Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa… inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je!
Petua ini dikongsikan oleh Puan Sapina Shahabudin, kalau ini gayanya, nak masak macam-macam setiap hari pun sempat. Jom semak apa bahan yang diperlukan…
Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin… Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak. Lega… Alhamdulillah.
PES IKAN BAKAR
1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
PES SAMBAL TUMIS
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Ads
PES GULAI IKAN
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
KUAH BLACK PEPPER
1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
Ads
3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)
Ads
PES NASI GORENG IKAN BILIS
1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
PES ASAM PEDAS TUMIS
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
SELAMAT MENCUBA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Apa yang membuatkan Farah terdetik mahu membuat kenyataan sedemikian? Sebenarnya, banyak benar apa yang diperkatakan Farah ini. Semua berpunca daripaa pendedahan keterlaluan gajet kepada anak-anak bawah usia 6 tahun.
Lihat Rajah Ini
Rajah di atas menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurang.
Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa.
Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
Apa Kaitan Gajet Dengan Anak Kurang Adab – Farah Lee
Moga dapat kita pulangkan anak-anak kita dalam bentuk terbaik seperti yang diberi pinjamkan Tuhan.
Menjadi ibu bapa pada zaman gajet, banyak kali saya perasan anak-anak sekarang kurang adab. Apa kaitan?
Sebab bila kurang interaction dua hala (sel-sel otak tak dapat berhubung dan akan mati begitu sahaja), mereka tak dapat develop their soft skills. Jadi kurang common sense, kurang sensitiviti, kurang communication skills.
Awal-awal mungkin kita tak perasan, kata itu personaliti atau alah budak lagi. Tapi kalau kita terus lepas tangan, kita takkan mampu patah masa ke belakang.
6 Tahun Pertama Yang Genting
Kata Farah lagi, “First 6 years sangat crucial untuk sel-sel otak berkembang dan bentuk otak yang sangat optimistik. 90% perkembangan otak berlaku pada usia 1-6 tahun.”
“Bermain, akan membina jambatan untuk sel-sel otak tersebut berhubung dan membina perkaitan antara satu sama lain thus mereka akan cepat matang dan rational, baki 10% perkembangan otak juga akan jadi sangat mudah.”
Please limit our kids screen time and LET THEM PLAY.
Kredit : playfulnotes.com
Cara Alami Mak Rangsang 5 Deria Anak
Jadi mak ayah, bolehkan kita lepaskan gajet dari tangan anak-anak kita. Dan paling penting, mak ayah pun kenalah limitkan juga handphone di tangan masing-masing.
√ Sentuh anak dengan kasih sayang, √ Lihat anak membesar dengan pandangan cinta, √ Dengar apa yang anak mahu ceritakan, √ Jangan lepas momen mencium dan menghidu enaknya bau anak (sebab besar nanti dia mungkin malu untuk diperlakukan seperti bayi), √ Masakkanlah makanan enak dan penuh cinta untuk anak-anak. Biar mereka rasa sedapnya air tangan ibu.
√ Last sekali, gunakan naluri mu wahai ibu untuk kau ketahui apakah emosi yang bermain-main di dalam hati anak-anak. Mereka mungkin tak mahu berkongsi, namun naluri ibu tak pernah salah tafsir apa yang anak sedang lalui.
Moga usaha ini mak ayah akan mengembalikan fitrah anak-anak kita di landasan yang betul, melahirkan mereka jadi insan berbudi pekerti luhur.
Tak dapat bayangkan orang lain makan dengan hidangan sedap dan mewah tapi berbeza dengan anak beranak ini yang hanya alas perut dengan nasi lauk telur masin.
Kebetulan pula, hasil telur masin itu adalah dari belaan itik milik mereka dan tiada duit untuk membeli laik lain. Buka dua mulut dengna suami tapi terpaksa menanggung anak-anak yang tidak bekerja dan mengalami masalah pembelajaran.
Inilah yang terpaksa dilalui oleh pasangan suami isteri ini. Lapan beranak dari Kampung Permatang Pusu, Melor, hanya mengharapkan wang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hiduP.
Bayangkan wang diterima ketua keluarga yang uzur, Hassan Yaakob, 78 tahun, itu dimanfaatkan sebaiknya untuk kegunaannya suami isteri serta enam anak walaupun adakalanya perlu mengikat perut.
Isterinya, Khadijah Omar, 61 tahun, berkata dengan elaun JKM itu, mereka sekeluarga perlu mencatu makanan dan hanya makan sekali atau dua kali sehari, selain menyediakan lauk yang ala kadar.
“Nasi berlaukkan telur masin sudah menjadi menu tetap kami jika tiada wang untuk membeli lauk lain.
“Mujurlah kami ada membela lapan ekor itik yang memang persediaan untuk kegunaan kami jika terputus lauk, malah ada juga penduduk kampung yang datang membeli telur,” katanya yang tinggal di rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Anak Ada Masalah Lembam
Khadijah berkata, walaupun semua anak mereka sudah dewasa dan berusia 19 tahun hingga 40 tahun, semuanya mengalami masalah pembelajaran, lembam dan tidak bekerja.
Seorang lagi anak mereka sudah berkahwin dan menetap di Pasir Mas serta bekerja sebagai tukang kebun sekolah.
“Lima daripada tujuh anak keciciran pelajaran, manakala dua lagi bersekolah di sekolah pendidikan khas iaitu Mohd Najib Hassan, 21, yang sudah tamat sekolah tahun lalu manakala yang bongsu, Nur Nazirah Ayuni Hassan, 19, masih bersekolah.
“Enam yang menetap dengan kami tidak berumahtangga dan tidak bekerja kerana selain kurang bergaul, kami juga tiada kenderaan jika ditawarkan kerja kecuali basikal yang saya gunakan untuk ke kedai runcit atau pasar,” katanya.
Khadijah berkata, ketika ini mereka juga dibebani tunggakan bil elektrik yang mencecah RM1,500 dan bimbang jika bekalan elektrik dipotong.
Terdahulu, mereka menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, diwakili Pengerusinya, Fazliyaton Daud, yang hadir menyampaikan wang zakat serta bantuan makanan asas.
Mingguan Wanita : Dugaan buat keluarga ini. Moga dipermudahkan segala urusan.
Tular dilaman sosial, rakaman video penyanyi Nubhan Ahamad dan isteri, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kelihatan sedang bertengkar mengenai kehilangan kereta.
Buat masa ini, bekas bintang Akademi Fatasia musim keenam ini mohon agar dirinya diberikan ruang untuk bertenang.
Katanya, yang enggan mengulas mengenai video tular tersebut. Sebaliknya mahu menyelesaikan dulu satu persatu masalah yang dialami. Ini untuk mengelakkan dari berlakunya keadaan yang lebih parah lagi.
Video Tular Nubhan Dan Isteri, Ada Kaitan Dengan Kehilangan Kereta
Dalam video berdurasi 2 minit 43 saat itu yang dirakam seseorang dari dalam kereta itu memperlihatkan seolah-olah pasangan itu sedang bergaduh.
“OTAK you (awak) letak kat (di) mana? Fikirlah sikit. Sekarang ini kereta hilang tau. I (saya) tak ada duit nak beli kereta tau tak?” Jerit Nubhan sambil mencengkam kepala isterinya.
Bagaimana pun ada juga yang beranggapan, ianya sekadar sebuah lakonan.
Nubhan dan isterinya mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka kemudiannya dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
MW : Jika benar ia berkaitan kehilangan kereta, semoga urusan Nubhan dan isteri dipermudahkanNya.