Bobotok atau botok-botok merupakan antara makanan tradisi orang Jawa. Ia merupakan ikan yang diperap dan dikukus bersama pes rempah istimewa serta pelbagai jenis dedaun dan dibalut dalam daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.Ia cukup popular dan rasanya sangat sedap dinikmati dengan nasi putih.
Namun tak ramai yang tahu dan pandai menghasilkan botok-botok ini. Memandangkan cara membuatnya agak renyah, malah dedaun yang diperlukan pula semakin sukar diperolehi.
Namun jika berkesempatan, boleh mencuba sendiri pes rempah botok-botok seperti yang dikongsikan oleh Puan Suria Abdullah ini. Ia resipi yang diperturunkan dari mak beliau sendiri dan kesedapannya, siap mendapat tempahan ramai.
Pes atau rempah botok-botok ni ilmu diturunkan dari mak saya sendiri. Sebelum ni saya tak berapa minat makan makanan yang banyak rempah.Tapi selepas kahwin dengan orang Kampung Peserai, segala menu yang berempah terus jadi minat.
Sebelum Covid saya amik tempahan botok-botok yang dah siap dikukus. Botok-botok Ikan Tenggiri atau ikan kembung. Tapi sejak mengandung si bongsu (sekarang dah nak masuk 3 tahun ) saya stop buat.
Nak buat botok-botok ni renyah sangat. Daun nak banyak, kalau sikit tak best pulak. Alhamdulillah setiap kali open oder paling sikit dalam 70 bungkus. Botok-botok ni tahan 2 hari tak basi sebab rempah dimasak dulu.
Baik, seperti yang dijanjikan ini resepi yang diturunkan dari emak saya (puan Salinah) 67 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat.
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit
Lada kering
Buah keras (nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah)
Udang geragau/belacan((nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah) klu letak belacan atau udang geragau rasa lagi ummp) cuma kalau ibu bersalin tak boleh nak makan pulak
Bawang merah
Bawang putih
Kari ikan
Kerisik
Daun kesum
*(Saya dah terbiasa buat pes dalam kuantiti yang agak banyak, anggaran dalam 100 bungkus botok-botok,jadi semua bahan-bahan kena banyak )
Contoh :
Kari ikan sekilo
Kerisik sekilo
Serai hampir 20 batang
Lengkuas dalam sekilo lebih
Cili kering (campur pedas dan tak pedas ) sekilo
Daun kesum setengah kilo
Belacan atau udang geragau RM5
Jadi semua bahan ni memang saya guna banyak. Untuk dapatkan kuantiti dalam 5 atau 10 orang bahan-bahan tu anda agak-agak iya.
*Blender semua bahan-bahan termasuk daun kesum.
1.Blender dulu Bawang merah/putih ,belacan atau udang geragau dan buah keras.
2.Tapis air, air blender jangan buang, guna untuk kita blender bahan-bahan lain. Tak cukup air kita tambah lagi. Baru blender Lada kering dan daun kesum.
3.Selepas itu baru lah serai dan lengkuas. Yang ni saya blender 2 kali sebab nak dapatkan hasil yang halus. Semua bahan-bahan dah kita kisar halus.
4. Kemudian masuk terus dalam kuali. Letak minyak sikit je.(untuk 100 bungkus saya letak dalam satu cawan teh).
5. Bila bahan-bahan dah masuk dalam kuali, masuk sekali Kari dan kerisik.
6. Kacau-kacau, letak gula dan perasa. Saya letak gula kabung warna lagi cun dan rasa lagi sedap. Kalau tak ada gula kabung tu, letak gula biasa pun dah sedap.
7. Cukup masin, manis dan sedaplah kat tekak kita. Dah siap lah tu agak-agak air dah kering sikit. Dah siap lah tu. Pes botok-botok siap untuk di botok-botok kan.
*Pes kena pekat sebab tu masa blender saya guna air dari bahan-bahan yang kita blender tadi. Kalau kurang tambah air.Yang penting jangan cair sangat.
Pesanan mak saya, Daun betik di rebus dengan daun senduduk, tak ada daun betik letak daun jambu pun boleh. Tak ada semua daun tu rebus je lah. Pahit pun ubat kan.
Daun betik dan daun ubi kita celur kejap, air mendidih tu kita celup-celup je..tujuan dia nak hilangkan rasa maung daun tu. Daun-daun lain tak payah, terus je letak.
Daun-daun yang saya guna dalam botok-botok saya.
Betik
Pucuk ubi
Kaduk
Kembang semangkok
Pudding rampai
Mengkudu
Bebuas
Senduduk
Ok..tu daun-daun asas yang wajip saya letak. Kalau ada daun-daun lain yang boleh diletak, silakan.
Yang penting botok-botok ni rempah dia sedap sangat-sangat. Daun kena cukup, baru mak mertua saya sayang. Ok, dipersilakan buat ya.
Jangan kecam saya sebab tak ajar cara buat dalam kuantiti yang sikit..saya memang tak pandai. Dekat rumah kalau masak asam pedas pun dalam kuantiti lebih 10 orang. Makan dengan jiran belakang rumah sekali.
Nanti bila saya buat lagi pes saya Suh laki amik video.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!
Rebus Telur Pindang 1 Jam Dah Siap, Tak Payah Tunggu Berhari-Hari
Mingguan Wanita: Memang agak renyah nak buat botok-botok ni. Lebih-lebih lagi nak cari dan lengkapkan dedaun yang diperlukan. Namun rasanya memang sangatlah sedap, banyak khasiat yang tersendiri.
Sumber: Suria Abdullah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita