Bagi anda yang biasa melakukan bekam, ia seolah-olah perkara wajib yang perlu dibuat setiap dau atau tiga bulan. Biasanya, bekan sangat baik untuk kesihatan seseorang yang bukan sahaja untuk membantu melancarkan pengaliran darah tetapi turut membantu untuk membuang angin, kolesterol dalam badan dan sebagainya.

Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi turut membincangkan tentang topik ‘Bekam Kecantikan’ yang bersiaran langsung di studio bersama Siti Elizad dan Radin. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan, tetamu yang membincangkan topik ini dilakukan secara ‘video call’. Ikuti penjelasan lanjut oleh Mohd Khalid Adnan, Penasihat Spa Bekam tentang topik ini.

IKLAN
  • Bekam adalah salah satu kaedah rawatan perubatan tradisional yang boleh membantu untuk anda yang mengatasi masalah jerawat, migrain, resdung, sakit kepala dan sebagainya.
  • Ada sesetengah mengatakan apabila seseorang yang ‘ketagih’ untuk melakukan bekam, ia boleh mengurangkan darah. Sebenarnya, ia tidak seperti yang disangkalkan kerana ia mengeluarkan darah kotor dan menghasilkan darah baru.
  • Terdapat dua bekam yang biasa digunakan iaitu:

Bekam Darah

  • Biasanya, bekam darah untuk keluarkan darah atau toksid.
  • Caranya, hanya toreh atau tusukan menggunakan jarum untuk mengeluarkan darah.

Bekam Angin

  • Ia adalah untuk mereka yang mengalami masalah angin dalam badan dan membantu untuk keluarkan angin.

Tip Penjagaan

Selepas rawatan dilakukan yang mengambil masa 40 minit hingga sejam, ia boleh meninggalkan kesan. Cara untuk mengurangkan kesannya:

  1. Letakkan ais pada tempat rawatan tadi.
  2. Jangan minum ais dan berehat seketika.
  3. Elakkan mengambil makanan yang gatal seperti udang atau sotong.

Kesan: Selepas rawatan, ada sesetengahnya akan mengalami rasa sakit dan demam. Ini adalah kesan sementara sahaja.

Info: Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan (diabetes), pihak pengamal perubatan ini  perlu tahu tentang tahap kesihatan sama ada luka (kesan bekam) yang akan dialami mengambil masa yang lama atau tidak. Ini untuk mengelakkan risiko yang lebih teruk.

Garis panduan yang ingin melakukan bekam adalah mereka yang berusia 10 tahun hinga 60 tahun,

Bagi mengikut lebih lanjut tentang topik ini, tonton siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam ini.