Perut membesar tapi berat badan menurun membuatkan ibu ini risau dengan keadaan perutnya yang makin membengkak seperti mengandung.
Ternyata perutnya bukan sekadar membesar tetapi membuatkan empunya badan berasa tidak selesa dan sesungguhnya risau dengan perubahan mendadak yang dilalui.
Keadaan perut semakin membesar seperti sarat mengandung menimbulkan kerisauan kepada Nur Nisah Husin selain berat badan menurun kepada 35 kilogram (kg) berbanding 53 kg, sebelum ini.
Nur Nisah, 51, berkata dia menyedari perutnya membengkak pada awal tahun lalu, namun menganggap ia hanya gastrik dan tanggapan itu juga disahkan oleh doktor termasuk tukang urut.
Baca Juga Di Sini:
Mengadu Sakit Selepas Pembedahan Doktor Tak Percaya, Rupanya Ada Gunting Dalam Perut
‘Maafkan Ibu Sayang’, Ibu Ini Kongsikan Bahaya Perut Mengeras Ketika Mengandung, Sila Alert!
“Bagaimanapun bermula April lalu, keadaan perut saya semakin membesar, tetapi tidak berasa sakit cuma sesekali rasa tegang dan seakan sesuatu timbul di pangkal ari-ari.
“Sepanjang sebulan sejak perubahan mendadak itu, saya hanya terlantar dan tiada selera makan, jika bangkit sekalipun hanya untuk solat sahaja,” katanya.
Terdahulu, Nur Nisah menerima kunjungan Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed untuk menyampaikan sumbangan zakat dan barangan dapur.
Nur Nisah berkata, dia turut berjumpa dengan bidan kampung berhubung keadaan perutnya, tetapi diberitahu mungkin disebabkan peranakan bengkak dan angin medu.
“Bulan hadapan saya ada temujanji di hospital untuk menjalani rawatan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan berharap tiada apa-apa yang serius,” kata ibu kepada tiga anak itu.
Menurutnya, dia kini mengharapkan suami A Rahman Salikan, 51, dan tiga anaknya untuk melakukan kerja rumah kerana keadaannya dirinya tidak berdaya.
Katanya, keluarganya juga diuji apabila anak kedua Muhammad Mikael Mizbani, 17, yang menghidap kanser tulang menyebabkan kaki kanannya dipotong sehingga ke paras pangkal paha pada Mei tahun lalu.
Sementara itu, Muhammad Mikael berkata, dia yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bimbang kerana tidak membuat persediaan.
Menurutnya, ini kerana dia langsung tidak dapat bersekolah pada tahun lalu, manakala hanya beberapa hari sahaja sempat menjejakkan kaki ke sekolah, tahun ini.
“Saya bercita-cita menjadi atlet, tapi memandangkan melihat keadaan diri sudah pasti impian berkubur, namun saya akan tebus kejayaan menerusi akademik,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga penyakit Nur Nisah dapat dikenalpasti dengan segera. Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nur Nisah di talian 019-7498560.
Sumber : myMetro
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial