Perunding Psikiatri Ini Kongsi Cara Mengendali Emosi Diri Semasa Covid19

Share

Bagaimana kita mahu mengendali emosi diri semasa menghadapi wabak Covid19? Hidup dalam wabak Covid19 ini sudah pasti memberi kesan pada emosi diri kita.

Disebabkan Covid19 juga, gaya hidup, rutin harian, tingkah laku, serta sikap manusia berubah secara mendadak dan ketara. Ada yang berasa takut, resah, bimbang dan stres dengan apa yang dihadapi.

Kita lebih fokus pada keselamatan diri dan keluarga. Bukan itu sahaja, kita perlu membiasakan diri dengan amalan mencuci tangan, memakai pelitup muka, dan menjarakkan diri sejauh satu meter dengan orang lain.

Jelas Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. Zasmani Shafiee cara-cara yang boleh dilakukan oleh seseorang itu bagi mengendali emosi diri semasa menghadap wabak Covid19.

Cara-Cara Mengendali Emosi Diri

1-“Normalise Emotions”

Beritahu diri bahawa merasai stress and anxiety, sedih, keliru, takut, dan marah adalah biasa dalam keadaan krisis sebegini.

2-Semasa Di Rumah

– teruskan gaya hidup sihat, melakukan senaman ringan tiap-tiap hari
– jaga pemakanan, tidur dan rihat secukupnya
– lebih banyak masa dan perhatian untuk anak-akan dan keluarga, merapatkan family bonding
– terus hubungan sosial dengan rakan-rakan dan keluarga melalui media sosial dan telefon
– isikan masa dengan jadual baru

3-Elak dari ambil dadah berbahaya dan alkohol

4-Dapatkan maklumat tentang wabak Covid19 daripada sumber yang sahih (WHO)

Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. Zasmani Shafiee

5-Hadkan informasi tentang kejadian negatif dan situasi Covid19 yang boleh menyebabkan anxiety keterlaluan atau overwhelming

Artikel berkaitan:
Rasa Takut, Stres & Trauma, Covid19 Beri Kesan Kesihatan Mental!
Cegah Covid-19. Elak Rawat Sendiri

Untuk info lebih menarik sila klik sini:

6-Amalkan kaedah Positive Psychology untuk membendung emosi negatif
– senaman pernafasan ringan
– re set minda bahawa kita bukan hilang kawalan, tetapi sebagai manusia kita punya had apa yang kita boleh kawal
– re set minda bahawa perlu lepaskan “Let Go” apa yang kita tidak boleh kawal, contohnya tidak perlu bertanya bilakah wabak akan pulih sepenuhnya kerana tak siapa pun tahu kecuali Pencipta kita
– kita buat apa yang kita mampu kawal seperti jaga kebersihan, praktikkan amalan sihat,batuk dan bersin dengan betul, cuci tangan”, pakai topeng muka bila keluar rumah, amalkan penjarakan fizikal satu meter, elakkan tempat ramai orang  dan tempat yang terlalu sempit kerana tiada putaran udara yang sihat. Elakkan bersalaman.

7-Dapatkan sokongan dari rakan-rakan dan keluarga, atau Crisis Help line

8-Terus kukuhkan Spiritualiti untuk kekuatan asas dalam diri.

Artikel ini sumbangan Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. Zasmani Shafiee

Baca sini lagi:
Panduan Mudah Perbezaan Antara Coronavirus & Selesema Biasa. Kita Perlu Ambil Tahu!

Published by
julie roshana Shafee