Bobotok atau botok-botok merupakan antara makanan tradisi orang Jawa. Ia merupakan ikan yang diperap dan dikukus bersama pes rempah istimewa serta pelbagai jenis dedaun dan dibalut dalam daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.Ia cukup popular dan rasanya sangat sedap dinikmati dengan nasi putih.
Namun tak ramai yang tahu dan pandai menghasilkan botok-botok ini. Memandangkan cara membuatnya agak renyah, malah dedaun yang diperlukan pula semakin sukar diperolehi.
Namun jika berkesempatan, boleh mencuba sendiri pes rempah botok-botok seperti yang dikongsikan oleh Puan Suria Abdullah ini. Ia resipi yang diperturunkan dari mak beliau sendiri dan kesedapannya, siap mendapat tempahan ramai.
Pes atau rempah botok-botok ni ilmu diturunkan dari mak saya sendiri. Sebelum ni saya tak berapa minat makan makanan yang banyak rempah.Tapi selepas kahwin dengan orang Kampung Peserai, segala menu yang berempah terus jadi minat.
Sebelum Covid saya amik tempahan botok-botok yang dah siap dikukus. Botok-botok Ikan Tenggiri atau ikan kembung. Tapi sejak mengandung si bongsu (sekarang dah nak masuk 3 tahun ) saya stop buat.
Nak buat botok-botok ni renyah sangat. Daun nak banyak, kalau sikit tak best pulak. Alhamdulillah setiap kali open oder paling sikit dalam 70 bungkus. Botok-botok ni tahan 2 hari tak basi sebab rempah dimasak dulu.
Baik, seperti yang dijanjikan ini resepi yang diturunkan dari emak saya (puan Salinah) 67 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat.
Pes atau Rempah Botok-Botok
Bahan-Bahan:
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit
Lada kering
Buah keras (nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah)
Udang geragau/belacan((nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah) klu letak belacan atau udang geragau rasa lagi ummp) cuma kalau ibu bersalin tak boleh nak makan pulak
Bawang merah
Bawang putih
Kari ikan
Kerisik
Daun kesum
*(Saya dah terbiasa buat pes dalam kuantiti yang agak banyak, anggaran dalam 100 bungkus botok-botok,jadi semua bahan-bahan kena banyak )
Contoh :
Kari ikan sekilo
Kerisik sekilo
Serai hampir 20 batang
Lengkuas dalam sekilo lebih
Cili kering (campur pedas dan tak pedas ) sekilo
Daun kesum setengah kilo
Belacan atau udang geragau RM5
Jadi semua bahan ni memang saya guna banyak. Untuk dapatkan kuantiti dalam 5 atau 10 orang bahan-bahan tu anda agak-agak iya.
Cara Membuat:
*Blender semua bahan-bahan termasuk daun kesum.
Cara saya:
1.Blender dulu Bawang merah/putih ,belacan atau udang geragau dan buah keras.
Ads
2.Tapis air, air blender jangan buang, guna untuk kita blender bahan-bahan lain. Tak cukup air kita tambah lagi. Baru blender Lada kering dan daun kesum.
3.Selepas itu baru lah serai dan lengkuas. Yang ni saya blender 2 kali sebab nak dapatkan hasil yang halus. Semua bahan-bahan dah kita kisar halus.
4. Kemudian masuk terus dalam kuali. Letak minyak sikit je.(untuk 100 bungkus saya letak dalam satu cawan teh).
5. Bila bahan-bahan dah masuk dalam kuali, masuk sekali Kari dan kerisik.
6. Kacau-kacau, letak gula dan perasa. Saya letak gula kabung warna lagi cun dan rasa lagi sedap. Kalau tak ada gula kabung tu, letak gula biasa pun dah sedap.
7. Cukup masin, manis dan sedaplah kat tekak kita. Dah siap lah tu agak-agak air dah kering sikit. Dah siap lah tu. Pes botok-botok siap untuk di botok-botok kan.
Ads
*Pes kena pekat sebab tu masa blender saya guna air dari bahan-bahan yang kita blender tadi. Kalau kurang tambah air.Yang penting jangan cair sangat.
Pesanan mak saya, Daun betik di rebus dengan daun senduduk, tak ada daun betik letak daun jambu pun boleh. Tak ada semua daun tu rebus je lah. Pahit pun ubat kan.
Daun betik dan daun ubi kita celur kejap, air mendidih tu kita celup-celup je..tujuan dia nak hilangkan rasa maung daun tu. Daun-daun lain tak payah, terus je letak.
Daun-daun yang saya guna dalam botok-botok saya.
Betik
Pucuk ubi
Kaduk
Kembang semangkok
Pudding rampai
Mengkudu
Bebuas
Senduduk
Ok..tu daun-daun asas yang wajip saya letak. Kalau ada daun-daun lain yang boleh diletak, silakan.
Ads
Yang penting botok-botok ni rempah dia sedap sangat-sangat. Daun kena cukup, baru mak mertua saya sayang. Ok, dipersilakan buat ya.
Jangan kecam saya sebab tak ajar cara buat dalam kuantiti yang sikit..saya memang tak pandai. Dekat rumah kalau masak asam pedas pun dalam kuantiti lebih 10 orang. Makan dengan jiran belakang rumah sekali.
Nanti bila saya buat lagi pes saya Suh laki amik video.
Mingguan Wanita: Memang agak renyah nak buat botok-botok ni. Lebih-lebih lagi nak cari dan lengkapkan dedaun yang diperlukan. Namun rasanya memang sangatlah sedap, banyak khasiat yang tersendiri.
Perkongsian air carbo blocker dari Eiscya Isa ini membantu mak-mak kempiskan perut dan mengatasi masalah perut buncit. Masalah perut buncit ini sememangnya boleh buat mak-mak dalam dilema yang tak berkesudahan. Sebab apa, orang akan asyik sangkakan mak-mak ini mengandung. Puaslah nanti nak menjawab pertanyaan orang.
Satu hal lagi, nak hilangkan perut buncit ini bukan senang tau. Lagi-lagi mak yang bersalin caesarean. Kalau dah langgar pantang minum ais sebelum lepas tempoh berpantang 2 tahun itu, memang susahlah nak kempis macam sebelum-sebelumnya.
Kata Eiscya, “Perut macam PREGNANT 9 BULAN dah takda dengan amalkan minum Air Miss Kerengga atau Eiscya panggil air carbo blocker. Nak tau kenapa? Baca dekat bawah k.”
“Eiscya tahu ramai yang ada masalah pregnant tapi bersalinnya idok a.k.a perut buncit lah kan. Jangan risau. Ni la jalan penyelesaiannya.
Air ni sememangnya akan membuatkan lelamak anda menangis Dan juga menyebabkan anda terpaksa beli baju baru sebab nanti semua baju mak-mak longgar.
So raya ni boleh lah korang semua jadi miss kerengga.
Ini merupakan petua yang diperturunkan pyoor dari Thailand. Kalau mak-mak perasan tengok badan wanita Thailand rata-rata cikeding kurus, kulit pun cantik je kan?
Salah satu rahsia diorang ada lah air ni la. Air yang kekalkan badan diorang kurus dan kulit yang cantik.
Bahan-bahan Air Carbo Blocker
Asam gelugur (5 ke 8 keping) / Eiscya Guna sikit sebab asam habis malas nak pi beli.
Gula melaka
Daun pandan(simpul atau koyakkan )
Air 4 gelas
Amalkan minum sebelum makan. Minum suam-suam atau sejuk. Yang suam lebih bagus
Ini Sebab Dipanggil Air Carbo Blocker
Khasiat Asam Gelugur
Mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta sebatian penting seperti:
●hydroxyl citric acid (HCA),
●serat
●hidroksi sitrik
●flavonoid
●asid askorbat(cantikan kulit)
●asid tartarat
Semua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikan kulit dan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat membantu mengurangkan nafsu makan serta mencegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.
Maksudnye kalau mak-mak minum air ni, badan takkan serap lemak degil atau lemak degil takkan buat meeting dalam badan. Itu dalam bahasa mudahnyer.
Best kan? Makan tapi lemak degil tak stay.
Haa sebab tu Eiscya panggil as air carbo blocker.. dah clear?
Manfaat Gula Melaka
●mngandungi pelbagai vitamin Dan bagus untuk antioksidan.
●rendah glisemik indeks
Daun Pandan
●hilangkan bau badan
●anti oksidan
●menghilangkan lenguh2 badan
Nota : Ingat! Kalau nak cantik, nak kurus, mak-mak mesti makan the real food. Bukan fast food.
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...