Bagi anda yang biasa melakukan bekam, ia seolah-olah perkara wajib yang perlu dibuat setiap dau atau tiga bulan. Biasanya, bekan sangat baik untuk kesihatan seseorang yang bukan sahaja untuk membantu melancarkan pengaliran darah tetapi turut membantu untuk membuang angin, kolesterol dalam badan dan sebagainya.
Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi turut membincangkan tentang topik ‘Bekam Kecantikan’ yang bersiaran langsung di studio bersama Siti Elizad dan Radin. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan, tetamu yang membincangkan topik ini dilakukan secara ‘video call’. Ikuti penjelasan lanjut oleh Mohd Khalid Adnan, Penasihat Spa Bekam tentang topik ini.
Ads
Bekam adalah salah satu kaedah rawatan perubatan tradisional yang boleh membantu untuk anda yang mengatasi masalah jerawat, migrain, resdung, sakit kepala dan sebagainya.
Ada sesetengah mengatakan apabila seseorang yang ‘ketagih’ untuk melakukan bekam, ia boleh mengurangkan darah. Sebenarnya, ia tidak seperti yang disangkalkan kerana ia mengeluarkan darah kotor dan menghasilkan darah baru.
Terdapat dua bekam yang biasa digunakan iaitu:
Bekam Darah
Biasanya, bekam darah untuk keluarkan darah atau toksid.
Caranya, hanya toreh atau tusukan menggunakan jarum untuk mengeluarkan darah.
Bekam Angin
Ia adalah untuk mereka yang mengalami masalah angin dalam badan dan membantu untuk keluarkan angin.
Tip Penjagaan
Selepas rawatan dilakukan yang mengambil masa 40 minit hingga sejam, ia boleh meninggalkan kesan. Cara untuk mengurangkan kesannya:
Ads
Letakkan ais pada tempat rawatan tadi.
Jangan minum ais dan berehat seketika.
Elakkan mengambil makanan yang gatal seperti udang atau sotong.
Kesan: Selepas rawatan, ada sesetengahnya akan mengalami rasa sakit dan demam. Ini adalah kesan sementara sahaja.
Info: Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan (diabetes), pihak pengamal perubatan ini perlu tahu tentang tahap kesihatan sama ada luka (kesan bekam) yang akan dialami mengambil masa yang lama atau tidak. Ini untuk mengelakkan risiko yang lebih teruk.
Garis panduan yang ingin melakukan bekam adalah mereka yang berusia 10 tahun hinga 60 tahun,
Ads
Bagi mengikut lebih lanjut tentang topik ini, tonton siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga sudah pasti pada suatu tika akan merasakan fasa membosankan dalam menjalinkan hubungan intim. Hingga satu saat sang isteri memasang impian agar suaminya bertingkah seperti yang dimahukan. Sebenarnya suami harus pandai membeli jiwa isteri, jadi kesilapan suami yang besar pasti dianggap kecil bagi isteri.
Namun segalanya memerlukan perbincangan untuk menghangatkan kembali hubungan yang selama ini “sejuk”. Bagi pasangan yang jenis berterus-terang, mungkin masalah ini adalah suatu perkara yang tidak begitu rumit. Tetapi bagi yang jenis pemalu, barang kali sukar untuk diluahkan apatah lagi melibatkan hubungan intim.
Oleh itu, khas buat suami anda seharusnya tahu apakah perkara utama yang isteri inginkan ketika bersama. Setiap wanita adalah berbeza, ada segelintirnya lebih suka jika sang suami berlagak biasa.
Manakala setengahnya pula inginkan sesuatu yang ekstrem atau berbeza daripada kebiasaan. Mungkin beberapa langkah ini dapat membantu anda memuaskan hati pasangan anda kala bersama.
1. Mood Romantik
Tatkala hari ulangtahun kelahirannya, apa kata anda melakukan sebuah kejutan khas buatnya dengan mencipta mood romantik di dalam kamar tidur. Rata-rata wanita suka apoabila suaminya melakukan sesuatu yang romantik. Lebih mengusik kalbu, apabila anda menambah usaha dengan mewangikan bilik tidur kalian dan juga menabur bunga ros merah.
2. Memanjakan Dia
Curi peluang di hari ulangtahun untuk maraikan malam istimewa dengan penuh kehangatan. Manjakan isteri anda bermula dengan ciuman manja, urutan lembut di seluruh tubuhnya dan belai si dia hingga dia lemas dan kecundang di tangan anda. Sudah tentu pengorbanan anda akan mendapat balasan yang setimpal apabila sang isteri membalas balik layanan istimewa yang dihadiahkan.
.3. Dukung Si dia
Selain sentuhan manja dan ciuman, anda juga boleh memulakan langkah pertama dengan mendukung isteri anda ke kamar tidur. Jika anda inginkan sesuatu yang di luar kebiasaan, angkat isteri dengan posisi mendukung dari arah depan. Jika sukar mengimbangi bebanan pisteri, mungkin anda gunakan dinding sebagai penyokong anda.
4. Gerakan Agresif
Ada segelintir wanita gemarkan cara yang agresif untuk meningkatkan deria ransangan sensual mereka. Jangan terlalu kasar, lakukan dengan lembut, bersahaja dan diakhiri dengan sentuhan yang agak agresif. Setiap sentuhan dan gerakan itu perlu diiringi dengan penuh kasih sayang.
5. Tanggalkan Pakaian Demi Helaian
Jiwa wanita yang halus sudah tentu mudah tersentuh dan sensitif. Oleh itu tanggalkan pakaiannya helaian denmi helaian untuk menguji perasaannya. Bukan hanya suami yanh teruja, sang isteri juga teruja dengan kejutan dan reaksi spontan sang suami.
6. Aksi Spontan
Sebenarnya isteri juga gemarkan hubungan kelamin yang spontan dan tidak dijangkakan. Tindakan memberi kejutan buat isteriadalah tindakan yang amat dinantikan oleh mereka. Mereka mempunyai fantasi yang tersendiri terhadap sang suami.
Lakukan hubungan intim dengan spontan dan jangan terlalu teliti langkahnya hingga membuatkan sang isteri ternanti-nanti apakah tindakan seterusnya. Tahukah anda langkah spontan ini sebenarnya kelihatan sangat seksi di mata wanita.
7. Ciuman
Ciuman bukan hanya sekadar pemula bicara sebelum masing-masing hanyut dalam asmara. Sebaliknya jangan lupa kepentingan ciuman mesra yang mengambil sedikit masa kerana nafsu wanita boleh meningkat melalui ciuman dari insan yang disayangi iaitu suami yang sangat dicintainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bab jaga dalaman orang perempuan selalunya banyak sangat pantang larang, malah dari zaman anak dara sampai dah kahwin tetap kena jaga. Tetapi betul ke semua pantang larang itu tepat?
Ok, sebelum anda terlalu taksub dan pecaya… mohon baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini.
1. Doktor, kenapa darah haid saya berketul ketul? Penjual kata bahaya.
Darah period memang berketul. Kalau darah tu cair dan warna cerah serta tidak berketul, itu yang masalah.
2. Doktor, ada orang kata tak boleh minum ais time period, nanti rahim kembang.
Tak betul.
Dah kata rahim tu bersifat elastik. Boleh kembang dan kuncup. Minum ais masuk ke salur makanan. Tak ada kaitan dengan salur peranakan.
3. Doktor, betul ke kalau period tak keluar habis, badan kita kotor dan akan senang kena penyakit?
Tak betul.
Bila darah period kering tu maksudnya period sudah habis. Tiada istilah badan kotor. Period adalah sel dinding rahim. Kalau kata period tak keluar habis, badan kotor, orang lelaki akan dikira pengotor lah sebab tak pernah datang period seumur hidup!
4. Doktor, perlukah bertangas semasa pantang?
Tak ada masalah.
Melainkan jika anda melahirkan secara Caesarean section ( bedah/tingkap) atau ada koyak yang banyak, anda perlu berhati hati kerana luka dalaman mengambil masa lebih lama untuk pulih berbanding melahirkan secara normal dan koyak sedikit.
5. Doktor, perlukah jamu semasa pantang?
Kalau anda menyusu badan, tak perlulah jamu. Kesian anak tu.
Kalau tak menyusu badan, makanlah yang dibuat sendiri dalam kuantiti yang berpada pada, kalau tak makan pun tak ada masalah.
Tak perlu membazir beli macam macam.
Nak jaga badan, makan makanan yang sihat sepanjang hidup, bukan masa pantang sahaja.
6. Doktor, bahaya ke makan pil perancang?
Tak betul.
Bahaya kalau main beli je pil perancang tanpa pengawasan doktor. Semua orang badan dan sejarah hidup lain lain, jadi setiap orang tak sama perancang yang perlu untuk mereka. Tanya pada doktor yang merawat anda.
7. Doktor, sekarang ni tengah popular daun kandung anak untuk hamil. Betul ke?
Untuk hamil, semua itu rezeki daripada Allah swt. Boleh untuk ikhtiar, tak salah.
Kalau anda berbadan besar, elok turunkan berat badan dahulu.
Jika anda ada penyakit, pastikan penyakit anda terkawal elok dan makan ubat.
Dapatkan rawatan yang betul bukan main percaya semua benda.
Harap saya menjawab almost 80% daripada soalan yang ditanya di messenger.
Doktor tidak boleh membuat konsultasi di media sosial. Wajib berjumpa doktor di klinik atau hospital untuk pemeriksaan lengkap.
Nota kaki : Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak,menjadi mati lalu membusuk.”
(Imam syafie)
Dr. Erna Nadia
Pendapat orang lama bukan tidak boleh diguna cuma kita kena faham kenapa ia direkacipta.
Ok, cukuplah dulu info tentang wanita.
Senang jadi lelaki, takde rumit rumit nak percaya macam macam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila jenazah tiba, kepala arwah rapi berjahit.. remuk hati ustaz uruskan jenazah mangsa campak datuk tiri yang meninggal pada hari Ahad lepas. Menurut ustaz ini, dia terbayangkan anak seusia mangsa yang belum mengerti apa-apa , namun menjadi mangsa keadaan.
Pada hari Ahad yang lalu kita dikejutkan dengan berita kekejaman yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Nigeria yang berjaya ditahan selepas disyaki mencampak cucu tirinya yang berusia empat tahun sehingga meninggal dunia dari tingkat empat apartment Danau Villa, Setapak, Kuala Lumpur.
Si pelaku dikatakan berbuat demikian adalah kerana berang cubaan untuk merogol anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu gagal apabila dia dihalang isteri serta anak-anak yang lain.
Akibat pergelutan tersebut, anak kecil yang tidak berdosa dan tidak mengetahui apa-apa akhirnya menjadi mangsa.
Ustaz Kongsi Pengalaman
Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi kini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di Kuala Lumpur selepas urusan kafan selesai di Kontena Wakaf Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) isnin lalu.
Pengerusi SPJM, Muhammad Rafiuedin Zainal Rasid turut berkongsi pengalaman menguruskan jenazah kanak-kanak malang itu seperti apa yang dikongsikan di Facebook miliknya semalam.
“Allahuakbar… Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata saat melihat jasad anak kecil berusia 4 tahun yang mati gara-gara perbuatan tidak berperikemanusiaan datuk tirinya yang juga merupakan warga Nigeria.
Ketika menerima jasad itu yang tiba dari hospital, perasaan saya saat itu sangat remuk. Membayangkan anak saya yang seusia dengannya cukup pedih hati ini untuk melihat keadaan jasad anak syurga ini.
Apalah dosanya sehingga sanggup manusia dewasa yang berakal seperti datuk tirinya itu sanggup mencampakkan anak kecil yang sedang tidur dibuai mimpi saat itu dari tingkat 4 ke bawah dengan kejam?
Saya gagahkan diri untuk memandikan jasad kecil itu dengan berhati-hati. Perasaan bercampur baur saat merasai kepala arwah yang telah dijahit rapi yang sebelumnya retak kesan hentakan yang kuat ke bawah. Marah. Geram. Sedih. Allahuakbar!!!
Andai ada manusia berhati syaitan itu di hadapan saya ketika itu, akan saya pijak mukanya berkali-kali! Nafsunya mengalahkan binatang!
Hanya kerana terlepas peluang untuk memperkosa ibu anak kecil ini, anak yang tidak bersalah ini pula menjadi mangsanya!
Arwah Kematian Ayah Sejak 2 Tahun Lepas
Sudahlah anak ini kematian ayahandanya sejak 2 tahun lepas. Kini si ibu terpaksa pula menerima hakikat yang dia baru sahaja kehilangan satu-satunya anak hasil perkahwinannya bersama arwah suaminya dahulu.
Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepadanya. Semoga si ibu yang masih menerima rawatan di hospital kesan pukulan ayah tirinya warga Nigeria itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat walafiat.
Insya’Allah, sihat tubuh badan mungkin tiada masalah. Namun untuk menghadapi kesan trauma sepanjang hayatnya itulah hakikat yang cukup sukar untuk dihadapi.
Selayaknya penjenayah itu dihukum sebat dan gantung sampai mati atas segala perbuatan hinanya itu!
Semoga keluarga arwah Adik Muhammad Adam Sufi bin Norkhusairi diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Allah lebih menyayangi dirinya.
Jenazah arwah Adik Adam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, KL selepas urusan mandi kafan selesai di Kontena Wakaf SPJM malam tadi.
MW: Perkara yang berlaku ini adalah di luar kewarasan manusia, kerana nafsu manusia sanggup melakukan apa saja. Bayangkan kanak-kanak yang manja dan lincah bermain dalam usia emoat tahun diperlakukan sedemikian rupa. Berat mata memandang, lagi berat bahu sang ibu yang melahirkan dan membesarkan anak ini. Semoga keluarganya terus tabah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...