Perut Buncit Macam Wanita Mengandung, Kedua-Dua Ovari & Rahim Dibuang Berpunca Ketulan Cyst Merbahaya

Share

Gerun memikirkan apabila kedua-dua ovari dan rahim wanita ini terpaksa dibuang berpunca daripada ketulan cyst merbahaya. Bagi wanita yang menghidap cyst tidak merbahaya, ia tidak membesar dan boleh hilang dengan sendirinya. Namun bagi yang alami cyst berbahaya ia boleh terus membesar dan mengancam nyawa, malah mengakibatkan kanser.

Berikut merupakan perkongsian pengalaman oleh Hety Ezleen sebagai rujukan;

“Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tau yang saya ada cyst.. apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya.. mana tahu dapat membantu awak, rakan-rakan awak, atau saudara mara awak yang senasib seperti saya sebelum terlambat.”

Antara Simptomnya:

1.Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat, Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.

2.Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun saya tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan-jalan. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. Then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.Bayangkanlah penderitaan ini.Ini kerana cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.

3.Kadang-kadang sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yang teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini kerana faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.

4.Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung. (perut saya seperti wanita mengandung 4 bulan). Ia tak sakit kerana dalam perut mengandungi air.Doc kata cyst tu yang keluarkan air tersebut.

5.Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.

6.Kadang-kadang pening kepala.. tak selalu..

7.Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang-kadang ketulan cyst tu timbul pada perut.Saya boleh nampak kedudukan cyst tu dengan mata sendiri.Bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.Seram pulak, tapi tak bagitahu dengan sesiapa sebab takut.

Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular.. untuk orang lain saya tak pasti, kerana hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada ‘dia’ aktif atau tidak je..

Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang-orang).

Kronologi Pemeriksaan

14 FEB 2018

Saya pergi ke Klinik sakit puan.Doc India tu buat ultrasound tengok apa yang ada dalam perut.. doc tak nampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air. Then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser!! tergamam sebentar dengar kata-kata doc tu.(dapat gambar scan dalam perut..BAYARAN RM60).

Tak puas hati dengan result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bagitau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dengan rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni memang nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil-kebil.Then, kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai untuk buat ujian CT Scan.. (dapat gambar dalam perut.. BAYARAN FREE sebab kakak ipar)

15 FEB 2018

Pergi Hospital Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.(BAYARAN RM1110.45)

Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dari result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram (BAYARAN free sebab kakak ipar)

20 FEB 2018

Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yang kakak ipar tulis tu.Doc Lim terus buat ultrasound kat perut dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yang ada dalam perut.. doc kata banyaknya air!! doc Lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dengar perkataan ‘cancer’ tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.(BAYARAN RM1024.50)

21 FEB 2018

Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yang buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml dan result yang saya dapat.. jumlah dia 721ml sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini cancer.

Automatik air mata mengalir depan doc Lim.Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yang besar dan tebal!! uarghhh sakit.. Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian.. air dalam perut warna merah sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer.Saya menangis dan terus menangis(BAYARAN RM951.25).

Air dalam perut saya yg buncit tu warna merah!! Cyst tu yg keluarkan air..Doc kata cyst yg biasa air bewarna jernih atau kuning-kuning cair.. tapi air cyst dalam perut saya warna merah.. aduhh seram pulak.Ni la salah satu faktor doc cakap cancer

 

26 FEB 2018

Appoinment lagi dengan doc lim.. Perbincangan dengan doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc.Doc cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim, saya tak boleh melahirkan anak lagi, saya akan manopous, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. Uarghhh saya menangis lagi depan doc.

Ovary cyst yang sudah dibuang.

Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai.Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pada diriku. Keluar dari bilik doc, call family dan kawan terdekat.Menangis dan terus menangis.Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doc nak perut kita kosong, tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN).

Rahim yang sudah dibuang.

27 FEB 2018 – 1 MAC 2018

Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hidu asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. Sedar-sedar, dengar suara sayup-sayup jururawat sambil tepuk-tepuk badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!!Malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pada 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.Pembedahan pun dah selamat dijalankan.

Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yang lepas bersalin ceasor.Batuk dan bersin? Sakit!! menangis okeh!!

Hari ke 4 selepas pembedahan.. dah kuat sikit, boleh bangun sendiri.. cuma tiada selera makan.. berat pula turun 3kg selepas pembedahan.. dari 46kg ke 43kg

Jangan Takut Jumpa Doktor

Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.

Saya harap dengan perkongsian saya ini dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom-simptom seperti saya. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.Tup-tup, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok.

 

Result Full Female Cancer Marker Screen, 721.1ml

 

Baca ayat conclusions di bawah sekali.. “malignancy” tu bermaksud cancer.

 

Doakan kesembuhan saya..
Doakan saya kuat..
-Hety

#ovariancyst
#fightforcancer

Semoga wanita-wanita lain, mengambil iktibar perkongsian pengalaman wanita ini. Peka lah dengan perubahan keadaan tubuh badan, jangan takut dan bersegeralah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan sebelum terlewat.

Buat wanita ini, semoga terus tabah dan diberi kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi ujian ini iya. Pasti ada hikmahnya.

Sumber: Hety Ezleen

Published by
Suhaidah Abd Wahab