Mak-mak memang suka kalau ada rahsia buat pes masak macam ini, sebab kerja di dapur akan jadi lebih mudah dan jimat masa untuk buat benda lain.
Nah, kalau nak cepat mak-mak boleh ikut petua masakan yang dikongsi oleh Puan Sitinorokiah Omar ini.
Pes Masakan
Ramai yang tanya bahan-bahan untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni saya kongsi. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan, dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan.
Pes Tom Yam
Bahan-bahan:
Tomato 5 biji
Bawang besar 5 biji
Cili api 3 bijik
Cili kering 5 bijik
Lada besar 5,6 biji
Serai 10 batang
Lengkuas 2 inci
Daun limau purut 5,6 helai
Belacan seinci pastu bakar
Udang kering dlm 10-15 ekor
Cara masak
1. Blend je semua sekali pastu tumis dalam minyak (letak lebih sikit untuk pes tahan lama).
2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap.
3. Masukkan dalam bekas kecil-kecil dan bekukan.
4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
Pes gulai
Bahan- bahan:
Bunga lawang 5 kuntum
Buah pelaga 10-15 biji
Kayu manis 2,3 batang
Cengkih 7,8 biji
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Lengkuas 2 inci
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Lada giling satu plastik
Rempah gulai 10 sudu
Kerisik
Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
Ads
Cara memasak
1. Panas minyak,tumiskan lada giling.
2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, bagi mati air dulu lepas tu ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka, garam , gula, asam gelugur.
Pes kari
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 10 biji
Kayu manis 2,3 batang
Rempah kari 10 sudu
Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
Cara masak
1. Tumis rempah 3 beradik.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
3. Beku kan.
4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam, gula.
Ads
Pes kurma
Bahan-bahan:
Buah pelaga 10 biji
Bunga lawang 5 kuntum
Kayu manis 2, 3 batang
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Rempah kurma 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
Cara masak
1. Tumiskan rempah 3 beradik.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang, tomato, garam,gula, asam keping.
Pes sup
Bahan-bahan:
Ads
Bunga lawang 5 biji
Cengkih 7 kuntum
Kayu manis 2,3 batang
Buah pelaga 10 biji
Lada hitam
Bawang besar 5 bijik
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Rempah sup 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
Cara masak
1. Tumus rempah 4 beradik.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam, gula, kentang.
Pes masak merah
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Lada giling sebungkus
Kisar semua sekali kecuali lada giling
Cara masak:
1. Tumiskan lada giling.
2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yang nak dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan, masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sangat masa kat dapur. Tambah lagi kl ayam, daging dan bersihkan siap-siap, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak kalau si kecik tak kacau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka bayi yang masih kecil dan baru sahaja berusia 40 hari mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.
Satu keajaiban dalam bidang perubatan dan kes yang sangat jarang berlaku direkodkan di daerah Motihari, negeri Bihar, India apabila janin ditemui membesar di dalam perut seorang bayi berusia 40 hari, lapor agensi berita Asean News International (ANI).
Masalah Kembung Perut
Bayi itu pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk menerima rawatan kerana disangka mengalami masalah kembung perut dan tidak dapat membuang air kecil dengan lancar.
Bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut, pakar kesihatan Pusat Perubatan Rahmania, Dr. Tabrez Aziz melakukan ujian Imbasan tomografi berkomputer (CT).
Janin Membesar Dalam Perut
Keputusan ujian imbasan itu mengejutkan semua pihak apabila terdapat janin lain sedang membesar di dalam perut bayi itu.
Beliau berkata, kes seperti itu sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam setiap lima juta pesakit.
“Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah terbongkar di mana janin dilihat membesar di dalam perut bayi berusia 40 hari.
“Ia dipanggil fetus di dalam fetus. Bayi itu telah menjalani pembedahan membuang janin dan berada dalam keadaan stabil,” kata Tabrez.
Mingguan Wanita: Tak sangka wujud kes perubatan sebegini. Bayi yang masih kecil baru berusia 40 hari, mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.
Intan Saleh selamat bernikah kali kedua. Tahniah diucapkan buat Intan Liana Saleh yang telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Aizam Yahya.
Selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal, Intan yang merupakan bekas isteri kepada pemuzik yang dikenali sebagai Ude Wahid telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang sudah berstatus isteri.
Ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki, Arish Muqri dan Ariq Muqri ini juga kelihatan begitu sebak tatkala suaminya Aizam menyarungkan cincin kepadanya.
Intan Saleh Selamat Bernikah Kali Kedua
Menerusi perkongsian sebuah video menerusi akaun rasmi Instagramnya, Intan telah sah menjadi isteri kepada Aizam dengan sekali lafaz pada Isnin, 20 Disember 2021.
Malah Intan yang kelihatan begitu berseri-seri dengan persalinan baju pengantin, mengalirkan airmata sebak disaat Aizam menyarungkan cincin kepadanya.
Menerusi ruangan kapsyen hantaran susulan di Instagram, Intan juga berharap agar perkahwinan kali kedua ini akan kekal hingga ke syurga.
“With my whole heart for my whole life!
“InsyaAllah… tak banyak yang ku pinta hanya kekal hingga ke syurga,” luah Intan.
Malah hantaran terbaru di Instagram juga Intan turut berkongsi rasa hatinya yang bersyukur dengan takdir Allah dapat bersatu dengan suami.
“Yang dihadapan belum diketahui, yang dibelakang sudah di lalui, yang penting sekarang harus ditempuhi.
“Dengan takdir jika Allah menginginkan dua hati untuk bersatu,
“Maka Allah akan mengerakkan keduanya, bukan hanya satu,” luah Intan.
Kesabaran ada batasnya, berhati-hatilah dalam berkata-kata jangan sampai menghina dan menyakitkan hati orang lain.Bila hati dah sakit dan geram, macam-macam perkara boleh dilakukan sehingga sanggup meracun dan membunuh ahli keluarga sendiri!
Memetik laporan Hindustan Times, akibat tidak tahan sering dihina kerana tidak pandai memasak, seorang wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.
Guna Racun Ular
Dalam kejadian di daerah Raigad, tertuduh didakwa mencampurkan sejenis racun untuk membunuh ular ke dalam kuah dal yang dihidangkan kepada tetamu. Menurut pihak polis, tertuduh, Pradnya Survase, 23 tahun, sering dihina oleh keluarganya kerana warna kulitnya dan tidak pandai memasak.
Sehubungan itu, polis juga berkata, Survase mempunyai niat untuk membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang birasnya yang sering melontarkan kata-kata hinaan hampir setiap hari.
“Sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.
“Survase yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya mempercayai saudara mara beliau juga telah merosakkan hubungannya dengan suami,” kata jurucakap polis kepada Hindustan Times.
Dianggarkan 120 orang tetamu hadir ke majlis berkenaan yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, lapor media tempatan. Bagaimanapun, tetamu lain yang menikmati makanan pada majlis itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian dan sedang dirawat di hospital.
Ujian forensik mendedahkan racun tersebut wujud di dalam kuah dal berkenaan dan racun itu dijumpai berhampiran rumah mangsa. Survase didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.
Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran, jangan suka sangat jadi makcik pakcik ‘bawang’, yang menyakitkan hati orang lain dalam berkata-kata. Bagi yang bergelar ibu mertua, kakak ipar, adik ipar mahupun biras, jagalah hubungan dan ikatan kekeluargaan. Jika tidak ada perkara yang perlu diperkatakan, adalah lebih baik diam daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...