
Persedian mak-mak untuk buat nasi goreng dengan lebih cepat bila masuk dapur, sediakan pes mudah ini dalam peti siap-siap.
Haaa… resepi yang dikongsikan Cikgu Rosli ini dikongsi ramai netizen sebab cara buatnya senang. Dan apa yang penting, pes nasi goreng ini dah ada bilis dalamnya. Pastilah mampu menggoda selera seisi keluarga.
Pes Nasi Goreng
1. 20 biji cili padi yang hijau, 7 biji cili besar merah ,5 biji bawang besar, selabu bawang putih. Tumbuk semua biar hancur.
2. Kemudian tumbuk ikan bilis dua gengam (ikan bilis rendam dulu nak bagi lembut baru senang tumbuk).
3. Masukkan minyak (minyak agak-agak ya), pastu masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk. Masak sampi kering dan pecah minyak.
4. Kemudian tambahkan garam. Gula (kalau suka serbuk, perasa tambah la kalau suka.
5. Pastu masak sampai elok kejadiannya. Resepi ini memang senang dan ringkas. Kepedasan ni ikut individu sebab suami saya suka pedas.
6. Bagi sejuk masukkan dalam tupawere dan simpan dalam peti. Nanti nak goreng just masukkan nasi dan sayur saja.
Siaappp!!
Ini bonus juga, boleh guna pes masakan nasi goreng untuk dijadikan menu bersahur di bulan Ramadan nanti. Selagi tak cuba tahu, selamat mengisar!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!

Isi Kandungan
ToggleComel sungguh Donut Susu Minion ni, gebu gebas macam kapas malah sampai ke malam kekal lembut. Mengambil inspirasi karakter watak dalam animasi filem minions yang sangat comel. Nak buat donut ni pun mudah.
Boleh cuba resipi dan cara buat DONUT Susu MINION seperti yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie ini sebagai panduan.
Donut Minion viral by FienazShafie – nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi. Hampa tengok video bila kak koyak dia punya tekstur lembut.
Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.
Bahan resepi Donut Minion Gebu kapas:
Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)
Bahan Uli:
1 cawan Tepung Gandum
8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1sb gula kastor
1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
1sb Majerin – guna cap pelangi je
1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base fodd colouring)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
2.Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
3.Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
4.Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).
5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).
6.Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
7.Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Macam video ni kak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing sahaja.
NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu.pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
SELAMAT MENCUBA!
Mesti Baca:Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada ‘Ring’!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Donut Gebu Gebas Red Velvet Viral, Rasanya Teramat Sedap
Artikel Menarik:DONUT SUSU Lembut Gebu, Bukan Setakat Anak Suka, Mak Ayah Berketul-Ketul Makan!
Mingguan Wanita: Boleh cuba donut minion ni pulak. Comel dan cantik warna kuning, malah gebu gebas macam kapas, kekal lembut pula sampai ke malam.
Sumber:Fienaz Shafie
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sate Nugget Ayam, Sesuai Untuk Anak Yang Gemar Makan Ayam

Isi Kandungan
ToggleAda ketika buntu nak masak apa, sebab bukan senang nak cari sajian yang sesuai dengan tekak anak-anak. Haaa… adakah anak anda peminat ayam? Apa kata ibu cuba sediakan Sate Nugget Ayam ini, perkongsian resepi dari Puan Junio Valerio Seriko…
Bahan-bahan:
300 gram daging ayam yang sudah di blender halus
10 sudu besar tepung ubi kayu/tepung sagu
1 biji telur
Sedikit daun bawang
Bawang putih yang sudah dikisar
Lada putih
Garam
Serbuk pati ayam
Cara-cara:
1. Campur semua bahan kemudian masukan tepung ubi supaya tak melekat sangat.
2. Tambah minyak masak sikit lepas itu rebus.
3. Akhir sekali, gaulkan daging telur selepas itu goreng. Campur telur dengan sikit tapioca flour yang sudah dimasukkan sedikit air supaya tak cepat hangus ketika ayam digoreng.
NOTA: Goreng guna api sederhana besar, tak boleh terlalu kecil dan jangan api besar, ya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Creampuff Kastard SEDAP Dibuat Jual Dulu, Boleh Dapat 30 Biji!

Isi Kandungan
ToggleJika suka buat pencuci mulut untuk minum petang atau ada jamuan, Creampuff Kastard ini antara kesukaan ramai dan sangat sesuai untuk dihidangkan. Rasanya yang lembut gebu, dengan ‘filling’ kastardnya yang lemak manis berkrim memang sangat sedap. Bahan-bahan yang digunakan rupanya tak banyak mana pun. Mudah dibuat malah nak buat berniaga pun boleh sangat. Satu adunan ni boleh dapat 30 biji Creampuff Kastard.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Izz Aishah ini. Resipi Creampuff Kastard sedap yang pernah dibuat jual dulu.
Dulu Jual creampuff tapi sekarang dah pencen. Harini Saja la buat , selamat skill masih ada.
Creampuff Kastard
Bahan-Bahan :
250 ml air
100 gram marjerin ( saya guna marjerin pelangi je)
125 gram tepung gandum
3 biji telur
1 sudu kecil Esen Vanilla
Nozzles * Beli Di Sini : https://invol.co/cl5l0mu
Cara Membuat :
1. Masukkan air dan marjerin dalam periuk,masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih .
2. Dah mendidih tutup api dan masukkan tepung kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk.
3. Biarkan sampai tepung suam, lepastu masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati .
4. Sapukan loyang dengan marjerin
5. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik tu,( kalau ada acuan pakai la acuan, kalau takdak pun takpa) dan susunkan kan dalam loyang jarak-jarak kan tau sebab nanti creampuff akan mengembang. Last sekali spray dengan air.
6.Bakar suhu 180c selama 35 minit.
Bahan-Bahan (Custard Filling) :
250 ml susu cair/Susu full cream
3 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan)
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat :
1.Masukkan susu,gula,tepung kastard dan esen vanilla dan buka api perlahan.
2.Masak sampai filling tu mendidih dan kental . -Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap .
3.Nak cantik boleh bubuh snow powder, takdak tak payah bubuh tu hiasan je .
**Inti dia ni kalau korang nak buat guna style lain pun boleh tau. Kita yang buat dia kan.
** Satu adunan ni boleh dapat 30 biji.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini :
TART TELUR Homemade Lagi SEDAP Dari Bakery, SENANG Jer Buatnya!
Tart Telur Kulit Paratha Resipi Paling Mudah, Telurnya Lembut Tak Cukup 2,3 Biji Bila Makan!
Resipi Cheese Tart Magnum Buncit, Puas Hati Makan Penuh Keju Selambak!
Mingguan Wanita : Mudah je rupanya nak buat creampuff Kastard ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Sesuai sangat buat untuk minum petang. Memang sedap, gebu, lembut dan lemak berkrim fillingnya.
Sumber : Izz Aishah
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI