Pes TOMYAM Homemade Sedap, Halal Tanpa Ragu-Ragu Sesuai Juga Untuk Masakan Bergoreng!

Share

Kebiasaannya pes tomyam kita beli je di kedai. Namun agak ragu-ragu dengan bahan-bahan dan ramuan yang digunakan. Sebenarnya kita boleh buat sendiri pes tomyam ni di rumah. Lebih sedap, jimat dan terjamin halal bahan-bahan yang digunakan. Selain masakan tomyam, pes ini juga sesuai digunakan untuk masakan bergoreng lain.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Myss Deen ini sebagai rujukan;

Tomyam paste homemade yang sedap dan tanpa ragu-ragu. Version ini sudah saya upgrade dan sangat disukai kenalan-kenalan dan pelanggan saya. Berbeza dari resepi yang saya pelajari di class berbayar RM250 pada 19 tahun dahulu tetapi tidaklah sesedap mana. Paste ini juga sesuai untuk digunakan untuk masakan bergoreng yang lain seperti mihoon , sayur, nasi, ikan dan lain-lain.

Cara dan bahan-bahan (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa tetapi saya beri berdasarkan saiz kuali saya tu)

Minyak masak 1½ cawan digunakan untuk menggoreng bergilir-gilir sehingga layu/ nàik bau kemudian ditoskan.

Bahan-Bahan:

**Cili kering (RM 3) yang dibelah 2 untuk buang biji, cuci dan toskan.
**Cili merah fresh 20 biji
**6 biji bawang merah besar ( guna bawang kecil pun boleh tapi letak banyak) dan 2 biji besar bawang Holland belah 8.
** 5 pokok ketumbar (keratan pangkal batang dan akar)
** Halia sebesar ibu jari, lengkuas juga
**2 labu bawang putih
** Serai gemuk 8 batang hiris kasar
15 helai daun limau purut (dikira bercantum), di buang urat tengahnya untuk mengelakkan rasa pahit. (Daun saya lebar-lebar)
1 sudu besar belacan yang disangai/bakar (lebih sikit pun okay)

KESEMUA bahan-bahan di atas diblend tanpa air, hanya gunakan baki minyak menggoreng tu je.

1 mangkuk saiz sup ikan bilis dan jumlah yang sama untuk udang kering. Dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus.

Kesemua bahan-bahan di atas dimasak dalam kuali hingga betul-betuk naik minyak dan berbau wangi dan warna berubah gelap.
Rajin-rajinlah digaul balikkan dengan api sederhana. Kemudian masukkan;

1 bekas penuh paste asam jawa.
Gula Thai lebih kurang 4 ke 6 sudu besar mengikut cita rasa atau gula lain-lain.
1 ke 1½ cawan sos ikan ( perlu terasa lebih masin dari kebiasaan kita masak lauk)
Boleh letak 2 ketul kiub ayam jika suka
2 biji jus limau nipis

Boleh beli Nisan Gula Kabung Thai Di Sini:  https://invol.co/cl8te0n

Masakkan lagi sehingga kesemuanya sebati dan sudah betul-betul matang. Kemudian boleh disimpan dan digunakan mengikut cara yang anda suka.

* Ini adalah cara melalui RnD dan pengalaman saya . Diharap ada kebaikan perkongsian ini. Maaf jika tidak bersetuju.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

Resipi Rahsia Kuah Tomyam Sedap! Pedas, Masam & Pekat Rasa Sama Macam Makan Dekat Restoran Thailand

Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam

Mingguan Wanita: Boleh cuba buat sendiri pes tomyam ni di rumah. Lebih sedap, jimat dan tanpa ragu-ragu nak masak nanti.

Sumber: Myss Deen

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab