Pesakit Gastritis & Ulser Peptik Kena Tahu Cara Elak Keasidan Perut Semasa Berpuasa!

Bagaimana pesakit gastritis dan ulser peptik mengurangkan masalah keasidan dalam perut semasa berpuasa? Ini persoalan yang sering menjadi tanya tanya di kalangan pesakit gastritis dan ulser peptik bila tibanya bulan Ramadan.

Secara amnya, pesakit yang menderita masalah gastritis (penyakit radang perut) dan ulser peptik (PUD) akan mempunyai pelbagai persoalan berkaitan penyakit mereka dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap kemampuan mereka menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

Ikuti penjelasan Pakar Gastroenterologis, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Hoe Chee Hoong berkaitan puasa oleh pesakit gastritis dan ulser peptik.

Adakah Berpuasa Baik Untuk Pesakit Mengalami Gastritis?

Berpuasa boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diingini kerana peningkatan kadar asid pada waktu perut kosong pada bulan Ramadan dapat memburukkan pesakit gastritis dan ulser peptik. Tetapi risiko-risiko dapat diatasi jika langkah berjaga-jaga diambil.

Buat Pesakit Yang Sedang Mengambil Ubat, Adakah Dinasihatkan Untuk Berpuasa?

Tiada masalah untuk berpuasa. Anda hanya perlu berbincang dengan doktor anda mengenai apa-apa perubahan yang diperlukan, misalnya, membahagikan dos untuk mengoptimumkan kesan ubat atau perubahan masa pengambilan ubat. Jangan biarkan puasa mempengaruhi kepatuhan anda terhadap ubat anda.

Pesakit Gastritis & Ulser Peptik Kena Tahu Cara Elak Keasidan Perut Semasa Berpuasa!
Dr. Hoe Chee Hoong, Pakar Gastroenterologis, Hospital Gleneagles Pulau Pinang

Bagaimana Pesakit Boleh Mengurangkan Masalah Keasidan Dalam Perut Semasa Berpuasa?

Pesakit biasanya mengambil ubat seperti inhibitor pam proton, juga dikenali sebagai penghalang pam hidrogen, (omeprazole, pantoprazole, esomeprazole) untuk  membantu mengurangkan keasidan di dalam perut.

Pada bulan Ramadan, pesakit perlu menyesuaikan jadual ubat-ubatan mereka. Biasanya, mereka perlu ambil ubat sebelum makan. Mereka mungkin perlu mengambilnya setengah jam sebelum berbuka puasa dan setengah jam sebelum mereka makan sahur.

IKLAN

Pesakit boleh mengambil antasid sederhana (Gaviscon) sebelum tidur dan sejurus selepas sahur. Cara ini akan mengurangkan keasidan perut pada siang hari.

Bolehkah Berpuasa Menyebabkan Masalah Pencernaan?

Masalah pencernaan biasanya melibatkan beberapa keadaan seperti gastritis, penyakit ulser peptik, penyakit refluks gastroesofagus dan dispepsia berfungsi.

Pesakit mungkin mengalami simptom termasuk pedih ulu hati, gangguan pencernaan, mual dan perut kita akan berasa pedih. Tanpa pengurusan yang betul, puasa dapat memburukkan lagi gejala-gejala ini.

Adakah Berpuasa Dapat Merawat Masalah Usus?

Tidak. Di antara rawatan alternatif sedia ada, puasa amat disyorkan untuk menyahtoksin dan membersihkan usus. Tetapi tetapi tidak ada penyelidikan yang dapat menyokong hujah ini.

IKLAN

Apakah Jenis-Jenis Makanan Yang Tidak Baik Untuk Usus Anda?

  • Makanan bergoreng, makanan yang mengandungi asid dan buah buahan (seperti buah-buahan buah sitrus seperti lemon, limau, limau gedang dan oren) serta produk yang berasaskan tomato.

Pesakit Gastritis & Ulser Peptik Kena Tahu Cara Elak Keasidan Perut Semasa Berpuasa!

  • Semua makanan pedas dan makanan dalam tin / makanan yang telah diproses terutamanya produk berasaskan tomato. Makanan yang telah diproses dengan jangka hayat  lama biasanya mempunyai banyak bahan kimia, termasuk bahan pengawet, yang boleh memburukkan lagi masalah gastritis atau PUD.
  • Apa sahaja makanan yang mengandungi tinggi gula dan karbohidrat diperhalusi.

Petua Berpuasa Bagi Pesakit Yang Menghidap Gastritis Dan Ulser Peptik

  • Makan dengan perlahan dan tenang. Menyumbat semua makanan  ke dalam mulut akan menyebabkan anda menelan lebih banyak udara. Ini membawa kepada masalah angin dan kembung.
  • Minum air kosong dan bukannya jenis air berkarbonat. Air berkarbonat hanya menambahkan udara yang tidak perlu untuk masuk ke saluran pencernaan anda.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan angin, seperti kekacang dan alkohol.
  • Pada waktu dan sekitar waktu makan, minum air secukupnya untuk membantu membawa makanan dicerna dengan baik. Minum dengan teguk kecil. Bukannya tegukan besar. Cara ini dapat membantu mencairkan asid perut anda. Pada masa yang sama ia boleh menambahkan kemasukan lebih banyak udara ke dalam sistem pencernaan anda.
  • Pertimbangkan untuk mengambil yogurt yang mengandungi probiotik. Probiotik membantu mengembalikan keseimbangan antara bakteria baik dan buruk di usus anda. Ini dapat mengembalikan semula kelancaran sistem pencernaan anda.

Petua Berpuasa Bagi Pesakit Yang Menghidap Gastritis Dan Ulser Peptik

  • Elakkan makan berlebihan semasa berbuka puasa dan sahur. Makan secara sederhana dan dalam jumlah yang lebih kecil tetapi lebih kerap.
  • Sebagai contoh, mulakan dengan kurma dan makanan ringan sebelum solat Maghrib dan diikuti dengan makanan utama sebelum solat terawikh.
  • Cuba kurangkan pengambilan makanan panas, pedas dan berasid kerana jenis-jenis makanan ini cenderung mengganggu saluran pencernaan.
Elakkan :
  • Makanan bergoreng dan makanan yang mengandungi asid dan buah buahan (seperti buah-buahan buah sitrus seperti lemon, limau, limau gedang dan oren) serta dengan produk yang berasaskan tomato.
  • Pengambilan makanan pedas dan makanan dalam tin / makanan yang telah diproses terutamanya produk berasaskan tomato. Makanan yang telah diproses dengan jangka hayat lama biasanya mempunyai banyak bahan kimia, termasuk bahan pengawet, yang boleh memburukkan lagi masalah gastritis atau PUD.
  • Semua makanan yang mengandungi tinggi gula dan karbohidrat diperhalusi.
  • Minuman yang mengandungi kafein seperti, kopi, minuman bergas dan sebagainya. Ini menyebabkan anda kerap buang air kecil. Kerap membuang air kecil menyebabkan pengeluaran garam mineral yang diperlukan oleh tubuh sepanjang berpuasa.
Amalkan:
  • Minum segelas susu segar semasa sahur kerana ini akan membantu mereka yang menderita gastritis dan PUD

Pesakit Gastritis & Ulser Peptik Kena Tahu Cara Elak Keasidan Perut Semasa Berpuasa!

  • Orang yang menghidap gastritis tidak boleh berbaring sebaik sahaja selepas makan kerana ia boleh memburukkan keadaan mereka.
  • Berhenti makan tiga hingga empat jam sebelum tidur untuk memberi masa rehat yang cukup kepada sistem pencernaan.
  • Merokok dikaitkan dengan gastritis dan penyakit ulser peptik. Ia melambatkan penyembuhan ulser yang sedia ada dan menyumbang kepada ulser berulang. Sekiranya anda tidak dapat berhenti merokok, kurangkan secara beransur-ansur mulai beberapa minggu sebelum bulan Ramadan. Merokok tidak sihat dan seseorang harus berhenti sepenuhnya. Jadi, Ramadan adalah peluang baik untuk mengurangkan merokok.

Ikut Nasihat Doktor!

Dr Hoe Chee Hoong menasihatkan pesakit gastritis dan ulser peptik, sekiranya anda mempunyai darah dalam muntah atau membuang najis hitam dan mengalami sakit perut yang teruk, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

IKLAN

Mual dan muntah yang berterusan, kehilangan selera makan dan penurunan berat badan juga harus dimaklumkan kepada doktor kerana mereka mungkin memerlukan pemeriksaan lebih lanjut.

Kepentingan menyeimbangkan kewajiban berpuasa adalah penting untuk terhadap kesihatan seseorang. Sekiranya kesakitan terlalu teruk, mereka tidak mempunyai pilihan selain berhenti berpuasa. Ini terutama bagi orang yang menderita ulser perut kerana ia menyebabkan lebih banyak komplikasi.

Bincang dengan doktor anda sebelum atau sepanjang bulan Ramadan jika anda mempunyai kebimbangan mengenai keadaan atau ubat-ubatan anda.

Baca ini juga:

ikut-menu-sahur-berbuka-ini-confirm-berat-turun-sepanjang-berpuasa

anak-tercekik-secara-tiba-tiba-lakukan-langkah-ini-jangan-pula-panik

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI