Tempoh berpantang selepas melahirkan anak merupakan waktu yang ‘agak mencabar’ bagi wanita. Pantang larang sewaktu berpantang haruslah dipatuhi dengan betul. Jangan sesekali pandang mudah dan ambil ringan sewaktu dalam tempoh berpantang ini. Silap-silap nanti boleh terkena bentan dan demam urat yang boleh mengkibatnya sakit seluruh badan dan melambatkan lagi proses pemulihan dalaman bagi wanita.
Namun jika ditakdirkan terkena bentan ketika dalam berpantang, ‘Sushi Garlic’ dikatakan mampu merawat dan atasi masalah ini.Berikut merupakan perkongsian daripada Puan Norliza Mohd Salleh yang merupakan seorang Perunding Jamu.
“Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tip untuk merawat masalah bentan.
Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.”
Ads
Bahan-bahan:
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
Ads
Cara Membuat:
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Ini cara paling senang dan cepat nak masak pulut. Tak perlukan santan pun. Tapi pulut tetap dimasak dengan lembut dan tak mentah. Perkongsian daripada Cik Puan Roza Zukri ini bakal memudahkan kerja mak-mak di dapur
Rujuk Nombor Pada Gambar
1. Basuh pulut macam biasa. Kemudian bubuh ja air banyak mana pun. Tak perlu sukat airnya. Dah tu letak ja atas dapur gas..ingat dapur gas ya, bukan periuk elektrik.
Nota: Pulut tu sebenarnya tak perlu nak rendam dulu ya.
2. Masak sampai air mendidih. Jangan biar mendidih lama-lama nanti pulut lembik. Lepas mendidih tutup api.
3. Angkat periuk buang air didihan tu.
4. Bila dah buang air didihan, masak pula dengan periuk elektrik. Jangan lupa tekan butang perituk tu. Nanti tak masak la pulut hampa tu.
Nota: Masa ini dah tak perlu bubuh air dah . Jangan pula masukkan air lagi. Nanti pulut lembik jadi macam bubur.
5. Dalam beberapa minit ja dah masak. 15 minit pun tak sampai.Dalam 10 minit macam tu ja dah masak.
Hasilnya
Memang elok, tak keras, tak mentah dan tak lembik. Lembut saja.
Kalau sarangnya cantik, tanda kek sarang semut menjadi. Lubang-lubang pada keknya buatkan kita seronok dan puas hati bila membuatnya. Tapi ada sesetengah petua yang katanya naka kena perap dulu.
Sekarang semuanya mudah, tak perlu nak bazirkan masa yang lama untuk dapatkan sarangnya cantik pada kek sarang semut. Hanya perhatikan adunan semasa membuatnya saja.
Perkongsian daripada Asmida Nor tentang cara nak buat kek sarang semut dengan sarangnya cantik dan berlubang.
“Sudah banyak resipi dah cuba tapi yang ini paling sedap dan menjadi sarangnya. Tk perlu perap pun. Sebab tu kena buat adunan kek dulu baru buat gula hangus. Dalam tempoh buat gula hangus itulah dah perap dah,”
Tip:
Soda bikarbonat & baking powder jugak penting, pastikan ia aktif. Nak tahu dia aktif, bila kita biar lama, adunan kek akan jadi buih-buih halus.
Cara-caranya:
Buat adunan kek dulu.
4 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Kacau sebati
.
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
(ayakkan dulu)
Kacau sebati dan biarkan dulu. Buat gula hangus pula.
.1 cawan gula pasir. Guna api sederhana
Pastikan gula tadi semua cair, jangan ada ketul-ketul.
1 cawan air panas
Masukkan dengan hati-hati sebab ia meletup. Biar sampai hilang meletup-letup, lepas itu kacau ketulan gula sehingga larut.
Bila semua gula larut, masukkan 1/2 cawan marjerin. Sentiasa kacau dan jangan sampai ia mendidih. Bila dah larut semua tutup api.
Tuang ke dalam adunan kek tadi. Tak perlu tunggu suam atau sejuk. Nampak adunan berbuih-buih, tandanya soda bikabonat aktif dan akan menghasilkan sarang dan lubang yang cantik.
Kacau sebati.
Tapis dan tuang ke dalam loyang size 7.
Kukus selama 1 jam. Tutup penutup kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh di atas kek. Boleh juga bakar pada suhu 180 darjah selsius dengan api atas bawah selama 50 minit.
Hasilnya selepas siap dikukus.
Kejadian di dalam. Bagi mendapatkan lubang seperti ini, pastikan potong secara melintang.
Mingguan Wanita : Kek tradisi yang menjadi kegemaran semua orang. Cara nak buat pun senang sangat. Selamat mencuba.
Kalau di negeri Pantai Timur, makan kerang rebus sudah sinonim dan menjadi pilihan semasa bulan Ramadan. Mungkin ia pembuka selera untuk digandingkan dengan nasi. Ada sesetengahnya hanya cicah dengan sambal dah sedap.
Walau bagaimanapun, untuk kerang rebus, ada cara tersendiri untuk memasaknya. Sesetengah orang hanya dengan air hanya sekali mendidih saja, barulah rasa manis-manis dan kesegarannya. Tak kurang juga yang masa hingga kulitnya terbuka, barulah dapat makan.
Semua ini bergantung kepada citarasa sendiri dalam rebus kerang untuk dinikmati bersama keluarga.
Ada sesetengah daripada kita, nak masak kerang kena masukkan air yang banyak. Sebaliknya, bagi lelaki yang dikenali sebagai Syahr Musafir di Facebooknya berkongsi tentang cara rebus kerang tanpa air.
Macam pelik bunyinya. Tapi itulah yang terbaik dan memastikan isi kerang lembut dan tidak liat. Bolehlah cuba nanti.
“Semalam saya ada beli kerang. Ada orang nasihatkan saya kerang tak elok disejukbekukan. Jadi, saya rasakan lebih baik rebus terus. Bagi nak rebus kerang ini, saya ikut tip yang diberikan oleh isteri saya, Rahimah AR Zawyah.
Tak perlu guna air pun. Bunyinya macam pelik sebab rebus tanpa guna air.
Rebus kerang tak guna air sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah.
Alhamdulillah.
Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Gunakan api kecil. Jangan guna api besar.
2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3. NamPak berasap sebab tak ada air.
4. Biarkan seketika dan kelihatan air dari kerang mula keluar. Mendidih.
5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
7. Semalam berbuka dengan mi kari ketam jadi kerang ini sedap dimakan bersama mi kari tu dan selebihnya makan colek kerang sebagai moreh. Alhamdulillah.
#SuamiMasak
#DapurDrSyahr
MW: Biasa kalau rebus kerang memang selalu letak air. Lepas ni, boleh cuba yang ini pula. Selamat mencuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...