Penyakit Gout menjadi X-Factor kepada Ahmad Zulzaidi Zulkarnain mengurangkan berat sebanyak 37kg dalam tempoh 6 bulan. Cuma lakukan diet kalori. “Itulah motivasi kepada saya untuk kurus.”
Benar, nak turunkan berat badan bukannya boleh diucap dibibir. Ia amat amat memerlukan kesungguhan yang tinggi. Moga 21 tip yang dikongsikan lelaki ini boleh jadi pembakar semangat sekali gus menguatkan azam mak-mak untuk sihat dan langsing.
Pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yang silap termasuk saya, ingat DIET tu bermaksud tak makan.
Itu tanggapan yang sangat sangat salah. DIET sebenarnye bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT. Selebihnya boleh rujuk dengan pakar pemakanan ye.
Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental.
“Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila dah set baru ada semangat untuk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT.
“Ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu…itulah jadi motivasi kepada saya untuk kurus.”
Ilmu yang dikongsikan Ahmad Zulzaidi begitu berharga sekali. Sebabnya beliau sendiri ambil masa dekat 2 tahun untuk menyusun point-point ini dengan sebaiknya. Jadi jangan sia-siakan pengorbanan beliau ini ya.
Moga tahun ini ada mak-mak yang dapat kembali langsing dan sihat. Paling penting bila tubuh ringan, nak beribadah pun senang.
1. Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yang terbaik adalah antara pukul 7 am-8 am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.
2. Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!
3. Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.
4. Air manis dan ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 dan air bergas (soft drinks), tinggi gula.
5. Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air.
Contoh, kalau berat kita 97kg macam saya dulu kena minum sehari 97/30 = 3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, tak yah la nak berkira sangat dengan 0.23L tu.
6. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ya, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau boleh elak menggoreng sayur, rebus saja buat sup sayur.
7. Ramai orang diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan orang Malaysia. Tak boleh tinggalkan nasi.
So nasi saya makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebih sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebih kurang 150 kcal.
So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT .
8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yang hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun dah 154 kcal.
9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak.
Bihun ok tapi jangan dibantai bihun goreng pula bihun sup atau tom yam.10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) McD, KFC dan sewaktu dengannya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yang telah diproses seperti daging burger, nugget dan lain-lain. Semua tu feberet tu.
11. PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang-kadang. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring. Yang goreng-goreng elak ya.
12. DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, boleh minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).
13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang.
14. Ramai yang bertanya, ubat apa yang saya ambil untuk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa-apa ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.
15 PUASA. Ramai yang tahukan puasa juga salah satu diet yang terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramadhan mulalah berazam nak diet untuk kurus.
Puasa juga bagus untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Kalau boleh buat semua puasa-puasa sunat yang ada lagi bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!
16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebih dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari untuk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda boleh check di sini : http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yang kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Boleh install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal untuk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.
18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress boleh jejaskan program diet kita.
Macam saya dulu kalau saya stress saya suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yang tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristighfar, in shaa Allah.19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa-apa pun semuanya dengan keizinan dari Nya.
20. Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga memang kelaut la diet kita tu.
21. Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu orang ya. Menipu diet anda. So hari tu kita boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.
Diharap dgn sedikit ilmu dan pengalaman yg saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yang ideal untuk jangka masa yang panjang dan kekal sihat in shaa Allah.
Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri dan terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi membaca coretan saya.
Sumber/Foto : Ahmad Zulzaidi Zulkarnain (Eddie Beckham)