Resepi asam pedas ini bermacam cara membuatnya. Belah Johor dan Melaka memang terkenal dengan asam pedasnya yang power lagi meletup rasanya. Jadi bila ada resepi nak buat pes asam pedas Johor ini, silalah simpan siap-siap dalam phone masing-masing ya mak-mak.
Sebabnya resepi yang Tengku RosElyza Raja Muhammad ini kongsikan memang terbaik dan sedap. Tengok rempah dan herba yang digunakan pun kita dah tahu, hasilnya nanti enaknya macam mana.
Kata Tengku RosElyza cinta hatinya cukup suka dengan masakan asam pedas dari air tangannya. “Kena masak selalu, kalau tak nanti dia mesti akan cakap dah lama sayang tak masak asam pedas. Padahal kita baru masak minggu lepas tau.”
Resepi yang beliau kongsikan ini pedas sampai boleh mengundang linangan air mata.
“Ni asam pedas Johor dari air tangan MekZa. Menu yang wajib ada setiap minggu. Boleh kata Za memang expert masak menu ni.
Baca Sini : Belajar Cara Buat Pes Tom Yam Homemade, Serius Rasa Sama Macam Dekat Restoran Johny
Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Johor
2 biji bawang merah besar (blender)
4 ulas bawang putih (blender)
1 1/2 inci halia (blender)
1 inci kunyit hidup (blender)
1 senduk penuh cili kering blender
Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing. Tak letak pun tak apa. Masukkan dalam bahan blender)
ikan apa-apa je pun boleh
1 sudu kecil lada hitam (blender)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum Bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
Cara-caranya
Panaskan minyak masukkan bahan blender tadi, tumis sampai naik bau.
Masukkan cili kering blender, tumis sampai pecah minyak.
Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu sampai didih.
Masukkan bunga kantan / daun kesum.
Masak sampi naik bau.
Last sekali baru masukkan 1 ekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.
Sebagai hiasan:
√ Tambah bendi dan tomato.
√ Jika kuat pekat tambahkan dengan sedikit air.
Jadikan Pes Asam Pedas, Jimatkan Masa Memasak
Resepi asam pedas power orang Johor yang dikongsikan ini akan hasilkan kuah asam pedas yang padu. Buat mak-mak yang selalu kesuntukan masa tapi dalam masa yang sama nak mencuba resepi ini setiap minggu, boleh cuba cara ini.
Jadikan kuah asam pedas ini dalam bentuk pes. Caranya mudah saja. Mak-mak cuma perlu ikuti cara masak kuah asam pedas seperti yang diterangkan di atas. Tapi sampai langkah ke-5 saja.
Memandangkan asam jawa pekat digunakan, mak-mak akan dapat kuah yang pekat. Jangan tambahkan air. Nanti sejukkan. Sebaik sejuk boleh masukkan bekas dan bekukan.
Bila nak menikmatinya boleh tumis semula dan masukkan apa-apa jenis ikan, bendi atau tomato. Kalau kuah pekat, tambahkanlah air.
Sumber/Foto : Tengku RosElyza Raja Muhammad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI