Pistachio antara jenis kekacang yang sangat berkhasiat, sedap namun agak mahal harganya. Jika ingin membuat kek atau pencuci mulut menggunakan pes atau sos pistachio memang memerlukan kos yang tinggi. Sebaiknya buat sendiri pes dan sos ini sendiri di rumah. Memang lebih menjimatkan.
Usahawan dalam bidang bakeri, Azlina Ina ini cukup bermurah hati berkongsi ilmu dan resipi homemade pes pistachio yang dibuat sendiri. Rasanya pula memang seperti beli di kedai.
Semalam ramai sangat-sangat mengadu nak buat kek viral pistachio tapi paste susah dapat mak pun merata cari susah dapat stok.
So mak buat keputusan RnD sendiri paste dia sebab kalau dapat pun mahalnya meninggal weh 1kg je RM300++. Mak cuba RnD paste sendiri sekurang-kurangnya buat sendiri 1kg jimat RM200.
Bila mak pos resepi semua tak dapat buat sebab kos mahal sangat-sangat lagi-lagi paste pistachio nya nak dapat pun bukan main susah.
1kg harga dia rm300++ jual sikit pun 30g RM25 tapi jarang ada repack kecik so terpaksa beli banyak dan kos tentu-tentu overload.Maka mak berdoa pada Allah mudahkan urusan otak mak RnD.
Alhamdulillah revise 3 kali je terus jadi paste homemade sendiri supaya yang berniaga jimat banyak yang nak buat makan-makan jimat kos. Insha Allah Bismillah.
Resepi Homemade Pistachio Paste & Sos Pistachio
(Kalau nak buat sikit bahagi dua ya)
Bahan-Bahan:
1kg kacang Pistachio
4 cawan minyak jagung (apa-apa cawan tak kisah)
6 sudu besar emolco pistachio (emolco ni wajib tapi lebih murah dan mudah jumpa di bakeri)
Cara Membuat:
1. Bakar kacang pistachio (tak perlu garing) dan kisar halus pakai chopper atau grinder.Lagi halus lagi pekat paste kalau untuk topping halus better dia melekat pada topping.
Ads
2. Siap blend tuang dalam bekas.
3. Tambah minyak jagung dan kacau sampai sebati.
4. Kemudian masukkan emolco pistachio sedikit demi sedikit.
Ads
*Tujuan letak emolco ni supaya bau pistachio kuat dan wangi tapi kalau tak ada emolco tetap jadi cuma bau pistachio kurang sedikit. Tapi still boleh kalau setakat untuk topping.
Kalau macam mak campur dalam cheese wajib ade kalau tak nanti tak ada bau tenggelam dengan bau dan rasa cheese).
5. Kacau lagi dan terhasil lah paste nya mudah yakmat cuma paling penting RnD sukatan dia sahaja.
Info Ekstra:
Kalau nak jadikan dia sos aiskrim atau sebagainya, double boil 1 kg white chocolate Beryls. Campurkan pasted tadi dalam coklat dan sedia untuk dihidang.
Ads
Kalau untuk campuran cheese tak perlu white chocolate sebab memang tak nak manis. Sos nak manis
Tak perlu beli produk mak cuma doakan kesihatan dan rezeki mak lebih murah aminnnn. Mak sayang semua orang.
Mingguan Wanita: Mudah rupanya nak buat pes Pistachio sendiri di rumah. Memang lebih jimatkan kos, berbanding beli di kedai bakeri. Terima kasih berkongsi resipi ini.
Avokado Tentunya mempunyai peminat yang tersendiri kerana rasanya yang lemak. Buah ini sedap dinikmati dalam bentuk jus atau pun dimasukkan ke dalam salad.
Kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah ini membuatkan ia makin digemari ramai. Bahkan, apabila mengetahui khasiat yang terkandung di dalamnya, tentu ramai yang akan memasukkan buah ini dalam diet harian.
Avokado dan Khasiatnya
Antara kebaikan yang terdapat di dalam sebiji avokado:
Melindungi mata
Avokaco mengandung lutein dan zeaxanthin, jenis vitamin yang disebut karotenoid. Menurut info yang daripada WebMD, kedua jenis vitamin itu diketahui dapat mengatasi berbagai masalah mata. Di antaranya adalah untuk menyerap gelombang cahaya yang dapat merosakkan penglihatan.
Buah berwarna hijau ini juga mengandungi antioksidan berupa beta-karoten. Orang-orang yang makan banyak makanan yang kaya dengan jenis antioksidan ini cenderung tidak mengalami degenerasi makula berkait dengan usia. Degenerasi makula sendiri adalah penyebab utama kebutaan pada orang tua.
Bantu Kuat tulang
Separuh daripada avokado umumnya mengandungi 15 persen keperluan vitamin K harian orang dewasa. Nutrisi ini dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mencegah patah tulang. Dengan memakan makanan yang mengandungi vitamin K akan membantu meningkatkan kekuatan tulang.
Tak hanya dimakan, buah avokado juga kerap dimanfaatkan untuk menjadi masker wajah. Hal ini kerana kandungan antioksidan dan vitamin C di dalam buah berwarna hijau itu. Kedua nutrisi tersebut dapat membantu menjaga kulit terlihat awet muda dengan menghaluskan kedutan di wajah.
Bantu Menyihatkan jantung
Sebagai informasi, avokado mengandungi sterol semula jadi yang berasal daripada tumbuhan. Kandungan tersebut dikenal dengan beta-sitoterol. Menurut info yang termuat di dalam Medical News Today, memakan beta-sitoterol mampu menjaga kolesterol dalam kadar yang sihat.
Ini secara tak lansung akan membantu menjaga kesihatan jantung. Selain itu, avokado juga mengandungi kalium. Kalium sendiri diperlukan tubuh untuk bekerja secara normal, salah satunya untuk menjaga denyutan jantung agar tetap stabil.
Resipi Jus Avokado
Bahan-bahan diperlukan:
1 biji buah avocado yang masak ranum
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat
Ais secukupnya
Cara Membuat:
Ceduk buah avokado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam blender.
Masukkan pula susu segar dan susu pekat (bergantung pada tahap kemanisan yang dikehendaki)
Kisar hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu jus menjadi sedikit cair.
Tuang ke dalam gelas. Masukkan ais. Sedia dinikmati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi kopi pelaga bukan kopi sebarangan. Ada banyak khasiatnya yang perlu kita tahu. Lagipun, nak buatnya tidaklah susah pun, bahan-bahan sampingan yang mudah didapati.
Kali ini Siti Aisyah atau dikenali Kak Ice berkongsi resipi kopi pelaga yang bagus untuk wanita terutamanya selepas bersalin. Nak buat pun senang sangat. Paling penting, hidang dan bagi minum pada suami sebab kopi ini pun berkhasiat untuk lelaki.
Kalau nak tahu, kopi ini, ibu saya yang hidangkan untuk saya sepanjang tempoh berpantang.
Antara khasiat kopi pelaga ialah mengawal tekanan darah, melawaskan kencing, memberi tenaga dan memperbanyakkan susu.
Bestnya, resipi ini juga digunakan untuk merawat lelaki yang mengalami masalah mati pucuk dan ketidasuburan.
Bahan:
250ml air panas
1 sudu besar serbuk kopi Arabica/Robust – dibakar 25% sahaja
3 biji buah pelaga – disangai atau diigoreng tanpa minyak tapi jangan sampai hitam. Cukup sampai naik bau sahaja
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan hitam atau habatussauda
2 sudu besar madu lebah asli
Cara Penyediaan:
1. Campur kesemua bahan kering (kecuali madu) dengan air menggelegak. Kalau rebus pula, pastikan guna api yang kecil.
2. Kalau hanya direndam air panas, tutup kole lebih kurang 5 minit.
3. Hidangkan bersama madu lebah asli.
Khasiatnya:
1. Bagi ibu berpantang, minuman ini membantu untuk cepatkan luka bersalin/pembedahan sembuh, campurkan dengan kuning telur ayam kampung 7 hari berturut-turut.
2. Bagi lelaki yang ada masalah mati pucuk (cepat orgsm/ lemah syawat), campurkan kuning telur ayam kampung ketika waktu subur isteri. Amalkan setiap pagi. Lelaki bermasalah begini perlu pantang minuman berais, berangin dan mandi malam.
Semoga bermanfaat
Mingguan Wanita : Sekadar usaha. Mungkin cara ini boleh membantu. Mudah-mudahan.
Meriah bila tiba musim cempedak. Bau harum cempedak itu boleh buat mak-mak terkenang-kenang. Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.
Peniaga ini, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan tidak berminyak.
“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
1.Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
2. Marjerin atau minyak 3 sudu
3. Air kapur makan 2 sudu
4. Garam secukup rasa.
5. 2 cawan air suam.
6. Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Chef Shukri, Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...