Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Pertambahan Kos Ibadah Haji
Kos bagi pelaksanaan ibadah haji dijangka meningkat sekurang-kurangnya sebanyak sembilan peratus berikutan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang dikenakan Arab Saudi berkuat kuasa Julai tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu kesan daripada pandemik Covid-19.
Justeru katanya, SOP baharu nanti dijangka memberi impak terhadap pertambahan kos bagi ibadah haji.
“Kos bagi ibadah haji bagi 2019/2020 adalah sebanyak RM22,900 bagi setiap jemaah. Dengan kenaikan 15 peratus VAT, kita jangka kos meningkat kepada RM25,000.
“Bagaimanapun sehingga kini TH belum menerima sebarang kepastian mengenai ibadah haji tahun ini. TH menjangkakan SOP dan protokol musim haji yang ketat akan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Jadi sebarang pertambahan kos melibatkan perkhidmatan atau cara pengendalian baru belum dapat dijangkakan buat masa ini,” katanya pada sidang media di Menara TH, pada Jumaat.
Bayaran Peningkatan Kos Belum Diputuskan
Ditanya sama jemaah perlu menanggung bayaran peningkatan kos tersebut, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan berikutan tiada perincian SOP yang diterima daripada Arab Saudi setakat ini.
“Oleh sebab belum ada kata putus, kita belum tetapkan lagi (ditanggung atau tidak). Apabila sudah ada (SOP) kita akan umumkan bayaran haji,” jelas beliau.
Mesti Baca:7 Amalan Ini Bila Dilakukan, Dapat Pahala SAMA Macam Buat Haji & Umrah!
Baca Lagi Di Sini: 2 Langkah Mudah Boleh Daftar Haji Guna Kwsp Tanpa Perlu Bayar Apa-Apa
Mingguan Wanita: Diharap pihak kerajaan dan tabung haji dapat memberi subsidi dan menanggung peningkatan kos haji ini sekaligus tidak membebankan para jemaah untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini.
Sumber: Sinar
Begini cara Alif Satar ajar anak-anak puasa.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Ini rupanya antara punca jodoh lambat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI