air yang terkumpul dalam badan.

8-Buang air kecil sebelum tidur dan mengehadkan jumlah air yang diminum pada waktu malam boleh membantu anda mengurangkan jumlah berapa kali anda bangun pada setiap malam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI