Pertama Kali Tengok Double Line UPT Sendiri Selepas 13 Tahun Berkahwin

Share

Rezeki hari Jumaat untuk pasangan yang sudah 13 tahun berkahwin ini. Dan terpaksa melalui bermacam ujian untuk hamil yang tidak mudah prosedurnya.

Sehinggakan ujar suami ini, Mukaram M Jamin, isterinya menangis hari-hari. Berkali juga jatuh air mata depan doktor yang merawatnya. Luluh hati mengenangkan peluang ‘kehamilannya’ sendiri yang tipis.

Sehabis daya kami berusaha. Tuhan mahu kami terus berminta-minta lagi dengan Dia.” kongsinya. Selepas 13 tahun berkahwin, doa pasangan suami isteri ini untuk memperoleh cahaya mata dimakbulkan tuhan.

Selama 13 Tahun Berkahwin, Ini Usaha Untuk Mendapatkan Zuriat Sendiri

Perjalanan mendapatkan anak untuk kitaorang tak berapa mudah, sejak 13 tahun yang sudah.

Sejak awal dulu, pernah beberapa kali kami jalani prosedur IUI dan IVF. LPPKN, Pusrawi, Operate Laproscopic kat Damai Medical Centre, jumpa specialist Doktor HA, consultation dengan PPUM, dan siri berulang alik ke hulu ke hilir jumpa orang alim untuk berubat serta mohon doa. Minum ubat itu ini, air tawar dah berbotol, macam-macam lagilah.

Dapat je tau ada kenalan nak menunaikan Umrah atau Haji, pasti kami akan berkirim doa. Sehinggakan ada kenalan kami yang sampai 2x ke Makah, dan sampai dua kali itu juga la kami minta kirim doa dengan orang yang sama.

Sebutlah ikhtiar apa kami tak cuba. Artikel mana kami tak baca. Support group mana semua kami masuk. Sehabis daya kami berusaha. Namun semua diatas masih belum berjawab. Tuhan mahu kami terus berminta-minta lagi dengan Dia.

Usaha Dua Tahun Lepas

Sehingga lah pada hujung 2020 pada waktu PKP, kami rasa ini tempoh yang sesuai untuk mulakan semula. Terima kasih pada WFH, on-off lockdown dan sekatan perjalanan. Kali ini kami memilih Sophea Fertility, Petaling Jaya.

17/11/2020 – 1st time jejak kaki ke Sophea Fertility. Nekad untuk mencuba IVF di sini selepas baca review dan ambil kira faktor jarak untuk ulang alik ke appointment seterusnya. Maka bermula la proses cucuk mencucuk sampai lebam-lebam dan nak berdarah tempat yang dicucuk tu. Kat perut.

09/02/2021 – Lepas hampir 10kali ulang alik ke Sophea, pada stage ovum pick-up (OPU) hanya 5 ovum je yang berjaya dikeluarkan. Itu pun Doktor cakap berpeluh la dia duk flush, tapi ovum malu nak keluar. Selepas ICSI Day 3, hanya 3 blastocyst yang berjaya survive. Allah, luluh lagi hati kami, peluang kali ni tetap agak tipis. Macam yang selalu itu.

14/02/2021 – Dapat call seterusnya dari Lab hanya 1 blastocyst yang betul-betul grow, itu pun gred C. Bertabah yang panjang kami. Takde daya buat muka macam hari biasa lagi. Isteri memang menangis berhari-hari sampai bengkak mata.

Baca sini : Asalkan Isteri Bahagia, Kena Tahan Polis Bawa Rak Pinggan Mangkuk Pun Tak Jadi Hal

Percubaan IVF Kali Kedua

30/02/2021 – Doktor Salleha suggest untuk buat 2nd attempt IVF. Alasan yang doktor bagi agak logik. Kalau teruskan Frozen Embryo Transfer (FET) dengan gred C blastocyst, incase tak berjaya, lagi teruk rasa down dan ambik masa lama untuk bangkit balik. Aku angguk perlahan dan sampaikan pada wife.

Keputusan pada dia untuk mulakan semula dari awal lagi. Tubuh dia. Kudrat saya masih ada untuk biaya. Time ni Doktor Salleha hanya mampu pujuk dan bagi tisu banyak-banyak. Nasib baik dia tak claim kami habiskan tisu dia. Hoh.

30/03/2021 – Bermula our 2nd journey IVF ICSI. Bermula juga kembali proses cucuk mencucuk dos kat perut. Kali ni Doktor tambahkan dos ubat bagi up lagi.

01/08/2021 – Alhamdulillah period isteri kembali normal lepas go thru a few cycle IVF dan consume macam-macam ubat. Aku tengok ubat dia pun dah macam jajan. Banyak namatey. Kali ni OPU dapat 10 ovum dan 2 blastocyst berjaya survive day 5 dengan gred A & B. Alhamdulillah Tuhan.

12/08/2021 – Jumpa Doktor buat kali ke-13 utk 2nd attempt. This time untuk cek ketebalan dinding rahim sebelum FET. Gigil juga buat bayaran walaupun separuh kos aja dahulu. Separuh lagi pada hari kejadian. Yup betul, kos FET ni boleh tahan tinggi.

19/08/2021 – Alhamdulillah, berjaya transfer 2 blastocyst. Maka bermula la 2ww journey yang dirasa macam 2 tahun menunggu. Penuh debar dan penuh dengan doa dan harapan.

Nampak Double Line UPT Sendiri

29/08/2021 – Wife gatal tangan cek UPT. Ini sumpah di luar pengetahuan aku. Dia buat sorok-sorok. This part, wife ceritakan semula. Laju je dia naik double line. Tangan memang shaking kuat. Sebab 1st time dalam hidup dapat tengok double line UPT sendiri after 13 years of marriage. Sebelum tu dah berdozen UPT & OPK buang segitu je lepas test. Lagi risau dan blur sebab baru je day 11.

30/08/2021 – Hari penentuan sebab kene ambik darah untuk cek Beta Hcg. Selang 2 jam lepas ambik darah, Doktor Salleha panggil masuk bilik. Bacaan Beta 500+ !. Terus wife menangis. Lantak tak segan dah sebab banyak kali duk menangis depan Doktor Salleha sebelum ni especially bila terpaksa buat 2nd attempt IVF journey hari tu.

Sumpah, aku memang speechless. Gembira pun tak tau, sebak pun tak tahu. Tapi yang pasti, itu perasaan tenang yamat. Yang aku boleh kenang sampai kapan pun.

Thanks Tuhan,
Baiknya Tuhan,
Sebab bagi kami rasai nikmat yang ini. Nikmatnya morning sickness pada isteri. Nasib baik juga lah isteri tak mengidam bukan-bukan masa awal kehamilan. Nak baham Ostrich seekor ke, sebagai contoh.

Baca sini : Gara-gara Kad Nikah, Suami Isteri Ini Hampir Kena cekup Khalwat Dalam Masjid

Selepas 13 Tahun Berkahwin, Dikurniakan Cahaya Mata Pada Jumaat, 10 Akhir Ramadan

Dan pada 22/4/22 yang lepas, Hari Jumaat di 10 akhir Ramadhan elok baru sudah Solat Jumaat, seketul ni dilahirkan. Kebetulannya kami bertiga lahir di bulan kelahiran yang sama. Aku, wife dan anak lanang (lelaki) ini dilahirkan pada bulan Ramadhan.

Special thanks to our doktor kesayangan; Doktor Salleha Khalid dari Sophea Fertility PJ, Doktor Haliza Kamarudin dari Andorra Women & Children Hospital dan semua staff, nurse.

Terima kasih pada Ust Raisul Fadhla Safiruddin atas pandangan dan cadangan nama
Terima kasih pada semua famili dan kenalan kami.

Alhamdulillah hari ini dah bawa Zill Qayyim untuk cucuk 2 bulan kat sini. Iya, dia sihat walafiat, sempurna, kuat minum susu dan kuat kentut ! Geram je aku.

Untuk kawan-kawan yang masih berusaha, teruskan. Kami doakan dengan sebaik-baik doa kami, khusus buat korang.

Harapan belum habis, doa tak pernah surut. Buatlah lagi.

Harap korang baca dan tetap kuat. #[SHARE]
Mukaram M Jamin
Wan Najiha II

Cari ALAT UJI KEHAMILAN ORIGINAL di sini : https://invle.co/clbfeck

Sumber/Foto : Mukaram M Jamin

Published by
Netty Ah Hiyer