Percayalah, pes tom yam boleh jadi punca utama rasa kuah tom yam anda masak sedap atau tidak dan sebab itulah anda patut godek resepi yang Puan Fatiha Hanani Ismail kongsikan. Lagi teruja, pes tom yam dia buat sendiri, jom cuba buat sebotol untuk mudahkan masak setiap hari…
Ads
Bahan-bahan:
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Ads
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.
Ads
Untuk masak tom yam…
1. Ambil dalam 2 senduk pes tom yam, tumis kejap… tuang air dalam 2 cawan.
2. Letak akar ketumbar dah mendidih masukkan ayam dalam 4-5 ketul potong kecil-kecil sampai ayam masak.
3. Masukkan serai, daun limau, limau,sayur-sayur, garam, serbuk perasa dan sedikit susu pekat.. Rasa ikut tekak masing-masing ya.
4. Selamat memasak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Antara kehebatan seorang wanita yang tetap mampu tenang walaupun sedang menghadapi kesakitan. Biarpun menderita sakit, seorang wanita masih kelihatan tenang apabila dia selamba menaiki bas ke hospital dalam keadaan kepala yang tercucuk gunting sedalam kira-kira 3.8 sentimeter sehingga ke bahagian otak.
Kejadian malang itu berlaku ketika Shen Xiaoying, 57, memetik daun mahogani di rumahnya di Xiangyang, wilayah Hubei dengan menggunakan gunting terbabit.
Media melaporkan, gunting itu disangkut pada batang buluh sebelum patah dan menusuk kepalanya. Memandangkan ketika itu tiada ahli keluarga di rumah, Shen terpaksa ke hospital bersendirian untuk rawatan.
Tusukan Sedalam 3.8 Sentimeter
Menurut Pear Video, gunting itu tertusuk kira-kira 3.8 sentimeter hingga ke bahagian otak menyebabkan dia terpaksa menjalani dua pembedahan kecil untuk mengeluarkannya.
Kecederaan ngeri itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan imbasan x-ray kepala wanita terbabit.
South China Morning Post melaporkan, doktor berjaya mengeluarkan gunting itu dan Shen kini semakin pulih serta dijangka keluar hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Selepas pembedahan itu, dia kini mula sedarkan diri, namun masih berasa kebas dalam tempoh terdekat ini kesan daripada ubat bius yang diberi,” kata doktor.
Memang hebat wanita ini. Jika kita hadapi situasi sebegini pasti panik dan buntu nak buat apa.
Qari Oku Malaysia dinobat juara tilawah Al-Quran antarabangsa, pecah rekod 47 tahun sejak mula diperkenalkan 1947. Matanya tertutup namun hatinya sangat terang. Inilah kelebihan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, yang malam tadi dinobatkan sebagai johan tilawah kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63, semalam dengan markah 94.96 peratus.
Johan qariah disandang oleh peserta dari Maghribi iaitu Sara Belmamoun yang memperoleh 93.05 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, hadiah iringan serta sijil.
Qari OKU Malaysia Dinobat Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Menariknya tentang johan qari antarabangsa ini, sejak kecil ibu dan ayahnya sering memperdengarkan kepadanya cakera padat alunan ayat al-Quran hingga hatinya menjadi terang dengan kalimah ini.
”Sejak kecil, Muhammad Qayyim Nizar memiliki minat yang sangat mendalam terhadap Al-Quran sejak kecil bermula dengan mendengar kaset dan cakera padat (CD) yang dibelikan oleh ibunya, Rozan Mohamed dan ayahnya, Sarimi Yusoff.
Bahkan dirinya merupakan Johan Qari Peringkat Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2017, 2019 dan 2020 tiga tahun lamanya.
Lebih menarik, Qayyim turut memiliki anugerah luar biasa apabila menguasai 7 jenis tarannum iaitu Bayati, Soba, Hijjaz, Nahawand, Rast, Sikah dan Jiharkah.
Pecah Rekod 47 Tahun
Memiliki ijazah Sarjana Muda Tahfiz dengan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa sultan Ismail Petra (KIAS), anak muda berusia 25 tahun berasal dari Ketereh Kelantan ini menjadikan beliau OKU pertama yang dinobatkan Johan sejak Majlis Tilawah diperkenalkan pada tahun 1947.
Majlis tilawah yang berakhir malam tadi disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan hadiah kategori qari, manakala Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, bagi kategori qariah.
turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
MTHQA Ke-63 yang bertema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’, membariskan seramai 20 hakim dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia.
Sementara bagi kategori hafazan, ia dimenangi oleh Omar Toure yang mewakili Guinea menjuarai kategori hafazan lelaki dengan markah 98.63 peratus, dan Tebani Cheyma Enfal mewakili Algeria pula memenangi kategori hafazan wanita dengan markah 96.32 peratus. Mereka turut menerima hadiah wang tunai, hadiah iringan dan sijil.