Perut ‘Baby Bump’, Puteri Sarah Nafi Hamil “Sedang Bahagia. Doakan Syaikul, Sumayyah Dapat Adik “

Share

Perut ‘baby bump’, Puteri Sarah nafi hamil “sedang bahagia. Doakan syaikul, Sumayyah dapat adik “.  Heboh seketika di media sosial apabila pengguna laman sosial bercerita tentang bentuk perut pelakon Puteri Sarah yang kelihatan seperti hamil.

Sebelum itu di akaun laman sosial Instagram Puteri Sarah yang juga isteri kepada Syamsul Yusof membuat hantaran gambar yang memperlihatkan bentuk perut seolah-olah ‘baby bump’.

Komen Follow kami di TELEGRAM

, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Perut ‘Baby Bump’, Puteri Sarah Nafi Hamil

Namun pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi Harian Metro mengatakan dia tidak hamil seperti diperkatakan sebaliknya mengalami pertambahan berat badan.

“Saya tak hamil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia.

“Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.

“Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi.

“Jadi, doakan saja yang baik-baik,” luahnya.

Baca Disini : Ira Kazar Dipanggil JAWI, Puteri Sarah Lega Perjuangkan Untuk Diri & Anak-Anak “Syukurlah Usaha Keras Terus Berjalan”

Puteri Sarah NEKAD Saman “Selepas Ini, Siapa Yang Mahu

‘Menyondol’, Mungkin Lebih Berhati-hati,”

“Biar Berisi Tembam!”

Menerusi ruangan komen ibu kepada dua cahaya mata itu turut membalas komen pengikut.

“Tak nak diet nanti badan sekeping macam batang mop! Biar berisi tembam,” katanya.

“Macam Ni Pun Dah Cantik” Warganet

Menerusi ruangan komen warganet memuji kecantikan Puteri Sarah. Malah jika benar dia mengandung, mereka tumpang bahagia. Dan mendoakan kehidupan yang baik buat Puteri Sarah sekeluarga.

Mingguan Wanita :  Kalau dah cantik pakai tudung sarung pun cantik sangat.

Sumber Foto   : Instagram Puteri Sarah 

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh