
Isi Kandungan
ToggleRupanya guna serbuk jintan putih, antara petua berkesan yang selalu digunakan oleh orang Arab dalam mengatasi masalah perut kembung. Bukan apa bila perut kembung, keras dan rasa asyik nak muntah memang membuatkan kita tak selesa. Walaupun dah makan ubat, masih tak berkesan juga.
Boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Emma Wan Noordin sebagai panduan.
Pernah tak kena bloated stomach sampai makan gaviscon dan ubat gastric pun tak jalan.Asyik nak muntah dan perut keras macam batu?
Ni my husband bagitau petua yang orang arab selalu guna kalau ada masalah perut kembung.
#petua perut kembung orang dewasa
Bahan-Bahan:
1 cawan air
1 sudu besar serbuk cumin @ jintan putih
Lemon
Cara Membuat:
1. Masak selama 5 minit.
2. Kemudian tapis airnya dan masukkan ke dalam cawan.
3. Perah lemon sebelum minum.
After that sure perut akan lembut dan tak rasa keras dah.
Cubalah! Cumin memang elok untuk perut.
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Air Rebusan Halba & Longan Kering, Cara Mudah & Berkesan Untuk Tambah Susu Badan

“Macam Magik” Minum Air Rendaman ASAM KEPING, Terus Hilang Pening Migrain
Petua Orang Arab Atasi Kelemumur, Rambut Gugur & Berminyak Guna Cengkih
Mingguan Wanita: Jika ada masalah kembung perut, boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Guna serbuk jintan putih dan sedikit perahan lemon. Terbukti keberkesanannya dalam mengatasi masalah perut kembung.
Sumber: Emma Wan Noordin
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buah Tembikai Banyak Khasiat Untuk Lelaki, Bantu Tingkatkan ‘Kekuatan’ Stamina Tubuh

Isi Kandungan
ToggleBuah tembikai banyak khasiatnya untuk kaum lelaki jika diamalkan dalam diet harian. Berita baik untuk kaum lelaki, makan buah tembikai mampu meningkatkan kekuatan stamina tubuh.
Melalui perkongsian Dr Suri Roowi beliau berkongsi tentang khasiat buah tembikai untuk kesihatan. Paling penting, buah tembikai juga sangat elok diamalkan oleh kaum lelaki. Nak tahu apa kebaikannya pada kaum lelaki? Berikut penjelasan yang diberikan saintis ini.
Buah Tembikai Banyak Khasiat Untuk Lelaki
INFO TENTANG BUAH TEMBIKAI:
*Buah yang dikenali dengan nama saintifiknya citrullus lunatus ini mempunyai vitamin C yang tinggi, vitamin A dan banyak sebatian tumbuhan yang menyihatkan.
*Buah tembikai bukan setakat menyegarkan tubuh tetapi juga baik untuk kesihatan. Secawan jus buah tembikai mengandungi hanya 46 kalori. Bagi mendapatkan khasiat tembikai, makanlah buah tembikai yang segar.
*Jika mahu meminum jus yang dihasilkan daripada buah tembikai, jangan pula menambah pemanis atau gula ke dalamnya. Amalkan pengambilan buah tembikai dalam pemakanan seharian kerana banyak khasiatnya untuk tubuh.
MAKAN TEMBIKAI ATASI SAKIT BADAN DAN OTOT?
Meminum jus tembikai boleh memulihkan sakit otot selepas bekerja. Ini kerana tembikai boleh menambah air dalam badan dan kaya dengan asid amino L-citrulline.
Bantu Tingkatkan ‘Kekuatan’ Stamina Tubuh
Asid amino L-citrulline bertindak sebagai antioksidan. Bahan ini akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu kendurkan salur darah dan memperbaiki peredaran darah.
Bahan ‘L-citrulline’ juga boleh bantu meningkatkan stamina ‘kekuatan’ lelaki dan ‘erectile function.’
L-Citruline lebih tinggi dalam tembikai kuning (isi dan kulit) berbanding tembikai merah. Terdapat juga kajian menunjukkan jus tembikai boleh kurangkan sakit dan kerosakan otot selepas bersenam.
Kajian yang melibatkan 7 atlit mendapati meminum 500 ml jus tembikai dapat mengurangkan sakit otot 24 jam selepas bersenam.
Bagaimanapun, tembikai mempunyai GI yang agak tinggi. Sumber tinggi GI kurang sesuai untuk pesakit diabetis.
Kajian antarabangsa menunjukkan tembikai mempunyai index glisemik (GI) 72, namun kajian universiti tempatan mendapati GI tembikai hanya 55.
Menurut sumber boldsky.com, biji tembikai mempunyai manfaat yang sangat besar dan mampu menyembuhkan penyakit seperti masalah jantung dan batu karang. Tidak beracun dan tidak berbahaya buat tubuh badan manusia, siapa sangka sebenarnya biji tembikai itu boleh dimakan, dikunyah dan ditelan.
Ketahui kebaikan mengamal pengambilan biji tembikiai sebelum anda mempraktikkannya.
1. Galak Kesihatan Jantung
Menurut sebuah kajian yang dijalankan, magnesium dalam biji tembikai berfaedah untuk menggalak jantung untuk berfungsi secara normal. bukan itu sahaja ia juga melancarkan tekanan darah.
2. Baik Pulih Kesuburan Lelaki
Ha, pada lelaki kat luar sana tu kalau korang takut ada masalah kesuburan atau memang ada masalah kesuburan, boleh mula makan biji tembikai ni. Kadar zat besi yang terkandung dalam tembikai akan bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalur kesuburan lelaki sekaligus meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.
3.Penawar Diabetes
Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Iran, biji tembikai bisa menjadi penawar diabetes terbaik bahkan ekstrak nya juga boleh dikira mampu mengurangkan kadar glukos plasma.
4.Bantu Cerdaskan Mental
Kekurangan magnesium dalam badan sering dikaitkan dengan risiko Alzheimer (naynyok). Oleh itu, biji tembikai yang kaya dengan pelbagai vitamin termasuk magnesium akan memperkukuh kecerdasan otak, kekuatan memori dan mental.
5.Kuatkan Akar Rambut
Magnesium sangat penting untuk pertumbuhan rambut jadi untuk mengelakkan keguguran rambut lebih banyak, mengambil makanna yang penuh dengan khasiat magnesium seperti biji tembikai memang memantu.

6.Baiki Permukaan & Tekstur Kulit
Jangan tak tahu, magnesium dalam biji tembikai boleh memulih masalah kemerahan pada kulit. Ia juga akan membersihkan kulit termasuk mengawal penuaan serta membaiki keadaan kulit yang terjejas.
Sesiapa yang ada eksema juga bagus mengamalkan pengambilan biji tembikai kerana masalah utama wujudnya ekzema adalah kerana badan kekurangan magnesium.
Cara Makan Biji Tembikai
Minuman Teh: Guna empat sudu besar biji tembikai dan kisar halus. Kemudian, didihkan 8 cawan air putih, sebelum menuangkan air yang sudah dididih ke dalam gelas yang dipenuhi biji tembikai kisar. Biar ia bercampur selama 10 hingga 15 minit sebelum tapiskan sisa biji tembikai dan minum begitu sahaja seperti teh.
Snek Panggang: Basuh biji tembikai dan keringkan. Taburkan biji tembikai di atas kuali kemudian curahkan beberapa titis minyak zaitun serta sedikit garam. Sangai biji tembikai sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Siap!
Bagaimanapun makan terlalu banyak tembikai pula boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, kembung perut dan cirit-birit.
Kesimpulannya makanlah berpada-pada. Apa-apa jua makanan yang dimakan secara berlebihan pasti akan mendatangkan kemudharatan.
Sumber: Dr Suri Roowi
Artikel berkaitan: Cara Tanam Pokok Tembikai Di Rumah, Semai Dulu Biji Dalam Tisu Basah
Uncle Cina Ajar Ini Caranya Pilih Buah Tembikai Manis, Merah Cantik!
TIGA Jenis Buah Tembikai Ini Khasiatnya TERBAIK, Sedap Tidak Terkata!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Strategi Hilangkan Tekanan, Single Atau Mak-mak Ada Anak Patut Cuba!

Isi Kandungan
ToggleTekanan. Apa sahaja kerja yang kita lakukan sudah pasti akan membawa kepada tekanan. Wanita berkerjaya mahupun ibu rumahtangga sudah pasti akan mencari jalan untuk hilangkan tekanan tetapi dengan cara berbeza.
Tipulah kalau ada yang mengaku dirinya tidak mengalami stress. Kita memang tidak dapat lari daripada mengalami stress. Tetapi bagaimana kita menghadapinya, semuanya itu perlukan usaha kita sendiri.
Jika anda mengalami tekanan, cubalah strategi ini bagi menghentikannya secepat mungkin.
1- Cari keluarga atau sahabat dan nikmati masa bersama
Mudah tapi ramai yang lupa yang cara ni sangat membantu. Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika masih mempunyai ibu dan ayah, ziarah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan tekanan hidup melainkan dengar suara orang tersayang.
2-Lakukan aktiviti luar
Menghabiskan masa di luar dikaitkan dengan hidup lebih sejahtera. Tidak kiralah anda keluar berjalan di kawasan sekeliling rumah atau melakukan aktiviti aktif seperti hiking dan sebagainya boleh memberikan perbezaan kepada apa yang anda rasa setiap hari.
3-Senyum dengan ikhlas.
Ketika rasa tertekan, apa yang boleh anda buat adalah senyum dengan ikhlas. Sebabnya apabila anda senyum, ia mampu mengurangkan tindakbalas tubuh terhadap stress. Walaupun ketika itu anda tidak berasa gembira. Senyum dikatakan mampu membantu merendahkan kadar jantung sebaik keadaan yang memberi tekanan itu berakhir.
4-Membaca Al-Quran
Mulakan permulaan hari dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Anda juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
5-Dengar muzik
Bukan lagu bising, tetapi lagu yang tenangkan emosi. Lagi best kalau dengar waktu
6-Latih semula pernafasan
Fokus pada pernafasan mampu mengekang tubuh terhadap reaksi ‘menentang atau melarikan’ daripada tekanan atau ketakutan. Ia juga menarik perhatian anda daripada fikiran negatif. Bernafas perlahan melalui hidung, pastikan dada dan bahagian bawah perut naik dan perut mengembang. Hembus nafas dengan perlahan-lahan. Ulang ayat atau perkataan yang boleh membantu anda bertenang. Bagi mendapat kebaikan sepenuhnya, ulang proses ini sekurang-kurangnya 10 minit.
7-Berbuat baik pada diri sendiri
Kita seringkali mempunyai pelbagai perkara yang difikirkan. Kadangkala apa yang kita beritahu pada diri sendiri itu bukannya perkara yang baik. Kekal positif dan bercakap dengan diri sendiri akan membantu diri bertenang. Sebagai contohnya anda boleh cakap pada diri ‘ segala-galanya akan ok’ atau ‘ aku akan fikir bagaimana untuk menguruskan perkara ini’.

8-Catat perkara yang buat anda tertekan
Menulis apa yang anda fikir boleh menjadi satu luahan emosi yang baik. Sebaik anda menulis apa yang membuatkan anda tertekan, anda boleh memulakan pelan bagaimana untuk menyelesaikannya. Tidak kiralah anda menulis di atas kertas, buku nota, dalam telefon atau dalam fail komputer anda. Perkara penting adalah anda jujur dengan perasaan yang dialami.
9-Cerita pada rakan
Apabila anda rasa terlampau tertekan, carilah rakan atau orang yang anda sayang yang boleh mendengar masalah anda. Diharapkan rakan atau orang yang anda sayang ini mampu mengurangkan rasa tertekan. Jangan harapkan jawapan atau jalan penyelesaian sebaiknya luahkan apa yang anda rasa beri tekanan itu kerana meluahkan itu lebih penting daripada mencari penyelesaian.
10-Mula bersenam
Kalau boleh keluar jogging sambil cuci mata tengok ciptaan Allah. Kadang buat cara ini pun cukup membantu nak buang rasa tekanan dalam diri. Sebab sebaik sahaja bersenam, ia akan membantu mood, memberi ketenangan dan mengurangkan rasa tertekan. Carilah aktiviti senaman yang anda suka.
Haaa… pilihlah salah satu cara di atas. Tidak semua stress itu teruk. Kalau ikukan mengejar deadlines, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.
Namun, kita tak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa. Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak kita akan burn out.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua ‘Glowing’, Guna Skrub Tomato Atasi Masalah Jerawat & Lambatkan KEDUTAN KULIT Muka

Skrub tomato. Bila dah berusia, kita tak boleh lari dari kedutan, lubang pori terbuka dan ada juga yang tumbuh jeragat dan jerawat. Produk kecantikan yang mahal pun belum tentu mampu menyelesaikan masalah kulit yang kita hadapi.
Kadang-kadang tak perlu nak berhabis duit untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Cuma guna bahan dapur saja dah cukup. Begitu juga dengan skrub tomato, ia sangat bagus untuk rawatan kulit muka.
Perkongsian queendalisyarin dalam video tiktoknya untuk dapatkan kulit glowing dengan hanya skrub tomato. Usianya sudah mencecah 40 an tetapi kulitnya masih tiada kedutan dengan hanya guna dua bahan dapur ini saja.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Kulit Cantik, Licin Tanpa Jerawat, Pakai Masker Tomato SIANG HARI, MALAM Masker Timun
Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Wajah Jadi Cantik, Cerah & Licin Guna Ais Kiub Tomato
Skrub Tomato, Lambatkan Kedutan & Kulit Glowing
Nak kulit glowing hanya guna 2 bahan dari dapur rumah kita saja iaitu tomato dan gula (boleh guna gula putih atau perang).
Bahan-bahan:
Tomato – potong dua
Gula perang @ putih
Caranya:
1. Tekapkan tomato yang dipotong tadi dengan gula perang.
2. Kemudian, sapukan pada seluruh kulit muka.
3. Tenyeh/gosok saja lebih kurang 10 minit.
4. Selepas itu basuh dengan air bersih.
Tip: Boleh lakukan rutin ini setiap 2-3 kali seminggu.
Hasilnya: Ia membantu untuk mengatasi masalah jerawat, cerahkan kulit, menutup dan kecutkan lian pori terbuka dan menanggalkan kulit mati.
Paling menarik, ia membantu untuk melewatkan kedutan yang ada pada kulit muka.

Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Cara mudah dan senang untuk dapatkan kulit glowing.
Sumber: queendalisyarin (tiktok)
@queendalisyarina76 #fyp #tipskecantikan #petua #jerawatan #jeragat #bffskincare ♬ original sound – queendalisyarina (2) – Queendalisyarina
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI